Mayat Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Tanpa Organ & Kaki Dalam Semak | Johor Bahru: Tiada sebarang unsur jenayah pada mayat seorang kanak-kanak yang ditemukan berbau busuk dan mereput di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerik Putih Majidee di sini, semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keadaan mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia tiga tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna. “Mayat yang kita jumpa ini ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Jadi kita masih tunggu laporan lengkap bedah siasat. “Setakat ini kita tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya. Setakat ini juga tiada elemen…
Author: Admin Baik
Akibat Tidak Puas Hati Jalan Berlubang, Penduduk Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan | KULIM: Penduduk di pekan Junjung di sini, terkejut melihat dua pokok pisang ditanam di dalam lubang di tengah jalan di kawasan tersebut semalam. Pokok pisang nangka setinggi hampir dua meter itu ditanam secara berasingan di Jalan Komersial Junjung dan sepokok lagi di tengah jalan pusat penjaja. Tindakan tersebut dipercayai dilakukan oleh individu di pekan tersebut yang tidak berpuas hati dengan keadaan jalan tersebut yang berlubang sejak dua tahun lalu. Seorang penduduk Wan Cik Ismail, 70, dia menyedari pokok pisang tersebut ditanam di jalan tersebut pada pagi semalam.…
Kecoh Tindakan Ibu Iklan Bayi Untuk Dijual, Rupanya Ini Cerita Sebenar.. | LONDON – Seorang wanita di Britain tanpa sengaja mengiklankan bayinya untuk dijual bersama kenyataan ‘perlu dijual hari ini’ ketika dia sebenarnya mahu menjual sofa miliknya, lapor akhbar New York Post semalam. Lucy Battle, 20, cuba menjual sofa dua tempat duduknya, namun tersilap menyertakan sekali gambar bayi lelakinya. Dia memuat naik gambar bayi berusia tujuh bulan itu di sebuah halaman jualan Facebook dan tidak menyedarinya sehinggalah menerima ratusan komen berkenaan iklan tersebut. “Saya telah memuat naik gambar yang salah ketika memilih seleksi gambar di telefon bimbit saya. “Ia bagaimanapun…
Lelaki Kena Serangan Paru-Paru Mengecut Gara-Gara Karaoke | BEIJING – Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah paru-paru mengecut atau pneumothorax kerana memaksa diri untuk menyanyi pada nada tinggi ketika sesi karaoke di majlis hari lahir rakannya, lapor laman berita Oddity Central kelmarin. Wang Zhe, 25, dari bandar Changsha dalam wilayah Hunan itu dilaporkan menghadiri majlis hari lahir rakannya dan memutuskan untuk menonjolkan kehebatan suaranya dengan menyanyikan lagu berjudul New Drunken Concubine. Lagu nyanyian penyanyi bernama Li Yugang itu terkenal sebagai lagu yang bernada tinggi. Bagaimanapun, ketika nyanyian tiba pada bahagian nada tinggi, Wang Zhe yang berusaha untuk mencapai…
Covid-19..Seramai 139 Warga Sekolah Seri Puteri Positif | SHAH ALAM – Jumlah warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri yang dijangkiti Covid-19 terus meningkat dengan 139 individu setakat pukul 3 petang tadi. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ri Ngadiman berkata, pengesanan itu hasil saringan terhadap 946 orang di sekolah tersebut. Kata beliau, mereka yang dijangkiti terdiri daripada 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas. “Kes-kes positif akan dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang. “Manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau…
Tanah Runtuh: Jalan Ditutup, Dua Kenderaan Tertimbus Di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands | IPOH: Dua kenderaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini. Difahamkan kenderaan yang tertimbus ialah sebuah lori kecil dan sebuah kereta. Tanah runtuh itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah ditutup kepada semua aliran kenderaan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 1.44 petang. Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat. “Setibanya jentera di…
Pengawal Keselamatan Kongsi Detik Cemas Jadi Bidan Terjun Sambut Bayi Lahir Di Sekolah | Masjid Tanah: Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan paus dibaca seorang pengawal keselamatan wanita ketika menyambut kelahiran bayi perempuan di sebuah sekolah kebangsaan di sini, Isnin lalu. Tanpa sebarang pengalaman menyambut kelahiran bayi sebelum ini, Jamiah Isnin, 55, menguatkan semangat untuk menyambut kelahiran bayi seberat tiga kilogram (kg) itu selepas ibu bayi itu yang berusia 37 tahun tidak sempat dibawa ke hospital. Menyorot kembali pengalaman amat mendebarkan itu, ibu kepada lima anak berusia antara 18 hingga 34 tahun itu berkata, dalam kejadian pada 8 pagi…
Lelaki Berang Dengar Bacaan Al-Quran Dalam Komuter | Khalifah Media Network – LONDON: Seorang penumpang lelaki berasa geram apabila penumpang beragama Islam membaca al-Quran di dalam komuter di tengah London. Lelaki tersebut bangun dan menegur penumpang yang beragama islam tersebut. Dia mengganggap bahawa penumpang tersebut tiada adab. Lapor Daily Mail, lelaki itu dengan tegas memberitahu penumpang tersebut supaya ‘menghormati hak orang lain’ semasa dia meneruskan bacaan tersebut pada pukul 6.40 pagi, 27 November lalu. Lelaki itu kemudian menjadi berang dan memberitahu ‘ini adalah negara Kristian’. Dia sepatutnya ‘beradab dan mengikuti cara orang di sini’. Menerusi klip video yang sempat dirakam,…
Perjanjian ‘Berani Mati’ Penyokong JDT Tak Dapat Ditunaikan: “Saya Sesak Nafas” | KUALA LUMPUR: Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau Selatan dalam aksi final Piala Malaysia berdepan Kuala Lumpur City (KL City) di Bukit Jalil, semalam. Ia selepas netizen menuntut individu berkenaan menunaikan ‘janji’ untuk berbogel dari Kuala Lumpur (KL) hingga ke Johor sekiranya KL City mengalahkan JDT dalam aksi final yang berlangsung Stadium Nasional. Menerusi satu klip video yang tular di media sosial, individu berkenaan berkata:” Malam ini (semalam) Johor lawan KL. Ok bro macam ini bro, kalau…
Pengarah Dan Pengurus Kilang Ditahan Selepas Air Sungai Bertukar Hijau | JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menahan pengarah dan pengurus sebuah kilang penyaduran logam di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini, untuk membantu siasatan susulan kejadian Sungai Selangkah yang bertukar menjadi warna hijau baru-baru ini. Pengarahnya, Dr Mohd Famey Yusoff berkata dua lelaki iaitu pengarah berumur 50-an dan pengurus berumur 35 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini kira-kira pukul 4 petang semalam. Beliau berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung keadaan sungai itu pada Isnin lepas dan pemeriksaan susulan oleh JAS Cawangan Pasir Gudang mengesan pelepasan…

