Dakwa Ada Ubat Covid-19, Ribuan Orang Berhimpun Rumah Tukang Kayu | Colombo – Beribu-ribu orang mengingkari larangan himpunan beramai-ramai di sebuah perkampungan kecil di Sri Lanka kelmarin selepas seorang lelaki mendakwa dia ada sejenis ubat cecair yang mampu mencegah serta merawat koronavirus. Tukang kayu, Dhammika Bandara menerusi satu siaran televisyen pada minggu lalu mendakwa Tuhan menurunkan ubat penyembuh itu kepadanya. Bagaimanapun, doktor di negara itu berkata, tiada bukti asas saintifik berhubung dakwaan ubat cecair berkenaan atau kemampuannya memulihkan pesakit Covid-19. Foto menunjukkan Menteri Kesihatan Pavithra Wanniarachchi meminum bahan campuran itu yang disiarkan akhbar tempatan didakwa membantu menyebarkan dakwaan Bandara. Sekumpulan…
Author: Admin Baik
Murid Boleh Pilih Kasut Hitam Atau Putih Ke Sekolah Tahun Depan | Putrajaya – Semua murid sekolah dibenarkan memilih untuk memakai kasut berwana hitam atau putih beserta stoking mengikut warna kasut yang dipakai mulai tahun depan. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 7 Disember 2020. KPM menerusi SPI itu berkata, penguatkuasaan itu dilakukan bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermulanya sesi persekolahan baharu. “Kasut berwarna hitam mestilah dipakai bersama stoking hitam manakala kasut berwarna putih mestilah dipakai bersama stoking putih,” katanya…
Ini Cerita Sebenar Tular Lelaki Kahwini Dua Wanita Serentak | Jakarta – Seorang lelaki didakwa menikahi dua wanita serentak dalam satu majlis persandingan di bandar Bangkalan, Madura, Indonesia kelmarin, lapor laman berita Serambi News. Sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Instagram menunjukkan seorang lelaki diapit dua wanita ketika berada di atas pelamin. Seorang pengguna Instagram, Ichal Doank berkata, pernikahan tersebut sebenarnya adalah antara pengantin lelaki, Karror Abdullah Schal dengan isteri keduanya sambil ditemani isteri pertama, Nyai Hj Qonita Ari Aghni. “Sebenarnya, majlis itu adalah untuk meraikan pernikahan antara pengantin lelaki, Karror dengan isteri keduanya di Pondok Pesantren Mambaus Salam.…
(Video) Tular Punggah Roti Benggali Tanpa Bungkusan, Netizen Pertikai Tahap Kebersihan | George Town – Tindakan dua lelaki memindahkan roti benggali daripada sebuah lori ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menimbulkan rasa kurang senang orang ramai selepas video yang memaparkan tindakan itu tular di media sosial hari ini. Difahamkan kejadian itu berlaku di negeri ini berdasarkan nombor pendaftaran lori tersebut dan loghat Utara yang digunakan oleh seorang wanita yang membuat rakaman. Bagaimanapun, lokasi sebenar dan waktu kejadian itu tidak dapat dipastikan. Menerusi video berdurasi kira-kira 52 saat itu, wanita terbabit membuat ulasan bahawa kedua-dua mereka sedang memindahkan roti tanpa…
Tanah Perkuburan Penuh, Mayat Pesakit Covid-19 Kongsi Kubur | Jakarta – Pengurusan kawasan perkuburan Pondok Ranggon di Jakarta Timur terpaksa melaksanakan sistem pertindihan atau dikenali sebagai tumpang kubur bagi jenazah Muslim yang dijangkiti Covid-19 berikutan tanah perkuburan di situ sudah penuh. Menerusi laporan Detik News, pihak pengurusan kawasan perkuburan itu yang dikenali sebagai Muhaemin berkata, ruang yang ada ketika ini hanya boleh memuatkan 100 mangsa untuk mereka yang beragama Kristian. “Hingga kini, lokasi perkuburan untuk Muslim sudah penuh. Yang ada 100 kotak untuk beragama Kristian. “Justeru, jenazah umat Islam perlu diuruskan pengebumian secara sistem pertindihan,” katanya. Menurutnya, sistem pertindihan kubur yang…
Foto Doktor Peluk Pesakit Covid-19 Jadi Tular, Ini Kisah Sebenarnya | Washington: Joseph Varon, doktor merawat pesakit Covid-19 di sebuah hospital di Texas yang bertugas untuk hari ke-252 sejak penularan pandemik Covid-19 melihat seorang lelaki tua yang dijangkiti virus itu di dalam unit rawatan rapi di hospital berkenaan. Beliau kemudian dilihat mendakap lelaki berkenaan sebelum ia dirakam oleh jurugambar dari Getty Images dan foto itu tular di seluruh dunia. Varon, ketua kakitangan di Pusat Perubatan United Memorial di Houston, memberitahu CNN, ketika kejadian, beliau baru memasuki wad berkenaan dan melihat seorang lelaki cuba bangun dan keluar dari sebuah bilik. “Dan…
Individu Ditangkap Main Air Banjir Bakal Dikompaun RM1,000 | Rantau Panjang – Tindakan kompaun sebanyak RM1,000 akan dikenakan kepada individu jika ditangkap bermain air banjir secara berkumpulan di kawasan Rantau Panjang pada tahun ini. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, tindakan itu merupakan salah satu usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 gelombang ketiga yang menunjukkan peningkatan di daerah ini. Menurutnya, tindakan itu akan turut dikenakan kepada individu yang membuka gerai-gerai perniagaan seperti tahun-tahun sebelum ini setiap kali Pasir Mas dan Rantau Panjang dilanda banjir. “Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan sekiranya berkumpul…
Detik Pertemuan Ibu Dan Anak Terpisah 26 Tahun Ini Mengusik Jiwa | Jakarta – Detik pertemuan semula antara ibu dengan anak yang terpisah selama 26 tahun mendapat perhatian ramai apabila ia dikatakan tidak ubah seperti babak sinetron dalam satu kejadian di daerah Pandeglang, Banten, Indonesia baru-baru ini. Menurut laman berita Suara.com, sebuah video yang dimuat naik salah seorang jiran mereka, Mia Nuramalia di aplikasi TikTok menunjukkan keadaan agak huru-hara di kawasan halaman rumah wanita berkenaan ketika pertemuan itu berlaku. “Bayangkan seorang ibu yang sudah terpisah dengan anaknya selama 26 tahun akhirnya bertemu juga hari ini. “Mereka sudah terpisah sejak umur…
Kes Baharu Covid-19 Kembali Catat Tiga Angka | Kuala Lumpur: Kes baharu positif Covid-19 merekodkan tiga angka dengan 970 kes sehingga 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes kumulatif di negara sebanyak 59,817 kes dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 12,971 kes. Menurutnya, daripada keseluruhan kes baharu yang dilaporkan hari ini membabitkan lima kes import, manakala 965 kes penularan tempatan. “Negeri Sembilan melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 318 kes diikuti Sabah (293 kes) dan Selangor (105 kes). “Peningkatan kes di Negeri Sembilan banyak dipengaruhi oleh kluster berkaitan penjara iaitu Kluster…
Gadis Ini Dilamar Jiran Hanya Jarak Lima Langkah Depan Rumah Tular Di Media Sosial | Jakarta – Seorang gadis menjadi tular media sosial hanya kerana dia dilamar oleh jiran yang tinggal di hadapan rumahnya, di Bekasi, Jawa Barat pada 7 November lalu. Klip video pertunangan Rani Safitra, 22, dengan bakal suami, Afan mendapat lebih satu juta tontonan selepas salah seorang rakan Rani memuat naik rakaman itu dalam aplikasi TikTok pada 15 November lepas. Rakaman itu menunjukkan rombongan keluarga lelaki hanya perlu berjalan sekitar lima langkah untuk tiba di rumah bakal pengantin perempuan kerana jarak yang sangat dekat. Rani memberitahu, dia tidak…