Pesakit Ini Diselamatkan Oleh “Kanak-Kanak” Yang Pernah Ditaja Lanjutkan Pelajaran 11 Tahun Lalu

| May 11, 2020 | 0 Comments

Pesakit Ini Diselamatkan Oleh “Kanak-Kanak” Yang Pernah Ditaja Lanjutkan Pelajaran 11 Tahun Lalu | Kata orang, rezeki perlu dikongsi bersama kerana balasan atas rezeki yang dikongsi itu akan turun berlipat kali ganda daripada yang dihulurkan. Walaupun pasti ada yang beranggapan bahawa kata-kata itu hanyalah ungkapan sahaja, seorang lelaki telah membuktikan bahawa ianya sebenarnya adalah benar.

Seorang lelaki di China yang telah menaja seorang kanak-kanak perempuan mengejar cita-citanya dalam bidang perubatan 11 tahun dulu kini mendapat balasan yang tidak disangka-disangka selepas kanak-kanak itu ditakdirkan menyelamatkan pula nyawa lelaki berkenaan.

Tam Ling merupakan kanak-kanak tersebut dan kini sudah bergelar doktor, dia datang daripada keluarga yang susah. Ayahnya merupakan seorang OKU manakala ibunya pula diduga dengan masalah kesihatan. Memandangkan Tam Ling merupakan anak yang sulung, maka dia bertanggungjawab untuk menjaga dua orang adiknya.

Pada tahun 2008, satu gempa bumi dahsyat berukuran 7.9 magnitud telah memusnahkan rumah yang didiami keluarga Tam Ling. Tidak dapat dipastikan umur Tam Ling pada ketika itu.

Disebabkan tragedi itu, mereka sekeluarga terpaksa menumpang tempat berteduh di rumah jirannya kerana ketiadaan sumber pendapatan untuk membina semula rumah mereka yang telah musnah itu.

Seorang lelaki bernama Zheng Hua telah bertemu dengan Tam Ling susulan daripada itu. Menurut portal Elite Readers, lelaki tersebut mendakwa bahawa Tam Ling telah mengingatkannya kepada dirinya semasa kanak-kanak.

Dia pernah membesar dalam serba yang kekurangan dan disebabkan itu jugalah dia tahu apa yang kanak-kanak perempuan itu rasa pada ketika itu. Dia kemudiannya bertindak menghulurkan nombor telefonnya, menyuruh kanak-kanak tersebut menghubunginya sejurus selepas dia telah menamatkan persekolahan.

Tidak lama selepas kanak-kanak perempuan itu berjaya menamatkan persekolahan, bapanya telah menghubungi Zheng Hua dan meminta supaya menjadi mentor kepada anaknya itu. Zheng Hua kemudiannya mencadangkan Tam Ling untuk menyambung pelajarannya di sebuah kolej perubatan dan menanggung yuran. Bukan itu sahaja, Zheng Hua juga turut menaja pembelajaran dua orang adik Tam Ling.

Kesudahannya, Tam Ling ini telah bergelar seorang optometrist dan didapati bekerja di sebuah hospital tempatan.

Pada 19 Mac 2019, Zheng Hua telah dimasukkan ke hospital kerana didiagnos dengan brain aneurysm. Secara kebetulan, hospital yang dirujuk Zheng Hua merupakan hospital dimana tempat Tam Ling bertugas.

Selepas mengetahui bahawa Zheng Hua perlu dipindahkan ke hospital dimana tempatnya bertugas, Tam Ling telah menguruskan segala-galanya untuknya. Oleh sebab isteri Zheng bekerja di tempat lain, Tam Ling dan suaminya telah menguruskan segalanya untuk Zheng, daripada masuk ke hospital itu sehinggalah diberikan rawatan.

Keadaan kesihatan Zheng Hua yang kian merosot pada ketika itu dapat dipulihkan kerana tindakan pantas hasil pertolongan daripada Tam Ling. Hasil daripada itu, keadaan Zheng Hua dilaporkan mulai stabil.

“11 tahun lalu, saya bantunya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. 11 tahun berikutnya, dia selamatkan nyawa saya! Saya kongsikan cerita ini kerana saya mahu memberi motivasi kepada orang ramai supaya sentiasa melakukan kebaikan!”

Sumber: Elite Readers Via Siakapkeli 

Tags: , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *