Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Kompaun Ingkar PKP, Ini Tindakan Sedang Diambil Peguam Negara | Memandangkan tahap kepatuhan pada SOP semasa tempoh PKP masih lagi diambil ringan oleh sesetengah individu, Ini pula tindakan yang sedang diambil oleh Peguam Negara. Baca selanjutnya NAIKKAN KOMPOUN INGKAR PKP Kuala Lumpur: Peguam Negara sedang menyediakan draf cadangan untuk meningkatkan kadar kompaun ingkar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan denda di mahkamah. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan diumumkan selepas diluluskan dalam sedikit masa lagi. “Perkara ini (draf) sedang disediakan Jabatan Peguam Negara. Insya-Allah jika diluluskan akan umumkan sama ada saya atau Menteri Di Jabatan…

Read More

Guna Kaedah Rawatan Islam Dan Tradisional Rawat Covid-19, Ini Komen Dr Noor Hisham | Kota Bharu: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan sebarang bentuk kaedah perubatan Islam dan tradisional bagi merawat pesakit Covid-19, perlu dibuktikan keberkesanannya. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika mahu menggunakan perubatan Islam atau tradisional, ia mestilah berdasarkan kepada dalil yang kukuh dan bukti boleh diguna pakai. Beliau berkata, perlu ada kajian untuk mengetahui keberkesanan dan kesan sampingan ubat perubatan tradisional yang digunakan untuk merawat pesakit Covid-19. “Contohnya, apabila kita menggunakan vaksin ia perlu kepada kajian fasa klinikal ketiga barulah kita boleh melihat kesan…

Read More

Letupan Dan Gegaran Di Sabah. Ini Kenyataan Polis Hasil Siasatan | Kota Kinabalu – Polis Sabah tidak menerima sebarang maklumat mengenai sebarang letupan seperti dilaporkan berlaku di beberapa daerah di Pantai Barat negeri ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya sudah menggerakkan beberapa pasukan melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memantau kawasan terlibat. “Tiada sebarang insiden sama ada berkaitan letupan atau gegaran dilaporkan setakat ini berlaku melibatkan mana-mana kawasan di Sabah. “Kita juga sudah menjalankan siasatan dengan menghubungi beberapa lokasi penting termasuklah syarikat seperti Asian Supply Base, Petronas Chemical Methanol dan Shell Hibiscus namun tiada apa-apa insiden…

Read More

Premis Perniagaan Dibenar Operasi Hingga 10 Malam | Kuala Lumpur: Kerajaan memberi kelonggaran kepada sektor perniagaan seperti kedai runcit, kedai serbaneka, kedai keperluan harian, farmasi untuk beroperasi sehingga jam 10 malam bermula esok. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu adalah bagi menyeragamkan semua waktu operasi setiap perniagaan yang diluluskan dan diberi kebenaran semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan penilaian risiko terhadap sektor perniagaan berkenaan. “Sebelum ini kita tahu banyak kekeliruan yang timbul selepas kerajaan memberi kebenaran kepada restoran…

Read More

Ramai Tersentuh Lihat Apa Graduan Ini Naiki Untuk Hadiri Konvokesyen Pandu Lalu | Lubuk Pakam – Seorang graduan dengan penuh bangga menghadiri majlis konvokesyen secara pandu lalu menaiki beca bersama bapanya walaupun rakannya yang lain menaiki kereta mewah. Graduan bernama Alex Satria, 23, menamatkan pengajian dalam bidang sarjana perubatan di Institut Kesihatan Medistra Lubuk Pakam (IKMLP) pada Sabtu. Alex berkata, pada mulanya dia mendapat jemputan dari pihak kampus untuk menghadiri majlis konvokesyen secara pandu lalu kerana pandemik Covid-19. “Pihak kampus memberi tiga pilihan sama ada menaiki kereta, beca atau motosikal ketika menghadiri majlis tersebut. “Saya memilih untuk menggunakan beca kerana…

Read More

Pemandu Lori Maut Rempuh Lori Balak | Temerloh – Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori balak di Kilometer 158 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 6.59 pagi itu menyebabkan mangsa, Sanussi Noor, 40, meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, semasa kejadian treler membawa muatan balak dalam perjalanan daripada Raub ke Mentakab. “Apabila sampai di tempat kejadian pemandu treler nampak sebuah lori dari arah bertentangan masuk kelaluannya telah bunyikan hon beberapa kali. “Pemandu treler kemudian telah himpit ke bahu…

Read More

Alhamdulillah. Madinah Dinobat Bandar Paling Sihat Di Dunia | Jeddah: Madinah diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara bandar paling sihat di dunia. Kota suci itu mendapat pentauliahan selepas pasukan WHO yang mengunjungi bandar raya itu mengatakan ia memenuhi semua standard global yang diperlukan untuk menjadi kota sihat. Arab News melaporkan, Madinah dipercayai sebagai bandar pertama dengan populasi lebih dua juta yang diiktiraf di bawah program bandar sihat. Sebanyak 22 agensi kerajaan, komuniti, badan amal dan sukarelawan membantu mempersiapkan pentauliahan WHO itu. Program bersepadu bandar itu merangkumi perkongsian strategik dengan Universiti Taibah untuk merekodkan keperluan pemerintah pada platform elektronik untuk kajian…

Read More

Lelaki Bekukan Mayat Isteri Sehingga 50 Tahun, Ini Sebabnya.. | Beijing: Akibat terlalu sayang, seorang lelaki di China bertindak membekukan mayat isterinya yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru untuk jangka masa 50 tahun. Sebelum kematian isterinya itu, Gui Junmin terfikir mengenai tangki kriogenik, sebuah teknologi pembekuan menggunakan suhu yang terlampau rendah untuk membekukan isterinya, Zhan Wenlian. Selepas membuat penyelidikan dan berbincang dengan pakar, Gui kemudian meminta kebenaran Zhan yang ketika itu sudah terlantar akibat penyakit berkenaan. Ketika itu, sel kanser itu sudah merebak ke otak isterinya. Gui berkata, Zhan pada masa itu sudah tidak mampu melahirkan ekspresi mahupun menggerakkan…

Read More

Luar Kebiasaan, Gadis Ini Jadikan Nyamuk Binatang Peliharaan | Jakarta – Seorang gadis di Indonesia membuatkan netizen kebingungan apabila mendedahkan dia menjadikan seekor nyamuk yang dinamakan Molly sebagai binatang peliharaan. Menerusi satu video di laman TikTok, gadis yang menggunakan akaun @michelleeserafin itu menunjukkan cara-cara memberi makan kepada serangga peliharaannya itu, lapor Suara.com semalam. “Ini adalah cara bagaimana saya memberi Molly makan,” tulisnya pada status video berkenaan. Video yang memaparkan gadis itu mendekatkan botol yang menyimpan nyamuk itu di kakinya sebelum penutupnya dibuka bagi membolehkan Molly terbang keluar. Serangga itu akan menghisap darah di kaki tuannya dan sebaik selesai, Michellee akan…

Read More

Pelakon Watak Mak Lampir Meninggal Dunia Akibat Covid-19 | Jakarta – Aktres veteran terkenal Indonesia yang popular menerusi watak Mak Lampir, Farida Pasha dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat jangkitan wabak Covid-19. Khabar sedih itu telah dikongsikan cucunya, Ify Alyssa semalam tentang kematian neneknya akibat wabak maut tersebut. “Assalamualaikum. Telah kembali ke Rahmatullah ibunda atau nenek kami, Hajjah Farida Pasha binti Ali Husen pada 16 Januari 2021 pada pukul 7.35 malam (waktu tempatan),” ujarnya ringkas menerusi Instagram. Pada masa sama, Ify turut memohon semua pihak untuk memaafkan neneknya jika pelakon tersebut pernah melakukan kesilapan dengan sesiapa pun. “Tolong doakan…

Read More