Dua Kluster Covid-19 Lagi Dikenal Pasti Hari Ini

| November 8, 2020 | 0 Comments

Dua Kluster Covid-19 Lagi Dikenal Pasti Hari Ini | Dua lagi kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan negeri di Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah Kluster Ikhtisas dan Kluster Berendam.

“Kluster Ikhtisas membabitkan daerah Petaling dan Klang di Selangor; Jeli, Kelantan dan Seremban, Negeri Sembilan dan sehingga kini sebanyak 22 kes dikesan positif dengan lapan kes baharu.

“Kluster Berendam pula membabitkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka yang menjangkiti lapan individu termasuk tiga kes baharu, ” katanya melalui kenyataan, di sini.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, Kluster Berendam pula membabitkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka yang menjangkiti lapan individu termasuk tiga kes baharu.

Beliau berkata, seramai 1,861 individu disaring dengan 109 dikesan negatif manakala 1,744 masih menunggu keputusan.

Selain itu, dua kluster lagi turut tamat hari ini membabitkan Kluster Putra dan Kluster Kuarters.

“Kluster Putra membabitkan daerah Bintulu di Sarawak dengan lima kes dikesan positif COVID-19 dan baki 185 yang disaring adalah negatif.

“Bagi Kluster Kuarters pula, ia membabitkan daerah Tongod, Telupid dan Kinabatangan di Sabah di mana 1,432 disaring dengan sembilan daripadanya adalah positif dan baki 1,432 negatif.

“Tiada kematian dilaporkan bagi kedua-dua kluster ini, ” katanya

Sumber : BH

Tags: , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *