Author: Miss Alin

Polis, hari ini, menjelaskan video tular membabitkan sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang secara berbahaya di Facebook ‘We are Malaysians’, semalam, adalah video lama. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, semakan oleh polis terhadap video berdurasi lapan saat itu mendapati kejadian sebenar adalah pada sekitar 2016. Jelasnya, hasil semakan juga mendapati kegiatan penunggang basikal lajak dalam video yang ditularkan itu berlaku di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Katanya dalam satu kenyataan, dipercayai video tersebut sengaja ditularkan kembali menerusi media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan…

Read More

Aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali sebagai Fahmi Reza hari ini ditahan kerana dipercayai memuat naik karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning di Facebooknya semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata Fahmi Reza ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang tadi. Beliau berkata polis akan memohon perintah reman di mahkamah esok. Jelasnya, hantaran berkenaan telah mengundang kemarahan masyarakat yang menyifatkannya sebagai keterlaluan. Ia telah mendapat 12,000 respons termasuk 3,400 komen dan dikongsikan sebanyak 966 kali sejak dimuat naik. Ujarnya dalam satu kenyataan, kes berkenaan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah…

Read More

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menyiasat kes penemuan gumpalan rambut dalam kuih tepung pelita yang didakwa dibeli di sebuah bazar Ramadan di Ipoh seperti yang tular dalam media sosial kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd Akmal Kamarudin, berkata kes sedang disiasat bagi mengenal pasti pelaku agar ia tidak berulang dan memudaratkan kesihatan orang ramai. Katanya, apa sahaja kes yang berkaitan, mereka meminta untuk laporkan kepada Bahagian Keselamatan Makanan JKN bagi memudahkan pihak mereka mengumpul maklumat dan melengkapkan siasatan. Beliau mengulas gambar viral dengan kapsyen antara lain menyebut ‘Sehelai rambut boleh dimaafkan, tetapi ini segumpal…

Read More

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu. Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 10 pagi ini, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. Ribut tropika Megi itu berada di kedudukan kira-kira 144 kilometer (km) ke barat laut Surigao City, Filipina dan 950 km ke timur laut Sandakan, Sabah dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j. Orang awam dinasihatkan agar lebih peka dan mengikuti perkembangan semasa mengenai situasi itu dan boleh mendapatkan maklumat yang dikemas kini setiap tiga jam…

Read More

Arab Saudi: Satu Juta Jemaah Dibenar Tunai Haji, Usia Bawah 65 Tahun |  Khalifah Media Networks –  Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU) mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji tahun ini 1443Hijrah / 2022 Masihi terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa. Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan di laman Twitter hari ini. Kementerian itu menyatakan jumlah jemaah antarabangsa untuk tahun ini akan mengikut kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara. Berkenaan dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan. Kementerian menegaskan bahawa musim haji tahun ini terbuka kepada jemaah di bawah 65 tahun yang vaksin Covid-19. Asas…

Read More

Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng didapati bersalah oleh Mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Keputusan oleh juri di negara berkenaan diumumkan oleh Mahkamah di Brooklyn menurut laporan Reuters. Pihak pendakwa raya mengenakan tuduhan berkonspirasi untuk melanggar undang-undang antirasuah dan pengubahan wang terhadap Ng, yang juga satu-satunya pegawai bank syarikat berkenaan dihadapkan ke mahkamah susulan terbongkarnya skandal kewangan terbesar dalam sejarah. Beliau didakwa membantu bekas ketuanya, Tim Leissner menggelapkan wang 1MDB, mengubah wang dan merasuah pegawai berkaitan untuk mendapatkan perniagaan untuk Goldman. Ng, 49, sebelum ini mengaku…

Read More

Jika tahun lepas harga buluh lemang dijual dengan harga RM1.20 seruas, namun tahun ini ia meningkat sebanyak 20 sen kepada RM1.40 seruas. Seorang peniaga buluh, Lailawati Ahmad, 49, dari Kampung Buntut Pulau di sini mengaku terpaksa menaikkan harga buluh jualannya berikutan peningkatan kos melibatkan gaji pekerja yang terpaksa dinaikan ekoran kesukaran mendapatkan pekerja. Jelasnya, namun pelanggan sudah memahami dan memang ada pelanggan tetap khususnya yang meminta harga dikurangkan sedikit. Katanya, beliau anggap ia satu cabaran yang perlu dihadapi sebagai peniaga selain berusaha untuk memenuhi tempahan pada tahun ini. Ujarnya, tidak sampai seminggu umat Islam berpuasa, Lailawati sudah mendapat tempahan lebih…

Read More

Israel pada Selasa melarang lelaki Palestin berumur antara 12 dan 40 tahun daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat ketika Ramadan. Hanya wanita Palestin, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan lelaki berumur lebih 50 tahun dibenarkan masuk ke Masjid al-Aqsa jika mahu menunaikan solat, menurut Agensi Anadolu, memetik pihak berkuasa Israel. Lelaki berumur antara 40 dan 50 tahun perlu mendapatkan kebenaran khas terlebih dahulu. Rakyat Palestin yang mempunyai saudara-mara di Israel akan diberi permit untuk melawat pada Ahad dan Khamis. Rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki perlu mendapatkan kebenaran khas untuk melawat saudara-mara dan tempat suci termasuk…

Read More

Seorang guru yang juga aktivis sosial, Mohd Fadli Salleh menegur sikap guru yang terlalu tegas dalam memaksa murid sekolah rendah berpuasa. Mohd Fadli berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar dalam usaha mendidik kanak-kanak berpuasa. Jelasnya, setiap anak-anak berbeza ketahanan. Tok sah (tak perlu) datang bawa cerita ‘Aku dulu puasa siap pikul beg jalan kaki 10 kilometer lagi’. Atau suka bawa cerita anak sendiri, ‘Anak saya umur 4 tahun dah puasa, ok saja’. Katanya melalui satu posting di Facebook, setiap budak-budak ini tak sama. Tak payah jadikan anak kita atau diri kita dulu kayu ukur konon anak kita boleh, anak orang…

Read More

Kerajaan disaran menggunakan beberapa kaedah berteknologi bagi memastikan tiada warga asing membeli petrol bersubsidi khususnya di sempadan negara. Pengenalan aplikasi tertentu khusus untuk pelanggan, penggunaan teknologi seperti sistem Pengenalan Frekuensi Radio (RFID), menunjukkan MyKad dan sistem aduan berpusat antara yang dicadangkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan. Aktivis Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Mohd Afiq Salim berkata, sudah sampai masanya pihak berwajib memperkenalkan aplikasi khas yang boleh digunakan untuk menyelesaikan isu pembelian petrol bersubsidi berkenaan. Katanya, ia bukan isu baru, malah sudah berlaku sebelum ini kerana warga asing dari negara jiran cenderung membeli petrol di Malaysia kita yang jauh lebih murah…

Read More