Netizen Simpati Lihat Lelaki Putus Cinta Menangis Berguling-Guling | JAKARTA – Sebuah klip video memaparkan aksi seorang lelaki yang menangis teresak-esak kerana ditinggalkan kekasih menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen meluahkan rasa simpati malah, ada yang kagum atas ketulusan hati lelaki tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini. Menerusi klip video yang dikongsikan, lelaki tersebut pada awalnya kelihatan sedang bercakap dengan kekasihnya menggunakan telefon bimbit di atas sebuah kapal. Bagaimanapun, ekspresi wajahnya secara tiba-tiba berubah apabila kekasihnya meminta untuk memutuskan hubungan mereka sehingga menyebabkannya menangis dan meraung. Dia turut berguling di atas lantai dan merayu agar teman wanitanya…
Author: Admin Baik
Lelaki Ini Buat Laporan Polis Gara-Gara Lembu Enggan Diperah Susu | India – Satu kejadian yang tidak disangka berlaku di sebuah balai polis dekat Madhya Pradesh, India apabila mereka menerima aduan dari seorang lelaki berhubung keengganan lembunya untuk diperah susu. Menurut lelaki yang juga pemilik lembu berkenaan, beliau mengesyaki lembunya itu berada dibawah pengaruh sihir yang membuatkannya enggan diperah susu. Satu video tular juga menunjukkan lelaki itu meminta pertolongan polis bagi membantunya menyelesaikan masalah tersebut. “Lelaki tersebut, Babulal Jatav, 45, telah membuat laporan di balai polis Nayagaon pada Sabtu, menyatakan lembunya tidak membenarkannya memerah susu sejak beberapa har lalu,” kata…
(VIDEO) Ramai Terkejut Ibu Ini Buat Rawatan Spa Pada Bayi | JAKARTA – Seorang wanita yang memakaikan masker wajah dan melakukan rawatan spa kecantikan pada bayinya menjadi tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com semalam. Pemilik akaun TikTok bernama @momihood_ itu memuat naik video dirinya memakaikan masker dan mencuci rambut seorang bayi supaya bayi itu kekal cantik sejak kecil. “Diberi rawatan spa dulu ya, bayi juga memerlukan waktu rehat,” demikian kenyataan ditulis bersama video itu. TONTON VIDEO BERKENAAN : Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pendapat. “Spill (dedahkan) maskernya dari mana, kak,” komen seorang…
Pengantin Perempuan TERPANA Dapat Mas Kahwin Lori | JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di wilayah Jawa Tengah, Indonesia menjadi sensasi internet kerana menerima mas kahwin berupa sebuah lori jenama Hino berharga 1 bilion rupiah (RM292,997), lapor laman berita Merdeka semalam. Menerusi sebuah klip video yang tular di media sosial, pasangan pengantin baharu itu dilihat duduk di kabin lori tersebut dengan memakai pakaian pengantin sambil melambai tangan. Lori itu turut dihias dengan reben dan belon pada bahagian depan sebagai tanda hadiah. “Berapa nilai mas kahwin anda? Seorang pengantin wanita menerima mas kahwin berupa sebuah kenderaan pengangkutan daripada suaminya,” kata keterangan pada…
Isu Judi Kedah. Ini Cadangan MB Kedah Pada Pengusaha Premis Judi | ALOR SETAR – Pengusaha premis judi di negeri ini disarankan untuk beralih kepada perniagaan lain susulan keputusan kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan lesen baharu kepada premis tersebut berkuat kuasa serta-merta. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kalangan mereka yang terlibat boleh mencari perniagaan lain dengan meneroka bidang baharu seperti sektor makanan. “Kita berharap pengusaha boleh cari alternatif lain. Ada yang terjejas semasa pandemik Covid-19 meneroka bidang perniagaan baharu. “Ada kedai perabot tukar kepada kedai makan. Macam-macam kita boleh buat untuk hidup,” katanya pada sidang…
Warga Emas Hilang Dipercayai Terjun Sungai | KOTA BHARU – Seorang warga emas dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini. Kejadian itu disedari oleh orang awam semasa melalui jambatan berkenaan apabila melihat sebuah motosikal jenis Modenas dipercayai milik Low You Kian, 65, dan sepasang selipar di situ. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 7.28 pagi yang membuat laporan mengenai penemuan sebuah motosikal dan sepasang selipar. Katanya, pemeriksaan di atas jambatan itu, polis turut menjumpai dompet yang…
Baru 10 Hari Buka Sempadan Antarabangsa, Thailand Terima Lebih 30,000 Pelancong | BANGKOK: Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand merekodkan kemasukan kira-kira 30,538 pelancong dalam tempoh 10 hari pertama selepas negara ini membuka sempadan kepada pelancong antarabangsa. Jumlah itu melibatkan kemasukan pelancong dalam dan luar negara menerusi beberapa lapangan terbang antarabangsa Thailand iaitu di Bangkok, Chiang Mai, Phuket dan Koh Samui. Berdasarkan jumlah tersebut, dianggarkan 3,000 pelancong masuk ke Thailand setiap hari. Sebagai perbandingan, kira-kira 108,000 pelancong tiba di negara ini semasa sebelum pandemik. Selain itu, hampir 150,000 memohon Pas Thailand yang diperlukan untuk memasuki negara ini. Daripada jumlah itu, 63 peratus…
Maut Ketika Sertai Kejohanan Badminton | JERANTUT: Seorang lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyertai pertandingan badminton di Dewan Badminton Jerantut Centre, semalam. Mangsa, Mohamad Fadzil Mokhtar, 34, dilaporkan meninggal dunia selepas mengadu sakit dada ketika perlawanan sedang berlangsung. Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Kamis berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4 petang mengenai kejadian seorang lelaki meninggal dunia ketika menyertai perlawanan badminton. “Maklumat yang kita peroleh, si mati tidak sempat menghabiskan perlawanan peringkat suku akhir kerana mengadu sakit dada. “Mangsa kemudian berhenti bermain, lalu berehat di tepi gelanggang dan tiba-tiba rebah…
Isteri Hamil Mengidam Bersanding Lagi | JAKARTA – Seorang wanita yang sedang hamil anak kedua di Indonesia mengidam untuk bersanding sekali lagi sambil diarak mengelilingi kampungnya, lapor laman berita Suara.com. Video aksi pasangan pengantin itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @singamanja_slebeww menjadi tular di media sosial. Malah, dalam klip video itu juga, pasangan pengantin itu turut dilihat membawa bersama seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak sulung mereka. “Mengidam anak kedua, mahu jadi pengantin. Seronok sangat dibawa mengelilingi kampung,” demikian kenyataan dimuat naik bersama video itu. Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan. “Asalkan jangan menidam…
Keadaan Banjir Di Kedah Pulih Sepenuhnya, Semua PPS Ditutup | ALOR SETAR: Keadaan banjir di negeri ini pulih apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup pada pukul 4 petang ini. Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, seramai 30 mangsa banjir daripada sembilan keluarga yang ditempatkan PPS Dewan Cenderawasih, Pendang merupakan mangsa terakhir dibenarkan pulang pada hari ini. Menurutnya, PPS tersebut ditutup sejurus kesemua mangsa banjir terlibat pulang ke rumah masing-masing. “PPS Dewan Cenderawasih yang menempatkan 30 mangsa daripada sembilan keluarga telah dibenarkan pulang dan PPS itu ditutup pada pukul 4 petang tadi,” katanya…