Covid-19: 122 Kes Baharu, 2 Kematian Hari Ini

| May 3, 2020 | 0 Comments

Covid-19: 122 Kes Baharu, 2 Kematian Hari Ini | Dua kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 105 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 122 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 6,298 kes keseluruhan dalam negara.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 52 kes baharu itu membabitkan kes import, manakala 70 kes lagi membabitkan penularan dalam komuniti.

Katanya, seramai 27 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 13 pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus bertambah. Terbaru, seramai 87 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 4413 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 70 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,780 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini.

Sumber : MyMetro

Tags: , , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *