Author: Miss Alin

Malang nasib yang menimpa seorang remaja, Jose Enerstor da Silva, 18, apabila kemaluannya dilaporkan terputus akibat digigit jerung ketika mandi di sebuah pantai di Piedade, Brazil. Memetik daripada laporan Daily Star, mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan namun, pembedahan yang berlangsung selama tiga jam gagal menyelamatkan nyawa Jose Enerstor da Silva. Ujar pihak Jambatan Bomba Recife, Rodrigo Matias mangsa sempat berenang bersama abangnya di pantai berkenaan yang memasang papan tanda amaran kehadiran jerung. Ketika anggota penyelamat meminta mereka untuk kembali ke pantai, mangsa telah digigit jerung. Susulan daripada itu, pasukan penyelamat berusaha sedaya upaya membantu mangsa bagi menghentikan pendarahan…

Read More

Sebuah helikopter yang hilang daripada radar trafik udara pada Khamis telah ditemukan dan kesemua tujuh penumpang disahkan terkorban, menurut pihak berkuasa Itali, baru-baru ini. Seorang pengembara yang melalui kawasan berhampiran Monte Cusna, sebuah gunung di wilayah tengah Itali Emilia Romagna berhampiran sempadan dengan Tuscany menghubungi pihak berkuasa selepas menemui serpihan bangkai pesawat itu, lapor Reuters. Menurut laporan, seorang juruterbang, seorang warga Itali termasuk empat warga Turki dan dua rakyat Lubnan terkorban dalam nahas itu. Pihak berkuasa Itali telah menjalankan operasi mencari bagi mengesan helikopter dan penumpangnya sejak Khamis. Helikopter itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari bandar Tuscan Lucca ke…

Read More

Isu Hina Nabi. “Umat Islam Usah Hina Agama Lain”- Ujar Menteri Agama | Khalifah Media Networks – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihati supaya umat Islam tidak bertindak balas dengan menghina agama lain susulan dua pegawai pemerintah Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini. Beliau berkata, ia berikutan kerana Islam berpegang kepada prinsip agama yang mana tidak membenarkan atau mengizinkan umatnya menghina agama lain. Jelasnya, dalam al-Quran pun ALLAH SWT berfirman supaya jangan menghina agama lain. Hina agama lain orang akan menghina Tuhan kita. Itu prinsip…

Read More

Gelombang kemarahan semakin meluas di Asia Barat terhadap kenyataan menghina oleh pegawai parti pemerintah India mengenai Nabi Muhammad SAW. Pelbagai negara mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan berkenaan dan memanggil perwakilan New Delhi, malah sebuah pasar raya di Kuwait memunggah keluar produk India dari rak jualannya. Emiriah Arab Bersatu (UAE) muncul antara negara terkini mengecam kenyataan itu, dengan menegaskan ia ‘bertentangan dengan prinsip serta nilai moral dan kemanusiaan.’ Kementerian Luar UAE menekankan akan ‘perlunya menghormati simbol agama dan menentang ucapan kebencian’, lapor agensi berita WAM. Arab Saudi, Qatar bersama negara lain di rantau ini serta Universiti Al-Azhar di Kaherah turut membidas kenyataan dikeluarkan…

Read More

Kepercayaan Inkarnasi Dalam islam. Mufti Pulau Pinang Beri Ulasan Buat Ramai Setuju | Khalifah Media Networks – Pihak berkuasa agama Islam digesa untuk mengambil tindakan segera bagi mencegah kepercayaan kepada inkarnasi, iaitu perpindahan roh seorang yang telah meninggal dunia kepada seorang lain yang hidup, daripada menyusup ke dalam masyarakat Islam negara ini. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan segera itu perlu dibuat. Berikutan tular video seorang pendakwah bebas berhubung kandungan ceramahnya. Beliau menyebut mengenai perpindahan roh kepada jasad manusia yang masih hidup. Ujarnya, kepercayaan kepada inkarnasi iaitu perpindahan roh seorang yang telah meninggal dunia…

Read More

Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini. Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam sidang media khas, hari ini. Beliau bertanya, apakah akan ada PT3 untuk tahun 2022? Jawapannya pada 2022 PT3 dimansuhkan. Jadi, mulai tahun ini tidak ada PT3… ia dimansuhkan. Katanya, sewaktu sebelum pandemik, PT3 adalah dilaksanakan di sekolah di mana guru-guru menjana soalan-untuk murid-murid mereka dan peperiksaan dilaksana di di bawah kawalan sekolah, dan hari ini (KPM) membuat keputusan bahawa PT3 akan dimansuhkan mulai tahun ini. Sebelum ini, KPM memaklumkan PT3 bagi tahun 2021 dibatalkan. Mengulas lanjut,…

Read More

Seorang warga emas yang dilapor hilang di dusun buah-buahan miliknya di Kampung Pasir Dusun, di sini, tujuh hari lalu, ditemukan selamat, baru-baru ini. Yaakub Ismail, 76, dijumpai dalam sebuah pondok di dusun milik penduduk kampung jam 6.45 petang tadi, kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada petang Khamis minggu lalu. Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Ariffin mengesahkan mangsa ditemukan selamat di dalam pondok di atas bukit oleh orang awam yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat. Ketika dijumpai, katanya mangsa dalam keadaan sedar dan mampu bercakap. Ujarnya, warga emas itu tidak mengalami kecederaan dan dibawa turun…

Read More

Warga emas yang tular dipukul lelaki di jalan raya berhampiran jejantas di Padang Jawa, dekat sini, Ahad lalu, memaafkan pemuda terbabit. Zainol Din Hussain, 61, berkata walaupun insiden berkenaan memberi kesan kepada kesihatannya dengan kecederaan pada muka, badan serta tulang rusuk, dia berlapang dada memaafkan pemuda berusia 23 tahun itu. Beliau berkata, seikhlas hati mohon maaf sekiranya ada silap dan berlapang dada untuk memaafkan dia kerana tidak ingin kejadian ini berulang lagi. Beliau juga sedih dengan apa yang dilakukannya kerana pemuda tersebut berusia 23 tahun iaitu di peringkat umurnya. Katanya, walaupun sedia memaafkannya, perkara ini telah diserahkan kepada pihak polis…

Read More

Seorang lelaki dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini semalam. Sebelum kejadian jam 6.20 petang itu, lelaki berusia 21 tahun terbabit yang dimasukkan ke wad pada Isnin lalu kerana disyaki menghidap denggi, didakwa menghantuk kepalanya sehingga pecah selepas keluar dari bilik air di wad terbabit. Dia yang juga menghidap penyakit asma kemudian dilihat meluru keluar menuju koridor sebelum ibunya yang menemani sejak dia dimasukkan ke wad cuba menghalangnya, namun lelaki berkenaan dipercayai terjatuh sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap di koridor tengah. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata…

Read More

Dalam negara masih hangat membincangkan berkenaan kekurangan stok ayam yang menyebabkan ramai orang terpaksa memboikot pembeliannya, timbul pula isu lain iaitu kenaikan harga ikan. Dilaporkan, kenaikan harga ikan meningkat sehingga 15 peratus selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan peniaga dan pembeli resah serta risau terhadap kenaikan yang lebih tinggi pada masa akan datang. Kenaikan itu juga dilaporkan seiring dengan peningkatan harga barangan semasa kini menyebabkan peniaga terpaksa akur walaupun sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan mereka. Ini kerana, selain memberi kesan kepada pelanggan, peniaga juga terpaksa menampung kos modal yang lebih tinggi dari sebelum ini. Tindakan drastik dan segera perlu dilakukan oleh…

Read More