Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Warga Emas Tak Pernah Turunkan Tangan Sejak 1973. Ini Sebabnya. | NEW DELHI: Seorang lelaki di India dilaporkan tidak pernah menurunkan tangan kanannya selama hampir 45 tahun. Lapor Daily Star, petapa dikenali sebagai Amar Bharati mengangkat tangan kanannya ke atas sejak tahun 1973. Malah, Amar tidak bercadang untuk berhenti dan mahu terus berbuat demikian demi kepercayaannya. Kisah Amar menjadi sebutan umum selepas beberapa gambar individu itu mengangkat tangan kanannya pada posisi tegak ke atas sambil mengepal jari sejak tahun 1973, menjadi tular di media sosial. Menurut laporan, pada awal tahun 1970-an, Amar merupakan seorang lelaki biasa yang bekerja di sebuah bank…

Read More

Tular Kucing Tenggelam Dalam Lumpur Panas Semeru Ditemui Masih Hidup | Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa meskipun tenggelam di dalam lumpur panas semasa letusan Gunung Semeru, Indonesia. JAKARTA: Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini ditemui masih hidup. Allah Maha Besar. Biarpun lumpur ini masih panas, kucing ini masih panjang umurnya apabila ditemukan masih bernyawa walaupun rumah pemiliknya hampir tenggelam dek lumpur. Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa meskipun tenggelam di dalam lumpur panas semasa letusan Gunung Semeru, Indonesia, lapor portal Berita Hits. Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki menemukan kucing berwarna putih…

Read More

Penemuan Objek Aneh Dirakam Kenderaan Jelajah Bulan Milik China | BEIJING: Penemuan objek berbentuk kiub oleh kenderaan penjelajah bulan milik China, Yutu-2, menimbulkan perasaan ingin tahu dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Menurut saluran sains China, Our Space, kenderaan pemantau Chang’e-4 yang dibawa oleh Yutu-2 dilaporkan merakam objek tidak jelas tetapi menarik pada jarak kira-kira 80 meter dari kedudukannya ketika misi hari ke 36 di bulan. Menerusi rakaman diperoleh, tercetus perdebatan di media sosial, dengan ada yang menyifatkannya ia sebagai serpihan batu kecil yang berlanggar dengan bulan. Wartawan angkasa lepas, Andrew Jones pula sebaliknya menganggap objek berkenaan sebagai bongkah batu yang besar.…

Read More

Ramai Bimbang Isu Status Halal Ayam Import. Ini Respon Jabatan Perkhidmatan Veterinar | KUALA LUMPUR: Kesemua loji ayam luar negara yang disenaraikan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) adalah sah untuk menjalankan aktiviti mengeksport ke Malaysia. Menerusi satu kenyataan, DVS memaklumkan ketika ini terdapat sembilan loji ayam di Thailand serta dua di China yang diluluskan untuk mengeksport daging ayam dan keratan ayam ke negara ini. “Senarai loji-loji di laman sesawang DVS dikemas kini dari semasa ke semasa dan loji-loji yang didapati tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia akan digantung kelulusan eksport. “Notifikasi penggantungan akan dipaparkan pada nama…

Read More

Wanita Dipercayai Alami Halusinasi Panjat Pokok Setinggi 30 Kaki | JELI – Sepasukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dipercayai berada dalam keadaan berhalusinasi atau separa sedar sehingga dia bertindak memanjat sebatang pokok akasia setinggi 9.1 meter di Jalan Lubok Dulang, Ayer Lanas di sini hari ini. Mangsa, Riszi Che Soh, 51, dipercayai memanjat pokok itu seorang diri sebelum tindakannya itu disedari oleh keluarga suaminya yang melihat wanita tersebut berada di atas pokok. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd. Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 9.33 pagi sebelum sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian. Menurutnya, pemeriksaan…

Read More

Terkejut Jumpa Tedung Selar ‘Menyorok’ Dalam Timbunan Kotak Kasut | PASIR PUTEH – Sebuah keluarga dari Kampung Guntong, Wakaf Lanas di sini dikejutkan kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang apabila seekor ular tedung selar sepanjang lima meter ditemui bersembunyi dalam longgokan kotak kasut di ruang tamu rumah pada Selasa. Kehadiran reptilia seberat 20 kilogram (kg) itu disedari pemilik rumah berkenaan, Fareez Helmi Ibrahim, 32, selepas diberitahu oleh anak saudaranya yang melihat kelibat ular tersebut dalam longgokan kotak kasut. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu…

Read More

Tikus Berkeliaran Di Kedai Makan Pavilion KL, Pelanggan Kecewa Dengan Tindakan Pekerja | Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai tikus yang berkeliaran dalam sebuah premis terkemuka di Kuala Lumpur. Namun setelah aduan dibuat, pelanggan kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh pekerja restoran itu. Umum mengetahui, jika seseorang ingin memilih kedai makan untuk menjamu selera, sudah pastinya faktor kebersihan akan menjadi perkara utama dalam pemilihan sesuatu premis. Bukan untuk memilih, namun setiap individu mempunyai hak untuk menentukan premis mana yang ingin dituju dan sudah menjadi tanggungjawab setiap peniaga bagi memastikan kebersihan kedai mereka mencapai tahap memuaskan. Selain itu, perkara tersebut…

Read More

Lelaki Ditahan Polis Kerana Pukul, Cuba Bakar Bapa OKU | Seorang lelaki berusia 58 tahun ditahan polis selepas cuba membakar bapanya berusia 89 tahun yang merupakan orang kurang upaya di Castellammare, Sabia (Naples). Lelaki itu ditahan selepas dia memukul bapanya dengan tongkat, kemudian mencekiknya dan menuang alkohol ke katil bapanya sebelum cuba membakarnya. Ibu dan abangnya yang berada di lokasi kejadian kemudian menghubungi polis, menurut Agensi Berita Itali (ANSA). Lelaki itu pernah ditahan kira-kira empat tahun lepas kerana mendera ahli keluarganya. Sumber: Sinar Harian

Read More

CEO Teruk Dikecam Kerana Buang 900 Pekerja Melalui Zoom | Tindakan seorang ketua sebuah firma di Amerika Syarikat (AS) memberhentikan 900 kakitangannya menerusi panggilan Zoom mengundang kecaman dalam kalangan orang ramai. Mengambil tindakan drastik sedemikian disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. “Sekiranya anda tersenarai dalam kumpulan ini, anda merupakan golongan tidak bertuah yang diberhentikan,” kata Ketua Eksekutif firma Better.com, Vishal Garg dalam mesej yang dikeluarkan yang akhirnya dikongsi di media sosial. Keputusan memberhentikan 900 pekerja iaitu 15 peratus daripada sumber manusia firma itu tidak dapat diterima ramai memandangkan sambutan Krismas hampir menjelang yang tentunya akan membuatkan kesemua pekerja itu berduka.…

Read More

Tak Puas Hati Diberi Nafkah RM8.80 Sehari, Isteri Mahu Cerai | JAKARTA – Seorang lelaki mendedahkan mengenai kisahnya yang ditinggalkan isteri gara-gara memberi wang nafkah sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) sehari, lapor laman berita Berita Hits hari ini. Menerusi klip video yang dimuat naik di laman TikTok, si suami berkata, dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan selama seminggu. Dia yang bekerja sebagai buruh bangunan bagaimanapun terpaksa menceraikan isterinya selepas wanita berkenaan tidak dapat menerima hakikat bahawa dia hanya diberikan duit nafkah sebanyak itu. “Isteri saya menceraikan saya kerana dia diberi nafkah sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) sehari. “Ia juga disebabkan oleh pekerjaan saya…

Read More