Bandar Temerloh ‘Ditutup’ Selepas 12 Tengah Hari. Ini Puncanya | ORANG ramai hanya dibenarkan berurusan di Bandar Temerloh antara 7 pagi hingga 12 tengah hari sahaja bermula hari ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan. Keadaan terbabit dilaksanakan berikutan polis mahu memperketatkan kawalan kerana berlaku kesesakan lalu lintas di bandar berkenaan selepas 12 tengah hari. Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, pihak polis beranggapan masa mencukupi diberikan untuk membeli keperluan harian dari 7 pagi hingga 12 tengah hari. “Kita sudah bagi peluang semua orang untuk membeli barang-barang keperluan di bandar dan selepas itu (12 tengah hari)…
Author: Admin Baik
Lelaki Ni Kena Mandi Kat Luar. Puncanya Buat Ramai Gelak | Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan, masing-masing mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan kebersihan diri dari dijangkiti wabak covid-19 ini, Namun tindakan lelaki ini mendapat perhatian ramai. Baca selanjutnya.. Isteri Jaga Lebih Tegas Tak payah askar jaga, isteri jaga lagi tegas dari askar. Tadi terpaksa keluar pergi klinik. Gigi sakit sangat. Balik rumah, acik cantik sorang tu dah tercegat depan pintu dengan grill berkunci. “Tak boleh masuk selagi belum mandi seluruh badan kat luar. Guna sabun tu. Sanitized semua ubat, kunci dan phone awak ye” “Lepas tu tanggal…
Covid-19. Ini Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP | Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. “Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 Mei. “Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini. Butiran terperinci mengenai kaedah ini akan diwar-warkan sebelum 31 Mac,” kata Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias dalam satu pesanan khidmat masyarakat yang disiarkan oleh semua…
Laman Web KWSP Tak Boleh Akses, Ini Yang Berlaku Selepas Pengumuman PM | Laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dapat dicapai sebaik sahaja kemudahan pengeluaran simpanan itu diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dipercayai orang ramai cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung prosedur bagi membolehkan pengeluaran wang dibuat. Beberapa netizen di laman sosial berkata, kaedah terbaik yang perlu dilaksanakan ialah menerusi permohonan dalam talian. “Takkanlah semua orang hendak beratur di KWSP untuk isi borang nanti merebak lagi wabak koronavirus (Covid-19), KWSP kena pastikan permohonan dibuat menerusi dalam talian sahaja,” katanya. Sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin…
Covid-19. Ini Hukum Jamak Solat Bagi Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia | Ekoran wabak covid-19 tersebar dengan pantas dan direkodkan hari ini sudah 553 kes, petugas kesihatan sudah semestinya sibuk dan ini respon Dr MAZA berkenaan Solat Jamak bagi petugas kesihatan. Baca Selanjutnya.. HUKUM JAMAK SOLAT BAGI PETUGAS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA YANG TERLIBAT DALAM MERAWAT PESAKIT COVID-19 Bagi staf-staf hospital yang terlibat secara langsung dalam merawat kes-kes covid-19 di hospital diharuskan untuk melakukan solat Jamak tanpa qasar dengan panduan berikut: 1. Pada asalnya wajib melakukan solat pada waktunya selagi mampu dan haram menjamakkan solat tanpa keperluan yang mendesak atau musafir. 2.…
USM Universiti Malaysia Pertama Perintah Lockdown Secara Berperingkat | Ekoran wabak Covid 19 yang dah cecah 553 kes di Malaysia, USM ambil langkah drastik perintah lockdown berperingkat kepada semua warganya. Baca pengumuman rasmi USM. PENUTUPAN SEMENTARA SECARA BERPERINGKAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (17 MAC 2020 – 5 APRIL 2020) Berikutan penularan wabak Covid-19 yang kian membimbangkan di dunia dan seluruh negara, pihak USM telah mengambil inisiatif melaksanakan penutupan sementara KESEMUA KAMPUS selama 3 minggu secara berperingkat, bermula Selasa, 17 Mac 2020 – Ahad, 5 April 2020. 1. STAF BEKERJA DARIPADA RUMAH Semua staf Pusat Pengajian dan Pusat Akademik/Penyelidikan di kesemua kampus…
Tak Benarkan Umrah . Ini Sejarah Masjidil Haram Ditutup 40 Kali Ramai Tak Tahu. | Ekoran penularan covid-19, kerajaan Arab Saudi Halang laksana Ibadah Umrah buat ramai resah. Namun ramai tak tahu Masjidil Haram ditutup 40 kali. Ini sebabnya.. Tutup Kerana Peperangan, Kebakaran, Wabak Penyakit, dan Proses Baik Pulih. SETELAH dunia dikejutkan dengan wabak coranivirus (COVID-19) yang membimbangkan hingga membawa kepada kes kematian, kerajaan Arab Saudi mengumumkan halangan sementara memasuki Makkah dan Madinah untuk melaksanakan ibadah umrah. Sudah tentu keputusan itu menarik perhatian umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi kurang dua bulan lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan dinanti-nantikan,…
(Video) Penularan Covid-19. Tindakan Lelaki Ini Dalam Lif Buat Ramai MARAH | Ekoran serangan wabak Covid-19 semakin membimbangkan, setiap orang cuba memastikan kebersihan dijaga seperti memakai penutup muka dan menggunakan hand sanitizer. Namun tindakan seorang lelaki di dalam lif ini undang kemarahan ramai. Ada Video.. Ludah Panel Butang Lif Biadab! Begitulah gambaran netizen terhadap video yang tular menunjukkan seorang lelaki meludah pada panel butang lif di sebuah pangsapuri. Tindakan tidak bertanggungjawab itu membangkitkan kemarahan orang ramai dalam situasi seluruh dunia ketika ini dilanda penularan wabak Covid-19. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam sebuah lif, seorang lelaki berbaju merah…
Covid-19. Lapangan Terbang Kecoh Ribuan Orang Muncul, Ini Puncanya.. | Penularan wabak Covid-19 semakin merebak pantas, beberapa negara melaksanakan perintah berkurung untuk membendung penyebaran. Terkini ribuan orang muncul menjadikan lapangan terbang kecoh. Ini puncanya.. 9 Jam Jalani Saringan Kesihatan Ribuan warga Britain mahu pulang ke tanah air selepas lebih banyak negara melaksanakan perintah berkurung, berikutan penularan wabak Covid-19. Ia termasuk sekatan perjalanan yang dilakukan di kebanyakan negara. Seorang penumpang di Amerika Syarikat (AS) memberitahu kejadian menjadi huru-hara di lapangan terbang. Warga Britain yang berpeluang untuk kembali ke tanah air terkejut kekurangan pemeriksaan kesihatan, dengan salah seorangnya berkata: “Mereka tak kisah…
(Video) Covid-19. Ratusan Monyet Mengamuk Di Thailand | Ratusan monyet yang kelaparan dilihat merusuh sesama sendiri kerana sebiji pisang di Thailand selepas wabak koronavirus telah menyebabkan penurunan drastik jumlah pelancong yang memberi makan kepada mereka. Berebut Makanan Pada sebelum ini, haiwan tersebut kebiasaannya diberi makan oleh pelancong di Lopburi, Thailand, namun bilangan pengunjung ke kawasan itu telah merudum kerana virus Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Monyet-monyet itu dilaporkan terdiri daripada dua kumpulan iaitu monyet yang tinggal di kota dan monyet yang tinggal di kuil. Kedua-dua kumpulan monyet itu terpaksa bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan pisang tersebut. Sebuah rakaman yang…