Letak Syarat Calon Isteri Ada Ijazah, Gaji RM1,165, Lelaki Ini Dikecam | JAKARTA – Seorang wanita mendedahkan syarat aneh dikemukakan seorang lelaki yang mahukan teman wanita berkelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda , lapor laman berita Suara.com hari ini. Kisah ini ditularkan dalam aplikasi TikTok menerusi akaun bernama @sayksj setelah dia dihubungi seorang lelaki yang mahu berkenalan selama dua bulan menerusi aplikasi WhatsApp. Bagaimanapun, lelaki itu mempunyai syarat di mana wanita yang mahu menjalin hubungan dengannya perlu mempunyai gaji minimum Rp4 juta (RM 1,165) dengan pendidikan minimum ijazah sarjana muda. Wanita itu menyatakan bahawa dia ingin memperkenalkan lelaki tersebut dengan wanita…
Author: Admin Baik
Mayat Tak Berpakaian Ditemui Berhampiran Kolej Komuniti | JERANTUT – Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemui di tepi jalan di belakang bangunan sebuah kolej di bandar ini pada Isnin. Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Khamis berkata, mangsa yang juga seorang penganggur berusia 50 tahun ditemui orang awam kira-kira jam 9 pagi di lokasi kejadian. Menurutnya, lelaki tempatan yang masih bujang itu dipercayai menghidap penyakit mental sejak 10 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya. “Mangsa telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Johor. “Tiada unsur jenayah ditemui dan mayat telah dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat,”…
Usahawan Hampir ‘Berputih Mata’, Nyaris Buang Wang Tunai Hampir RM90,000 | Seorang ahli perniagaan hampir ‘berputih mata’ apabila secara tidak sengaja membuang €19,000 (RM89,737) yang dianggap sebagai sampah. Memetik laporan Daily Star, usahawan dari kepulauan Lemnos di Greece telah memasukkan wang tunai ke dalam dua beg sampah dengan niat untuk melawat cawangan perniagaannya pada pagi Isnin bagi mendepositkan wang itu. Selain daripada dua beg berisi wang, dia juga mempunyai kotak berisi sampah yang perlu dibuang. Ketika dalam perjalanan ke kedainya, dia berhenti di sebuah tong sampah besar untuk membuang sampahnya.Tanpa disedari, lelaki itu turut membuang beg berisi wang tunai sebelum…
Isu Periksa Haid Pelajar, Ini Arahan Terkini KPM Yang Ditunggu Ramai | Kementerian Pendidikan (KPM) dilaporkan telah mengeluarkan pekeliling kepada semua ketua jabatan pendidikan negeri yang memberi penekanan bahawa amalan pemeriksaan haid adalah dilarang. Dalam pekeliling yang dilihat oleh Malaysiakini dan disahkan oleh sumber KPM, ketua pengarah kementerian berkata “KPM mendapati bahawa tindakan pemeriksaan fizikal, khususnya berkaitan haid dalam kalangan pelajar perempuan, ada berlaku di institusi pendidikan bawah KPM. “KPM memandang serius perkara ini dan menegaskan perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” kata pekeliling bertarikh 2 Nov 2021 itu. “Sehubungan dengan itu, semua jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah hendaklah memastikan amalan dan…
Dua Lelaki Pecah Masuk Rumah Ditangkap Sejam Selepas Rompakan | KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang memecah masuk sebuah rumah di Taman Muda, Ampang Jaya, awal pagi tadi diberkas kurang sejam selepas kejadian. Kedua-dua suspek berusia 30 dan 31 tahun diberkas anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Polis Daerah Ampang Jaya, yang melakukan rondaan cegah jenayah, selepas dimaklumkan suami mangsa. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata dalam kejadian jam 6 pagi, kedua-dua suspek terbabit dipercayai memecah masuk jeriji di bahagian belakang untuk masuk rumah mangsa. “Suspek yang bersenjatakan sebilah parang dilapor mengacukannya ke arah isteri mangsa sebelum memaksanya…
UAE Labur AS$32.7b Di Indonesia | JAKARTA: Indonesia berjaya menerima pelaburan berjumlah AS$32.7 bilion (RM136 bilion) daripada syarikat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) membabitkan pelbagai sektor termasuk pengedaran vaksin dan pembuatan. Negara itu berjaya mendapatkan jumlah pelaburan itu, Khamis lalu selepas Presidennya Joko Widodo (Jokowi) melawat UAE bagi mengeratkan hubungan baiknya dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan. Menteri Luar, Retno Marsudi, berkata pelaburan itu membabitkan 19 perjanjian komitmen kerjasama antara Pihak Berkuasa Pelaburan Indonesia dan syarikat logistik multinasional yang berpangkalan di Dubai. “Bagi kerjasama kerajaan dengan kerajaan, ia membabitkan 10 perjanjian,” kata Retno dalam taklimat media…
Enam Bulan Terseksa, Dipandang Seperti Makhluk Asing | Gara-gara beberapa kali penggambaran ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diikuti Pelan Pemulihan Negara (PPN), pelakon Azhan Rani, 45, terpaksa berimej rambut perang selama enam bulan hingga mendapat perhatian ramai. Azhan yang mewarnakan rambut demi menjayakan watak Alwi drama Keluarga Untuk Disewa arahan Raja Mukhriz yang kini disiarkan menerusi slot Diandra di TV9. Katanya, sepatutnya imej berambut perang hanya digayakan dalam tempoh sebulan sahaja. Namun, katanya, siapa sangka pelaksanaan PKP dan PPN berlanjutan hingga memaksanya membiarkan imej berambut perang sehingga enam bulan. Saya akui, ia adalah satu fasa yang cukup menyeksakan diri.…
Pemandu Bentley Ditahan Cukai Jalan, Nombor Pendaftaran Tidak Sama | KUALA LUMPUR: Pemandu kereta mewah jenis Bentley antara 18 individu ditahan menerusi Operasi Samseng Jalanan, Motosikal dan Pelbagai Kesalahan bermula 9 malam kelmarin hingga 4 pagi tadi di ibu negara. Sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mendapati kenderaan dipandu lelaki berusia 23 tahun itu mempamerkan cukai jalan dan nombor pendaftaran tidak sama. Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah, berkata kesalahan itu dikesan hasil operasi di sekitar pusat bandar, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Kuching dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).…
Deepavali Terakhir Di Singapura Buat Nagaentran | Lazimnya, musim perayaan akan digunakan untuk pulang ke kampung halaman untuk melawat sanak saudara dan sahabat handai, Namun tidak bagi Panchalai Supermaniam. Hasratnya semata-mata mahu ke Singapura hujung minggu ini untuk melihat anak lelakinya, Nagaenthran K Dharmalingam. Ia adalah pertemuan pertama mereka dalam hampir tiga tahun dan juga mungkin yang terakhir. Nagaenthran, 33, yang disahkan sebagai lembam adalah banduan yang menunggu hukuman mati di Penjara Changi dan dijadualkan digantung sampai mati pada Rabu depan (10 November). Sebagai tukang cuci, saki baki cuti tahunan Panchalai, 59, tidak banyak. Dia akan menggunakan cuti Deepavali untuk…
McDonald’s Agih 3 Juta Baucar Kopi, Galak Orang Terima Vaksin COVID-19 | KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia berjaya mengagihkan sekitar tiga juta baucar kopi bagi menggalakkan populasi menerima suntikan vaksin COVID-19. Inisiatif ini sudah digerakkan sejak bermula Program Imunisasi COVID-19 (PICK) di 75 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara bagi memastikan setiap penduduk di negara ini dalam keadaan selamat dan terhindar daripada wabak ini. “Kami dapat dekati lebih banyak aktiviti kemasyarakatan atau ‘grassroot’ berjaya dilaksanakan melibatkan frontliners dan mereka yang terjejas disebabkan pandemik. “McDonald’s juga menyokong usaha kerajaan dalam galakan vaksinasi dengan memberi tiga juta baucar kopi Americano dari McCafe di…