Berharga RM11,454.. Sabun ‘Keju’ Ini Paling Mahal Di Dunia | Beirut – Sebuah kilang membuat sabun mendakwa berjaya menjual sabun termahal dunia pada harga AS$2,800 (RM11 ,454).
Sabun jenama Khan Al Sabun itu dihasilkan syarikat Hassan&Sons.
Syarikat itu memiliki kilang di Lebanon dan terkenal kerana menghasilkan sabun dan produk penjagaan kulit yang mewah mengandungi minyak aromaterapi serta wangian semula jadi.
Sabun itu pertama kali dihasilkan pada tahun 2013 sebagai hadiah kepada Wanita Pertama Qatar, Moza Naser.
Sebuku sabun yang mengandungi serbuk emas dan berlian dilaporkan bernilai RM11,454.
Sabun mewah itu telah diubah suai oleh syarikat tersebut dan menjadi tular apabila video Ketua Pegawai Eksekutif, Amir Hasen memberikannya kepada bintang tersohor dari Bahrain, Shaila Sabt, baru-baru ini.
Berbentuk seperti kepingan keju, sabun termahal dunia itu diukir tangan dengan nama penerima dan disadur emas 24 karat.
“Sabun ini diberi gelaran paling mahal di dunia bukan kerana kandungan serbuk emasnya tetapi kesannya pada psikologi dan rohani seseorang wanita,” kata Amir kepada portal berita Al- Ain – Agensi
Sumber : Kosmo