Lelaki Ni Kena Mandi Kat Luar. Puncanya Buat Ramai Gelak

| March 24, 2020 | 0 Comments

Lelaki Ni Kena Mandi Kat Luar. Puncanya Buat Ramai Gelak | Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan, masing-masing mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan kebersihan diri dari dijangkiti wabak covid-19 ini, Namun tindakan lelaki ini mendapat perhatian ramai. Baca selanjutnya..

Isteri Jaga Lebih Tegas

Tak payah askar jaga, isteri jaga lagi tegas dari askar.

Tadi terpaksa keluar pergi klinik. Gigi sakit sangat.

Balik rumah, acik cantik sorang tu dah tercegat depan pintu dengan grill berkunci.

“Tak boleh masuk selagi belum mandi seluruh badan kat luar. Guna sabun tu. Sanitized semua ubat, kunci dan phone awak ye”

“Lepas tu tanggal semua pakaian kat luar, tukar dengan pakaian yang saya dah sediakan ni. Mask tu pun basuh dan buang kat dalam tong”

Serius la?

“Ye!”

Dah sanitized tangan pun, dia punya langkah keselamatan, kalah Mindef Jalan Semarak wo.

Alhamdulillah. Nak berkempen ni, kena ada yang serius dan sokong, baru jadi.

Kalau ada yang meremehkan, itu yang kempen tak jadi.

Amacam gambar yang anak abam ambil ni, ada gaya Ziana Zain dalam Sembilu?

Sumber : FB Zaim Zin

Tags: , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *