(Video) Penularan Covid-19. Tindakan Lelaki Ini Dalam Lif Buat Ramai MARAH

| March 15, 2020 | 0 Comments

(Video) Penularan Covid-19. Tindakan Lelaki Ini Dalam Lif Buat Ramai MARAH | Ekoran serangan wabak Covid-19 semakin membimbangkan, setiap orang cuba memastikan kebersihan dijaga seperti memakai penutup muka dan menggunakan hand sanitizer. Namun tindakan seorang lelaki di dalam lif ini undang kemarahan ramai. Ada Video..

Ludah  Panel Butang Lif

Biadab! Begitulah gambaran netizen terhadap video yang tular menunjukkan seorang lelaki meludah pada panel butang lif di sebuah pangsapuri.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu membangkitkan kemarahan orang ramai dalam situasi seluruh dunia ketika ini dilanda penularan wabak Covid-19.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam sebuah lif, seorang lelaki berbaju merah dilihat menggunakan kemudahan itu pada waktu pagi.

Lelaki berkenaan kemudian mengira wang, mengumpul kahaknya dan meludah pada panel butang lif.

Rakaman CCTV di luar lif turut merakamkan pergerakan lelaki tersebut yang beredar keluar, sebelum seorang wanita datang dan menekan pada butang lif yang diludah itu.

Video yang dikongsikan di halaman Facebook Penang Kini pada pagi Isnin, menunjukkan kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 13 Mac lalu.

Salinan laporan polis yang dibuat oleh seorang pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan berikutan kebimbangan terhadap kesihatan penduduk akibat jangkitan Covid-19, turut dikongsi di ruangan komen.

“Perangai laknat sangat, minta-minta dia yang kena virus. Jahanam sungguh sikap tu,” tulis seorang netizen yang berang dengan kejadian yang berlaku.

Kerajaan Malaysia patut ambil tindakan tegas bab ni. Jangan lambat sangat nak tangkap orang macam ni. Harap sangat kerajaan bertindak
NETIZEN

“Tak ada sivik, memang pengotor,” ujar netizen lain.

“Orang lagi nak cegah, tapi dia lagi nak sebar,” tulis seorang pemuda yang merujuk situasi ketika ini yang mana semua pihak mengambil langkah pencegahan daripada dijangkiti virus itu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan ke atas individu durjana berkenaan.

“Kerajaan Malaysia patut ambil tindakan tegas bab ni. Jangan lambat sangat nak tangkap orang macam ni. Harap sangat kerajaan bertindak,” tegas seorang netizen.

Pada Ahad, dilaporkan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat mendadak dengan pertambahan sebanyak 190 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 428 kes.

Kejadian di Flat Idaman Melur, Sungai Ara, Bayan Lepas.Apa motif lelaki ini bertindak meludah kahak ke arah panel butang lift? 🤔

Posted by Penang Kini on Sunday, March 15, 2020

Sumber : Penang Kini Via MStar

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *