Jijik! Bulu Binatang Dan Najis Tikus Bertaburan, Kilang Kicap Dan Roti Diarah Tutup | BUTTERWORTH: Bukan saja kotor malah bulu binatang, ranting kayu dan daun kering ditemui di dalam bekas pemerapan soya di sebuah kilang memproses kicap di Bagan Lebai Tahir di sini, semasa ‘Ops Bersih’ yang dijalankan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) hari ini. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, semasa pemeriksaan, pihaknya mendapati bekas tong kicap gentian kaca yang tidak bersih serta berkulat digunakan pengusaha kilang terbabit sejak 20 tahun lepas. Mohd Wazir berkata, pemilik premis berkenaan sudah menjalankan…
Author: Admin Baik
Lee Choong Wei Mahu Beli Siakap Langkawi. Ini Sebabnya | PETALING JAYA – Penangan ikan siakap dari Langkawi terus menjadi bualan rakyat Malaysia apabila kali ini bekas jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei (LCW) pula ‘berkenan’ untuk membeli juadah tular tersebut sempena ulang tahun perkahwinannya. Chong Wei yang berkahwin dengan isterinya, Datin Wong Mew Choo pada tahun 2012 lalu menyatakan hasrat berkenaan menerusi satu muat naik gambar perkahwinannya di laman Instagramnya semalam. “Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke sembilan buat isteriku. Tahun depan sudah tahun ke-10 kan, mari kita rancang ulang tahun ke-10 yang romatik dengan keadaan semasa Covid-19 yang…
Youtube Akan Sembunyi Jumlah ‘Dislike’. Ini Sebabnya. | LAMAN video paling popular, YouTube mengumumkan akan menyembunyikan jumlah dislike orang ramai pada sesebuah video yang dimuat naik di platformnya mulai semalam (Rabu). Syarikat itu berkata, perubahan itu adalah untuk memastikan pencipta kandungan tidak menjadi sasaran serangan atau gangguan selain untuk mempromosikan interaksi yang bersifat menghormati antara penonton dan pencipta kandungan. Butang dislike tidak dihapuskan, tetapi jumlahnya hanya untuk maklum balas peribadi dan tidak dipertontonkan kepada khalayak. Perubahan itu dilaksanakan selepas YouTube menghadapi meneliti kandungan di platform berkenaan dan aduan daripada pencipta kandungan. Ada pencipta kandungan memaklumkan, jumlah dislike yang tinggi menjejaskan kesihatan mental…
‘Karen’ Dilihat Masih Degil Tak Pakai Pelitup Muka | PETALING JAYA – Wanita warga asing yang sebelum ini tular kerana enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat beli-belah sekali lagi mencuri perhatian pengguna media sosial selepas dikesan mengulangi kesalahan sama. Menerusi video berdurasi enam saat yang dikongsi seorang pengguna Twitter, memaparkan wanita tersebut yang digelar ‘Karen’ berjalan bersama dua lagi individu lain tanpa memakai pelitup muka. “Mesti seronok jadi kaya dan ada berhak untuk rasa anda mengatasi undang-undang. “Selain itu, apa yang berlaku apabila anda telah didenda sekali tetapi terus mengabaikan SOP (prosedur operasi standard) di Bangsar dan Damas? Mengapakah…
Parcel Pembelian 11.11 Berpotensi Tercemar COVID-19 – China | BEIJING: Pihak berkuasa China mengeluarkan amaran mengenai bungkusan yang berpotensi tercemar dengan COVID-19 sebaik perayaan beli-belah dalam talian tahunan terbesar negara itu semakin hampir. Ia selepas tiga pekerja di sebuah syarikat kecil yang membuat pakaian kanak-kanak diuji positif virus itu. Pihak berkuasa sedang menguji pakej dan memantau orang yang telah mengendalikannya selepas jangkitan itu ditemui di Haohui Ecommerce Co., yang berpangkalan di Hebei, wilayah sekitar Beijing. Perkhidmatan penghantaran bungkusan di dua bandar di sana – Xinji dan Jinzhou – serta bandar Shenze telah dihentikan, menurut satu kenyataan kerajaan. Kira-kira 300 pakej…
Fumio Kishida Dilantik PM Jepun Ke-101 | Dewan Rakyat Jepun memilih Fumio Kishida sebagai Perdana Menteri ke-101 dengan majoriti 297 undi. Di Jepun, seorang perdana menteri dipilih berdasarkan undi majoriti. Setiap parti politik mencadangkan calonnya. Kishida yang menerajui Parti Demokratik Liberal memperoleh sokongan majoriti di Dewan Rakyat pada 31 Okt, lapor Sputnik. – Bernama Sumber: Malaysiakini
Lelaki Dedah Video Manusia Pupus Pada Tahun 2027 | Sepanyol – Seorang lelaki yang mendakwa bahawa dia berada pada tahun 2027 mendedahkan sebuah video yang menunjukkan keadaan lengang pusat bandar Barcelona disebabkan ‘malapetaka yang amat dahsyat’, lapor akhbar Daily Star semalam. Javier, yang mempunyai sehingga 6.5 juta pengikut di akaun TikTok @unicosobreviviente mendakwa bahawa makhluk asing akan menakluki dunia dalam masa terdekat, sekali gus mengakibatkan ramai umat manusia pupus. Dia yang dikatakan berada pada tahun 2027 mendakwa masih hidup dan mempunyai sambungan internet untuk berkongsi video tersebut dengan para pengikutnya. TONTON VIDEO TERSEBUT : Menerusi video yang didakwa dirakam di…
Ini Punca Suami Pasang CCTV Segenap Penjuru Rumah Buat Isteri Cuak | Gara-gara tinggal berjauhan, tindakan suami memasang CCTV disegenap penjuru rumah buat si isteri cuak. Baca selanjutnya.. Jakarta – Seorang suami yang tinggal berjauhan dengan isterinya bertindak memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di segenap penjuru rumahnya bagi memantau aktiviti wanita itu sepanjang ketiadaannya, lapor laman berita Suara.com hari ini. Menerusi klip video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita dengan akaun bernama @jhnrudysxx__ itu mendedahkan bahawa tindakannya yang kerap menyekat (block) panggilan daripada suaminya membuatkan lelaki itu bertindak memasang CCTV bagi memantau pergerakannya. “Setiap kali saya merajuk dengan suami,…
Keperitan Ibu Tunggal Jaga Empat Anak Lumpuh Tiba-Tiba | KEMAMAN: Hanya Tuhan yang tahu keperitan hidup terpaksa dilalui warga emas, Rosanani Salleh apabila empat daripada lapan anaknya lumpuh seluruh badan akibat penyakit saraf. Dengan kudrat tidak seberapa, ibu tunggal berusia 62 tahun itu cekal menguruskan anak keduanya, Mohd Amerizam Razali, 42; anak kelima, Mohd Marsudi, 36, dan anak keenam, Mohd Aismuddin, 33, yang memerlukan penjagaan rapi. Anak sulungnya Rozanariah, 43, yang turut menghidap penyakit sama, tinggal berasingan memandangkan beliau telah berkahwin dan dijaga suami serta tujuh anak berumur lima hingga 20 tahun. Rosanani yang menjual lemang, berkata dia tidak menyangka…
Isu Doktor Kontrak.. Ini Respon Menteri Kesihatan Yang Ditunggu-Tunggu | PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar komited memastikan isu berkaitan lantikan pegawai perubatan kontrak ke perjawatan tetap akan diselesaikan segera. Beliau berkata, pendiriannya dengan Ketua Pembangkang tidak jauh berbeza di mana beliau juga berpendapat bahawa pegawai kontrak perlu dilantik secara tetap. “Pendirian saya dengan Ketua Pembangkang tidak jauh berbeza. Sekarang ini, kita lihat daripada 10,000 orang, berapa ramai yang diperlukan dari segi unjuran keperluan Kementerian Kesihatan (KKM). “Saya rasa, pendirian saya juga menghampiri Ketua Pembangkang. Apa yg diperlukan adalah mereka perlu dilantik secara tetap,” katanya di Dewan…