Author: Miss Alin

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat memadamkan jasa besar bekas Perdana Menteri itu. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO akan terus bersama Najib dalam menghadapi perbicaraan kes lain yang sedang dihadapinya bagi menjamin keadilan dan tidak ‘dimangsakan dengan tekanan politik’. Jelasnya, keluarga besar UMNO melahirkan rasa dukacita atas pengakhiran keputusan perbicaraan Najib pada 23 Ogos. Tambahnya, UMNO merasakan amat terkilan kerana proses dan ruang untuk mantan Perdana Menteri mempertahankan dirinya terutama usaha untuk mengemukakan bukti-bukti baharu dan penangguhan bagi membolehkan pasukan pembelanya yang baharu membuat persiapan telah dinafikan. Katanya…

Read More

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyelar tindakan penyanyi Noh Salleh memegang rokok yang tidak dinyalakan ketika muncul di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022). https://twitter.com/DGHisham/status/1562009098824318976?s=20&t=NUvNFTeGrvudfTvUTQXqew Menerusi kenyataan di laman Twitter, Noor Hisham memandang serius isu berkaitan artis yang menampilkan perilaku seperti merokok atau menghisap vape di khalayak ramai. Jelasnya lagi, KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai. Menurutnya, perbuatan ini menunjukkan contoh tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja. Noor Hisham turut menyeru orang ramai membantu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia…

Read More

Datuk Seri Ahmad Maslan tidak akan melupakan jasa Datuk Seri Najib Razak yang pernah melantik beliau sebagai Timbalan Menteri. Setiausaha Agung UMNO itu berharap Bekas Perdana Menteri keenam dan keluarganya tabah susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memihak kepadanya. Katanya, beliau anak Perdana Menteri (Tun Abdul Razak), namun telah melantiknya, anak penoreh getah sebagai Timbalan Menteri sebelum ini dan tidak akan dilupakan. Tambahnya melalui satu ciapan di Twitter, kes ini akan terus diulas, rakyat juga sedang menghakimi. Diharap beliau (Najib) dan keluarga terus tabah. Difahamkan di dalam ciapan tersebut, Ahmad turut mengepilkan dua gambar Najib sebelum melakukan sumpah mubahalah di…

Read More

Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik, menyatakan rasa sedih dan kecewa atas keputusan terhadap anak guamnya. Beliau memaklumkan bahawa, sudah tentu kami sedih dan kecewa kerana kalah dalam rayuan ini. Tambahnya, beliau hanya boleh katanya, sedang mencari ketenangan dan penawar menerusi seorang juri hebat dari India yang berkata ‘hanya Tuhan boleh memberikan keadilan sempurna’. Beliau juga berterima kasih kepada pihak media selepas selesai prosiding rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini. Ditanya sama ada pihaknya akan memfailkan semakan, Hisyam berkata, perkara itu tidak dapat disahkan sekarang. Beliau menjawab bahawa akan berbincang mengenai kemungkinan itu.…

Read More

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan terdapat desakan untuk beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, tiada..tiada ketika ditanya laporan sebuah media yang mengatakan ada perjumpaan khas melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO semalam, yang gagal mencapai kata sepakat bagi mendesak beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri itu. Beliau yang ditemui media selepas berucap pada majlis penutupan Konsultasi Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di sini hari ini turut ditanya mengenai ‘perjumpaan’ di Seri Perdana. Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden UMNO berkata, dalam perjumpaan itu, beliau diberikan taklimat…

Read More

Selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah muncul secara tiba-tiba untuk membantu prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. Firoz pada awalnya berada di galeri awam memasuki ruang mahkamah dan duduk di belakang Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam utama bekas Perdana Menteri itu. Beliau mendakwa telah hadir untuk membantu Hisyam berhujah dan memohon supaya prosiding ditangguhkan selepas rehat tengah hari ini. Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim…

Read More

Seorang pekerja dilaporkan maut selepas tersepit pada rantai mesin sebuah kilang di Jalan Genuang, pada Isnin. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata, mangsa tersepit pada rantai mesin ‘fryer conveyor’ dalam kilang tersebut. Menurut Mazuki, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.18 petang dan seramai 12 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian. Beliau berkata, mangsa tersepit pada rantai mesin ‘fryer conveyor’ dalam kilang terbabit. Bomba memotong rantai mesin menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan mangsa. Katanya…

Read More

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia pada jam 3.40 petang pada Isnin. Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi satu hantaran Facebook di sini. Ahmad berkata, Abdul Halim meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu. Menurutnya, Allahyarham merupakan tokoh yang sangat berjasa kepada negeri Kelantan khususnya sebagai tokoh penting bermula pentadbiran kerajaan negeri di bawah Dasar Membangun Bersama Islam. Katanya lagi, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan bermula 1990 sehingga 2004. Tambahnya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat bermula sebagai Ahli Dewan…

Read More

Mahkamah Persekutuan di sini dilaporkan telah menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan demikian selepas peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik mengemukakan permohonan secara lisan untuk menangguhkan prosiding itu. Semasa prosiding petang Selasa, Hisyam memohon agar prosiding rayuan akhir ditangguhkan sejurus mahkamah menolak permohonannya untuk memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan Syarikat SRC International Sdn Bhd. Sebelum media tempatan melaporkan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib…

Read More

Didakwa Urus Jemaah Pengkid. ‘Ini’ Komen Puhaz Kepada Umum | Khalifah Media Networks – Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Perak (Puhaz) menegaskan tiada ahli mereka yang terlibat mengendalikan jemaah umrah wanita berpakaian lelaki ke Tanah Suci seperti yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agung Puhaz, Abdul Jabbar Abdul Kahar berkata, maklumat awal yang diperoleh, individu tersebut melakukan perbuatan itu. Tanpa melalui mana-mana syarikat agensi pelancongan. Menurutnya, 35 ahli terdiri daripada syarikat pengendali umrah di dalam Puhaz. Tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan jemaah umrah kendalian mereka melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hukum agama. Lebih-lebih lagi ketika menunaikan umrah. Jelasnya, di pihak Puhaz,…

Read More