Setelah dua tahun tidak diadakan dalam skala besar, sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka esok (Rabu) akan memberi pelbagai manfaat kepada rakyat. Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, ia termasuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat serta pendapatan tambahan kepada peniaga kecil dan sederhana. Jelasnya, kenapa kita perlu adakan sambutan Hari Kebangsaan berskala besar walau ada yang kata ini pembaziran, sebenarnya tidak (pembaziran)… memanglah kita pakai peruntukan kerajaan untuk menjayakan program ini tetapi dari segi kebaikannya pada kitaran ekonomi banyak memberi manfaat kepada ramai pihak. Katanya, ontohnya, di Dataran Merdeka kita…
Author: Miss Alin
Petisyen Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak yang dibuat oleh BNComms Selangor di platform change.org mendapat lebih 18,000 tandatangan setakat jam 5 petang Isnin. Petisyen dilancarkan sejak tiga hari lalu itu merupakan usaha bagi memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). Petisyen tersebut menyasarkan untuk mendapat 25,000 tandatangan. Dalam pada itu, satu lagi petisyen iaitu Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan digerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pula…
Seorang lelaki pertengahan umur dilaporkan maut selepas diserang seekor singa betina di Zoo Accra, Ghana yang terletak di dalam Hutan Achimota pada Ahad, menerusi laporan NDTV. Lelaki berkenaan didakwa menceroboh masuk ke dalam kandang singa itu sebelum diserang dan dicederakan haiwan tersebut. Dia disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan. Pada jam 12 tengah hari, beberapa pegawai di zoo itu mengesan lelaki tersebut memasuki kandang tersebut. Bagaimanapun, motif dia memasuki kendang singa itu masih belum diketahui, lapor kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perhutanan negara itu, John Allotey. Singa betina itu dan dua anaknya masih selamat berada di dalam kurungan di Zoo…
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, susulan kenyataan beliau yang berbaur perkauman berkaitan isu rasuah, baru-baru ini. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A Skandaguru, berkata Abdul Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman untuk direkodkan keterangan. Beliau berkata, ia susulan siasatan dijalankan pihaknya berhubung 28 laporan polis yang diterima terhadap Ahli Parlimen Marang itu setakat ini. Jelasnya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum. Tambahnya, siasatan turut…
Menyaksikan pertunjukan terbang lintas pesawat udara yang menggegarkan ruang udara Dataran Merdeka di sini pada sambutan Hari Kebangsaan pada 1998, kekal menjadi detik paling mengujakan dan kenangan zaman kanak-kanak terindah buat Izham Syazwan Ibrahim. Walaupun lebih 24 tahun berlalu, memori yang menyuntik dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam dirinya yang pada ketika itu berusia tujuh tahun, tidak pernah terpadam dan tetap tersemat dalam sanubarinya. Menurutnya, pada waktu itu sangat kagum dengan kekuatan dan keupayaan pasukan tentera dan keselamatan negara kita, apabila jet itu lalu, darah rasa berderau dan secara automatik timbul rasa sebak. Justeru, bapa kepada dua anak itu sangat teruja…
Jawatan Peguam Negara (AG) adalah tetap dan tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya, kata Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah Yee Lynn. Bagaimanapun, menurut Karen, sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian, sebuah tribunal haruslah ditubuhkan. Jelasnya, kita perlu melihat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tengok sama ada bolehkah kita menukar jawatan AG, atau terdapat pendekatan perlembagaan. Beliau berpendapat, Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan amat jelas menyatakan sekiranya ingin menukarkan (Peguam Negara), mesti menubuhkan satu tribunal. Jawatan ini adalah jawatan yang tetap dan tidak boleh ditukar begitu sahaja. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman melantik Peguam Negara dalam…
Pasangan badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memahat sejarah apabila mengakhiri penantian gelaran sulung negara untuk merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia di Jepun pada Ahad. Kejayaan membanggakan itu diraih setelah mereka menewaskan juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada pertarungan straight set 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit. Kemenangan itu juga adalah keempat buat Aaron-Wooi Yik dalam 11 pertembungan dengan gandingan Indonesia yang diberikan jolokan The Daddies kerana sebelum ini pernah meraih gelaran pada 2013, 2015 dan 2019. Lebih manis, kemenangan di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu secara tidak langsung menjadi hadiah paling bermakna buat negara yang bakal menyambut…
Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini. Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, ia susulan pengemaskinian harga terhadap 53 jenis produknya. Menurutnya, beliau telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan. Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3, manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30, naik 30 sen. Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula…
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu yang melakukan provokasi terhadap Islam di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini. Beliau menegaskan tindakan segera bagi memastikan perkara seumpama itu dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak. Jelasnya, masyarakat Islam kita cukup marah dan kecewa. Sempadan batas agama, sensitiviti keagamaan dan kaum usah dibuat bahan mainan. Katanya lagi, usahlah kita berperilaku yang melanggar dengan ajaran agama, adat ketimuran dan tatasusila. Pastikan untuk sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa perbuatan. Beliau turut memaklumkan, pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera…
Sebuah kapal layar mewah sepanjang lebih 39 meter karam di pantai selatan Itali selepas mengalami masalah ketika belayar pada Sabtu lalu, menerusi laporan Independent News. Kapal layar bernama ‘Saga’ yang dibina di Monaco pada tahun 2007, sedang belayar dari Gallipoli ke Milazzo di pulau Sicily. Semasa menyeberangi Teluk Squillace, kapal itu mengalami masalah menyebabkan kaptennya menghantar panggilan kecemasan pada lewat malam. Sebuah kapal pengawal pantai telah dihantar dari pelabuhan Crotone dan mendapati kapal layar itu dimasuki air di hujung buritannya sekitar sembilan batu nautika dari Marina Catanzaro. Empat penumpang dan seorang anak kapal, semuanya berbangsa Itali segera dibawa turun dari…