Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyelar tindakan penyanyi Noh Salleh memegang rokok yang tidak dinyalakan ketika muncul di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022).
KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai. Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak2 & remaja. pic.twitter.com/xczzeOxaYI
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 23, 2022
Menerusi kenyataan di laman Twitter, Noor Hisham memandang serius isu berkaitan artis yang menampilkan perilaku seperti merokok atau menghisap vape di khalayak ramai.
Jelasnya lagi, KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.
Menurutnya, perbuatan ini menunjukkan contoh tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja.
Noor Hisham turut menyeru orang ramai membantu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang budaya merokok.
Ujarnya lagi, KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya tidak diterima dalam kalangan masyarakat.
Terdahulu, bekas suami Mizz Nina ini pernah mencetuskan kontroversi menghisap rokok elektronik ketika ditemubual media dalam satu acara, bulan lalu.
Sumber: Berita Harian