Covid-19: 37 Kes Baru, 1 Kematian Hari Ini | Lekuk jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kian mendatar dengan hanya merekodkan 6,978 kes selepas mencatatkan pertambahan hanya 37 kes baharu, hari ini. Negara terus mencatatkan pertambahan kes baharu Covid-19 pada angka dua digit dengan kali terakhir jangkitan tertinggi dilaporkan pada 3 Mei yang merekodkan 122 kes dan 105 kes sehari sebelum itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 37 kes baharu yang dilaporkan itu, 35 kes berkaitan penularan tempatan dengan 22 daripadanya membabitkan kes bukan warga Malaysia. Beliau berkata, baki dua lagi kes membabitkan kes import yang mendapat…
Author: Admin Baik
Temui Puntung Rokok Dalam Makanan, Pelanggan Terkejut Lihat Rakaman CCTV | Seorang pelanggan di sebuah restoran di China menghadapi detik yang ‘mengerikan’ apabila melihat semula seorang chef didakwa meludah ke dalam makanannya di dalam satu rakaman sistem kamera keselamatan, lapor Daily Mail. Pelanggan itu dibenarkan untuk mengakses video tersebut setelah menemui puntung rokok di dalam hidangan ‘stew’ yang dipesan olehnya. Gambar: Daily Mail Menurutnya, dia ternampak chef tersebut seperti dengan sengaja meludah ke dalam hidangan tersebut. Pekerja restoran itu mendakwa bahawa dia mengalami masalah pada tekak dan telah meludah ke lantai. Menurut akhbar tempatan, Huashang Daily, kejadian tersebut berlaku sekitar…
Pesakit Ini Diselamatkan Oleh “Kanak-Kanak” Yang Pernah Ditaja Lanjutkan Pelajaran 11 Tahun Lalu | Kata orang, rezeki perlu dikongsi bersama kerana balasan atas rezeki yang dikongsi itu akan turun berlipat kali ganda daripada yang dihulurkan. Walaupun pasti ada yang beranggapan bahawa kata-kata itu hanyalah ungkapan sahaja, seorang lelaki telah membuktikan bahawa ianya sebenarnya adalah benar. Seorang lelaki di China yang telah menaja seorang kanak-kanak perempuan mengejar cita-citanya dalam bidang perubatan 11 tahun dulu kini mendapat balasan yang tidak disangka-disangka selepas kanak-kanak itu ditakdirkan menyelamatkan pula nyawa lelaki berkenaan. Tam Ling merupakan kanak-kanak tersebut dan kini sudah bergelar doktor, dia datang daripada…
20 Mei Ini Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Aidilfitri | Bantuan Khas Aidilfitri 2020 bernilai RM500 akan dibayar kepada penjawat awam pada 20 Mei ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman. Katanya, bantuan itu membabitkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah. Turut menerima bantuan khas adalah pesara kerajaan yang menerima pencen, bernilai RM250. “Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 dipanjangkan kepada pekerja sambilan harian (PSH) yang masih berkhidmat dengan syarat tempoh kontraknya sudah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut. “Pesara yang dilantik semula secara perkhidmatan kontrak dan masih berkhidmat pada 20 Mei juga…
PKPB. Ditanya Bila Masjid Akan Dibuka? Ini Jawapan PM | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan solat berjemaah di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SOP berkenaan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja untuk diperkenankan. Menurutnya, ramai umat Islam rindu ke masjid, terutama mendirikan solat Jumaat, Tarawih dan lima waktu. “Kita doakan keadaan akan bertambah baik tambahan pula sudah banyak kawasan hijau di seluruh negara. “Dengan pelaksanaan SOP yang teratur, saya percaya masjid sudah bersedia untuk dibuka kepada ahli…
Rentas Negeri Guna Motosikal Dan Bas Tidak Dibenarkan | Perkhidmatan bas ekspres dan motosikal tidak dibenarkan digunakan sebagai kenderaan perjalanan rentas negeri yang bermula esok hingga 10 Mei ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, larangan itu sudah dimuktamadkan pihaknya sebelum ini. “Kenderaan awam seperti bas dan motosikal tidak dibenarkan untuk perjalanan rentas negeri. Bagi motosikal, adalah sukar untuk dikawal kerana tiada penjarakan sosial. “Bagi perjalanan menerusi penerbangan pula dibenarkan untuk perjalanan di Semenanjung. Namun, mereka yang mahu ke Sabah dan Sarawak pula perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui platform disediakan (kerajaan negeri) sebelum membeli…
Trumph Mahu Dedah Laporan Terperinci Dakwa Virus Covid-19 Berasal Dari Makmal Di China | Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trumph, mendesak kerajaan China untuk bersikap telus mengenai asal-usul wabak Covid-19 yang telah menjangkiti hampir seluruh negara di dunia sejak ia bermula di bandar Wuhan akhir tahun lalu. Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata, terdapat ‘sejumlah besar bukti’ bahawa virus itu sebenarnya muncul dari makmal di China. Namun, makmal milik kerajaan China, Institut Virologi Wuhan telah menepis tuduhan tersebut yang dikatakan tidak berasas. Walau bagaimanapun, sebilangan pakar pula percaya virus tersebut berasal dari pasar di Wuhan yang menjual hidupan liar dan menjangkiti dari…
Covid-19. Zon Merah Kembali Meningkat | Zon merah Covid-19 kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding sembilan, setakat 12 tengah hari semalam. Petaling di Selangor menyaksikan pertambahan sebanyak 13 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 52 kes, sekali gus zon merah. Pada Ahad, daerah itu diletakkan sebagai zon kuning dengan 39 kes namun, jumlah kesnya meningkat semula, semalam. Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan sembilan daerah yang kekal zon merah ialah Hulu Langat, Gombak, Batu, ibu kota dan Kampung Baru, Sri Petaling, Kluang, Seremban, Kuching serta Kota Samarahan. Selain itu, Infografik CPRC juga menunjukkan Pulau Pinang menjadi…
Covid-19: 122 Kes Baharu, 2 Kematian Hari Ini | Dua kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 105 kes. Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 122 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 6,298 kes keseluruhan dalam negara. Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 52 kes baharu itu membabitkan kes import, manakala 70 kes lagi membabitkan penularan dalam komuniti. Katanya, seramai 27 pesakit dirawat…
PKPB: Ini Senarai Aktiviti Yang Tak Dibenarkan | Walaupun kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) mulai 4 Mei ini, masih ada aktiviti yang tidak dibenarkan. Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) aktiviti dilarang itu berdasarkan justifikasi dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk sukar mengawal keperilakuan dan keadaan di mana terdapat ramai orang, kemungkinan kontak rapat yang tidak dapat dielakkan dan pendedahan kepada titisan pernafasan serta keberadaan di dalam ruang rapat dan tertutup pada masa sama. Beriktu adalah senarai aktiviti yang dilarang: 1.Hiburan dan Riadah Panggung wayang…