Kematian Covid-19 Ke-15. Lelaki 71 Tahun Dari Melaka. AL FATIHAH.

| March 23, 2020 | 1 Comment

Kematian Covid-19 Ke-15. Lelaki 71 Tahun Dari Melaka. AL FATIHAH. | Kes kematian wabak Covid-19 semakin meningkat. Terkini seorang lelaki 71 tahun dari Melaka meninggal dunia. Baca selanjutnya. AL FATIHAH.

Ada Kontak Dengan Kes Positif No.703 Tabligh

Dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kematian baru dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.

Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling).

Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Sumber: FB Noor Hisham Abdullah

Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *