Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia pada jam 3.40 petang pada Isnin.
Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi satu hantaran Facebook di sini.
Menurutnya, Allahyarham merupakan tokoh yang sangat berjasa kepada negeri Kelantan khususnya sebagai tokoh penting bermula pentadbiran kerajaan negeri di bawah Dasar Membangun Bersama Islam.
Katanya lagi, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan bermula 1990 sehingga 2004.
Tambahnya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggol (1986-1995) dan Kijang (1995-2004).
Ahmad berkata, selain itu Abdul Halim pernah menjadi Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada tahun 2004-2013.
Menurutnya lagi, bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.