Kerja 35 Hari Stay Hospital Lawan Covid-19. Doktor Muda Meninggal Dunia. Ini Puncanya.

| March 23, 2020 | 1 Comment

Kerja 35 Hari Stay Hospital Lawan Covid-19. Doktor Muda Meninggal Dunia. Ini Puncanya. | Seorang doktor muda di China kerja 35 hari stay hospital lawan Covid-19 telah meninggal dunia hari ni. Ingatkan sebab kena jangkit Covid-19, tetapi rupanya….. Allahu baca selanjutnya. TAKZIAH.

Rebah Maut Akibat Kena Strok

SEORANG doktor perubatan di China dilaporkan meninggal dunia akibat strok setelah bertugas di barisan hadapan dalam pandemik COVID-19 selama 35 hari berturut-turut.

Dr. Dong Tian, 29, meninggal dunia pada Sabtu di sebuah hospital di Hubei, seminggu sebelum hari lahirnya yang ke-30.

Berdasarkan laporan media tempatan, doktor tersebut yang menjaga ayahnya yang sakit di rumah, secara sukarela kembali bertugas semula ke hospital pada akhir Januari lalu kerana wabak COVID-19 telah menular dengan cepat di wilayah Hubei itu.

Dia bertugas di barisan hadapan selama 35 hari berturut-turut tanpa henti sehinggalah dia rebah pada 29 Februari.

Dia direhatkan dan diletakkan di bawah isolasi untuk menjalani kuarantin.

Namun, doktor yang juga anastetik itu dikejarkan ke hospital apabila secara tiba-tiba mengalami sakit kepala dan hilang keupayaan bercakap semasa dia dikuarantin.

Selepas menerima rawatan di bawah Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 19 hari di sana, akhirnya pada 21 Mac lalu, Hospital Awam Zhijiang – tempat dia bertugas mengesahkan dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Doktor Dong Tian adalah seorang yang efisien dan proaktif dalam menjalankan tugasnya. Dia menghormati semua ketua dan sangat baik dengan rakan-rakan setugasnya.

“Dia menggunakan hidupnya untuk menunjukkan kasih sayangnya sebagai seorang doktor. Dia mengorbankan masa mudanya dan semangat untuk kerjaya perubatannya,” maklum pihak hospital.

Sumber: Daily Mail via Siakapkeli

Tags: , , , , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *