Alhamdulillah. Madinah Dinobat Bandar Paling Sihat Di Dunia | Jeddah: Madinah diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara bandar paling sihat di dunia.
Kota suci itu mendapat pentauliahan selepas pasukan WHO yang mengunjungi bandar raya itu mengatakan ia memenuhi semua standard global yang diperlukan untuk menjadi kota sihat.
Arab News melaporkan, Madinah dipercayai sebagai bandar pertama dengan populasi lebih dua juta yang diiktiraf di bawah program bandar sihat.
Sebanyak 22 agensi kerajaan, komuniti, badan amal dan sukarelawan membantu mempersiapkan pentauliahan WHO itu.
Program bersepadu bandar itu merangkumi perkongsian strategik dengan Universiti Taibah untuk merekodkan keperluan pemerintah pada platform elektronik untuk kajian organisasi.
WHO juga mengesyorkan universiti memberikan latihan kepada agensi bandar nasional lain yang berminat mengambil bahagian dalam program bandar sihat.
Jawatankuasa dipengerusikan presiden universiti itu, Dr Abdul Aziz Assarani memimpin 100 anggota yang mewakili 22 agensi kerajaan, awam, badan amal dan sukarelawan.
Kriteria termasuk memenuhi tujuan ditetapkan Projek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program Humanising Cities.
Menurut WHO, bandar sihat adalah bandar yang menciptakan dan memperbaiki lingkungan fizikal dan sosial.
Selain itu, ia memperluas sumber masyarakat yang memungkinkan manusia saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan potensi maksimum mereka.
Sumber : HMetro