Berharga RM11,454.. Sabun ‘Keju’ Ini Paling Mahal Di Dunia | Beirut – Sebuah kilang membuat sabun mendakwa berjaya menjual sabun termahal dunia pada harga AS$2,800 (RM11 ,454). Sabun jenama Khan Al Sabun itu dihasilkan syarikat Hassan&Sons. Syarikat itu memiliki kilang di Lebanon dan terkenal kerana menghasilkan sabun dan produk penjagaan kulit yang mewah mengandungi minyak aromaterapi serta wangian semula jadi. Sabun itu pertama kali dihasilkan pada tahun 2013 sebagai hadiah kepada Wanita Pertama Qatar, Moza Naser. Sebuku sabun yang mengandungi serbuk emas dan berlian dilaporkan bernilai RM11,454. Sabun mewah itu telah diubah suai oleh syarikat tersebut dan menjadi tular apabila…
Author: Admin Baik
China Lancar Kapal Angkasa Ambil Batu Di Bulan | Beijing – China hari ini melancarkan sebuah kapal angkasa kawalan jauh untuk membawa kembali batu Bulan dalam percubaan pertama oleh mana-mana negara bagi mengambil sampel dari Bulan sejak empat dekad lalu. Roket Long March 5 membawa kapal angkasa Chang’e-5 yang dinamakan sempena dewi bulan dalam mitos Cina, dilancarkan dari Pusat Angkasa Wenchang di Pulau Hainan, selatan China pada pukul 4.30 pagi (waktu tempatan), lapor agensi berita rasmi Xinhua. Beijing membelanjakan berbilion-bilion dolar untuk program angkasa lepas ketenteraannya dengan harapan akan memiliki sebuah stesen angkasa di orbit Bumi pada tahun 2022 dan…
Covid-19. Dua Kawasan Dikenakan PKPD | Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan bermula esok. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil setelah 246 ujian saringan yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati sebanyak 25 kes positif Covid-19 dicatatkan di penjara tersebut. “Berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan selama 14 hari bermula 24 November hingga 7 Disember 2020. “PKPD ini akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok…
1,889 Kes Positif Covid-19, Kilang Top Glove Tutup Berperingkat | Petaling Jaya – Kilang Top Glove akan ditutup secara berperingkat ekoran 1,889 kes potitif Covid-19 dicatatkan di kawasan berkenaan hari ini. Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut memaklumkan bahawa mereka telah melaksanakan 5,794 saringan di kilang berkenaan. “Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, sidang khas hari ini bersetuju supaya 28 kilang Top Glove ditutup secara berperingkat bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian saringan dan menjalani proses kuarantin. “Pelaksanaan ini akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor dengan…
Ini ‘Isi’ Bungkusan Misteri Yang Ditemui Di Pantai Irama | Bachok – Penemuan bungkusan misteri berwarna kuning yang didakwa ditemui di Pantai Irama di sini menggemparkan orang ramai pagi Jumaat lalu. Bagaimanapun, bungkusan itu sebenarnya hanya mengandungi pasu kecil yang sudah pecah bersama duit syiling lama. Difahamkan, berdasarkan maklumat orang ramai perbuatan itu dilakukan orang kurang siuman. Penemuan bungkusan itu tular di media sosial yang menunjukkan anggota polis sedang melakukan pemeriksaan di kawasan tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman ketika dihubungi Kosmo! berkata, polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu . “Kita hanya menerima…
i-Sinar KWSP. Tak Perlu Bayar Balik Pendahuluan | Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa “ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada KWSP.” Sebaliknya menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan. “Penggantian semula ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1. Setelah jumlah amaun yang diakses daripada i-Sinar diganti semula sepenuhnya, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2. “Amaun…
Suspek Kes Bunuh Positif Covid-19, 60 Anggota Polis Disaring | Seorang lelaki warga Myanmar yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bersabit kes bunuh disahkan positif COVID-19 hasil saringan semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata susulan itu, seramai 60 pegawai dan anggota polis IPD Segamat diarah menjalani saringan dan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan petang ini. “Memang ada seorang suspek warga Myanmar berusia 29 tahun ditangkap, dan positif COVID-19. Seramai 60 pegawai dan anggota IPD Segamat sudah disaring, sedang tunggu keputusan petang ini. “Kalau positif, mereka akan diarahkan menjalani kuarantin di pusat…
Menang Pilihan Raya AS, Ini Permintaan Palestin Pada Joe Biden | Gaza City: Ketua Hamas, Ismail Haniyeh menggesa presiden dipilih Joe Biden yang memenangi pilihan raya Amerika Syarikat (AS), menarik balik apa yang digelar oleh Presiden Donald Trump “deal of the century”, menurut Agensi Anadolu. Dalam satu kenyataan pada Ahad, Haniyeh mahu pentadbiran Biden menghapuskan pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan kedutaan berpindah ke bandar itu. Perjanjian yang diterajui Trump itu menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan mengiktiraf kedaulatan rejim zionis terhadap sebahagian besar wilayah yang diduduki di Tebing Barat. Haniyeh mendesak Biden, “memperbaiki tindakan AS…
Dua Kluster Covid-19 Lagi Dikenal Pasti Hari Ini | Dua lagi kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan negeri di Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah Kluster Ikhtisas dan Kluster Berendam. “Kluster Ikhtisas membabitkan daerah Petaling dan Klang di Selangor; Jeli, Kelantan dan Seremban, Negeri Sembilan dan sehingga kini sebanyak 22 kes dikesan positif dengan lapan kes baharu. “Kluster Berendam pula membabitkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka yang menjangkiti lapan individu termasuk tiga kes baharu, ” katanya melalui kenyataan, di sini. Pada masa sama, Dr…
PKPB Bermula Esok. KPM Umum Semua Sekolah Ditutup | Kuala Lumpur: Semua sekolah di semua negeri termasuk Kolej Vokasional akan ditutup bermula esok sehingga hari akhir persekolahan tahun ini. Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata, bagi sekolah Kumpulan A, sesi persekolahan akan ditutup sehingga 17 Disember dan 18 Disember bagi negeri Kumpulan B. KPM turut menutup semua sekolah di Perlis, Kelantan, Pahang dan Sarawak mulai 9 November hingg 17 Disember. Katanya, langkah itu diambil bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini. “Penggal persekolahan bagi tahun 2021, akan bermula pada 20 Januari dan murid sekolah rendah akan memulakan sesi…