Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

(Video) Entiti Misteri Dirakam Kamera ‘Jenguk’ Lelaki Menari Seorang Diri | Seorang individu yang memuat naik video tariannya di satu aplikasi hiburan telah menjadi tular selepas warganet mendakwa bahawa terdapat satu entiti misteri yang sedang mengintai perbuatannya itu semasa dia sedang menari. Lelaki berkenaan telah memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang menari sambil memasang lagu yang bertajuk Say So. Menurutnya, ketika video tersebut dirakamkan, tiada orang lain yang berada di rumah selain dirinya. Pada awalnya, video tersebut kelihatan seakan video tarian normal seperti yang lain sahaja. Namun video tersebut mula menarik perhatian warganet selepas sebuah entiti misteri yang bergerak…

Read More

Sempena Hari Jadinya Esok, Ini Permintaan Dr Noor Hisham | Sempena sambutan ulang tahunnya ke-57 esok, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru rakyat Malaysia untuk kekal duduk di rumah sebagai hadiah bermakna buat beliau ketika negara dilanda krisis pandemik koronavirus baharu (Covid-19) ini. Dalam ucapan ringkas selepas sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini, beliau berkata; “Sempena hari jadi saya esok, iaitu 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah kalau boleh rakyat Malaysia, kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” kata kepada Bernama. Mengikut laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham dilahirkan 21…

Read More

Kedatangan Pakar Dari China, KP Kesihatan Kongsi Tugas Sebenar Mereka Disini | Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kedatangan pakar dari China bukan untuk membantu rawat pesakit, sebaliknya berkongsi pengetahuan dengan Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kemasukan mereka adalah untuk pembelajaran pakar di Malaysia menghadapi COVID-19. “Kita dapat berbincang dari segi rawatan dan penyelidikan, bukan sahaja perkara positif tapi juga perkara yang mereka gagal laksanakan supaya kita tidak mengulangi perkara yang mereka laksanakan, tetapi tidak berimpak. “Kita boleh pelajari isu perawatan pesakit contohnya di wad dan ICU, dan isu penyelidikan, pengesanan serta teknik tertentu untuk kita bincang,” kata…

Read More

Covid-19: 1 Kematian, 95 Sembuh, Dan 84 Kes Baharu | Satu kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 89 kes. Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 84 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 5,389 kes keseluruhan dalam negara. Katanya, daripada jumlah itu, seramai 46 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 26 menggunakan bantuan alat pernafasan. “Bilangan pesakit yang telah…

Read More

Terkini. KKM Sahkan Daerah Muar Sebagai Zon Merah Covid-19 | Terdapat pertambahan zon merah menjadi kepada 27 mengikut statistik terbaharu sehingga 12 tengah hari, 14 April. Daerah terbaharu zon merah ialah Muar. Daerah ini mencatatkan 44 kes positif Covid-19. Ini menjadikan pertambahan zon merah di Johor selain daripada Batu Pahat, Johor Bharu dan Kluang. Manakala, di daerah Kulai, kes positif Covid-19 berada pada tahap jingga di mana mencatatkan 38 kes setakat ini. PKP Fasa ke-3 bermula hari ini. Penting untuk kita terus duduk rumah dan penjarakan sosial untuk putuskan rantaian jangkitan Covid-19. Selain itu, di Sarawak masih mengekalkan dua daerah zon…

Read More

Jika Rakyat Masih Degil, PKP Kemungkinan Besar Lanjut Hingga Jun | Ditanya berkenaan lanjutan PKP hingga Jun, Ini penjelasan Ketua Polis Negara pada semua. Baca seterusnya.. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemungkinan besar akan diteruskan hingga melepasi Jun ini jika sikap rakyat yang masih berdegil dan menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 bertambah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jika mereka terus berdegil dan kes jangkitan Covid-19 bertambah, besar kemungkinan PKP diteruskan hingga melepasi Jun. “Sehubungan itu, hari ini saya sekali lagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tak lupa bahawa PKP tidak akan dilonggarkan. “Tindakan tangkapan akan dipergiatkan…

Read More

Covid-19. Terkini 1 Kematian Dan 134 Lagi Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini | Menerusi sidang media hari ini, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 134 kes baharu Covid-19 dilaporkan. Ia menjadikan kes keseluruhan Covid-19 adalah 4, 817. Menurutnya,  terdapat 2, 464 kes yang aktif dan 66 pesakit sedang dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi serta 36 orang memerlukan bantuan pernafasan. Dr Noor Hisham juga mengumumkan terdapat satu kes kematian terbaru yang menjadikan keseluruhannya adalah 77 kematian setakat ini. #COVID19 Perkembangan terkini di Malaysia 13 April 2020. Kes baru 1️⃣3️⃣4️⃣ Keseluruhan 4,817 Kes aktif 2,464 ICU 66 (36 bantuan alat pernafasan)…

Read More

Pandang Negatif Pesakit Covid-19. Ini SERUAN Dari KKM Pada Semua | Jika dilihat, jumlah kes COVID-19 di Malaysia telah mencecah kepada 4,683 kes. Hal ini perlu diambil serius seluruh rakyat Malaysia dalam mencegah virus daripada terus merebak. Dalam pada itu, mungkin ada segelintir daripada kita yang berpandangan negatif kepada pesakit-pesakit yang dijangkiti. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham, masyarakat seharusnya perlu mengelakkan perasaan itu terhadap pesakit COVID-19 dan keluarga mereka. Mereka pastinya tidak mengkehendaki perkara itu terjadi. Jauhi stigma atau pandangan negatif atau diskriminasi pesakit #COVID19 dan keluarga mereka. Mereka tidak minta dijangkiti. Sokongan masyarakat mampu meningkatkan semangat positif…

Read More

(Video) 40 Ambulan Terpaksa Beratur 15 Jam Bawa Pesakit Covid-19 Ke Hospital | Satu video menunjukkan barisan panjang ambulan di luar hospital Moscow mengejutkan orang ramai selepas darurat diisytihar. Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurang 45 buah ambulans membawa pesakit Covid-19 berbaris menunggu ‘giliran’ masuk ke hospital. Lebih menyedihkan, pesakit terpaksa menunggu sehingga 15 jam untuk bertemu pakar.  Hal ini berlaku sebaik sahaja Kremlin mengisytiharkan darurat. Dalam satu video yang dirakam penduduk setempat, dia memberitahu, “Semua yang berada didalam ambulan ini membawa pesakit coronavirus. “Itu hospital berlawanan tempat saya, dan itu pula barisan ambulan. “Cuba bayangkan, setiap pesakit yang dirawat mengambil…

Read More

Covid-19. Tiga Lagi Kematian, 153 Orang Disahkan Positif Hari Ini | Laporan terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan wabak Covid-19 hari ini. Baca ulasan lanjut.. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga lagi kematian akibat wabak Covid-19, setakat 12 tengah hari ini. Secara keseluruhan jumlah kematian bertambah kepada 76 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 153 orang yang disahkan positif hari ini, menjadikan jumlah kes positif jangkitan itu adalah 4,683 kes. Beliau berkata, seramai 66 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 37 kes memerlukan bantuan pernafasan. “Jumlah kes aktif sebanyak 2,499 dan jumlah…

Read More