Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan melanjutkan lagi tempoh pemberian dos penggalak yang ditetapkan sehingga 31 Mac ini kepada penerima vaksin Sinovac. Menteri, Khairy Jamaluddin, berkata jika mereka masih enggan mendapatkan vaksin itu selepas tarikh berkenaan, status vaksinasi mereka bertukar kepada tidak lengkap. Menurutnya, tempoh yang kita beri bukan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN), tapi bagi masa kepada mereka untuk melengkapkan dalam tempoh lanjutan (yang diberi). Ini yang terakhir dan muktamad. Tambahnya, jika (pada tarikh) akhir ini mereka tidak dapat dos penggalak, maka status mereka adalah tidak lengkap. KKM sebelum ini menetapkan tempoh akhirnya adalah sehingga 28 Februari lalu, namun dilanjutkan…
Author: Miss Alin
Ibu bapa dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang positif COVID-19, kuarantin dan kontak rapat tidak perlu bimbang berikutan masih berpeluang menduduki peperiksaan itu pada sidang kedua, bulan depan. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata walaupun lewat sebulan daripada calon SPM lain, mereka yang mempunyai alasan munasabah berkenaan masih tetap dibenarkan menduduki peperiksaan itu. Katanya, calon hanya perlu mengemukakan borang deklarasi, pengesahan pengetua dan maklumat MySejahtera untuk membuktikan mereka dalam tiga situasi berkenaan. Difahamkan, pihak kementerian sudah jelaskan beberapa kali sekiranya murid (pelajar) ini didapati positif maka mereka perlu maklumkan kepada pihak sekolah, maknanya mereka…
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dilaporkan dikhuatiri lemas dalam kejadian di Kampung Tok Derpah, Alor Pasir, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Muhamad Faizal Abd Rahman, 20, mengikut ibunya, Che Fatimah Che Kob, 60, membersihkan kedai makan yang dilanda banjir Katanya lagi, mangsa tiba-tiba dipercayai hilang dan menurut anak saudara mangsa, Nor Ariana Natasha, 12, bapa saudaranya dilihat bermain di kawasan masjid berdekatan yang juga menjadi lokasi banjir. Difahamkan, keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa di seluruh kawasan namun gagal menemuinya, sebelum…
Kes Covid-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dilaporkan semakin meningkat di Labuan. Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, setakat Ahad, seramai 54 kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun dijangkiti virus itu manakala 219 kes lagi membabitkan kanak-kanak berusia 13 tahun ke atas. Menurutnya, buat masa ini terdapat 10 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun sedang dirawat iaitu lima orang di hospital dan lima lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). katanya lagi, baki 44 orang sedang menjalani kuarantin di rumah dan kanak-kanak ini berada di bawah kategori dua Covid-19. Dr Ismuni berkata, pihaknya sedang…
Polis mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang merakam aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS). Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal melalui kenyataan pada Isnin berkata, susulan itu membolehkan pihaknya mengesan kesemua pemilik motosikal yang terlibat untuk membantu melengkapkan siasatan. Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Barat Daya, Inspektor Hamzah Ahmad Rosli di talian 013-2064682. Katanya, polis turut menerima satu laporan selepas satu klip video yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi tular di media sosial…
Seorang remaja menjadi mangsa kedua banjir di negeri ini apabila dilaporkan ditemukan lemas selepas tergelincir dan dihanyutkan arus ketika menunggang basikal di tepi tali air di Kampung Talang Kadok, di sini pada Ahad. Mayat Muhammad Fazly Kamri, 13, dijumpai jam 10 malam oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir dia dipercayai hilang. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, remaja berkenaan dikatakan telah tergelincir masuk ke dalam tali air semasa menunggang basikal. Beliau menasihatkan agar ibu bapa supaya memantau pergerakan anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Dalam kejadian jam…
Kesemua 385 pelancong yang terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lalu dikatakan kini sedang dibawa keluar daripada pulau tersebut mulai pagi ini. Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata, kesemua pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi itu dibawa keluar menggunakan 15 bot pelancong bermula 7.30 pagi tadi. Jelasnya, keadaan cuaca yang baik dan laut yang tidak lagi berombak kuat membolehkan kita bawa keluar semua pelancong tersebut. Kesemua 15 bot itu akan berulang-alik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut sehingga semua pelancong selamat keluar daripada pulau ini. Kesemua pelancong yang menginap di 19…
Kehilangan seorang warga emas sejak Sabtu lalu terjawab apabila dia dilaporkan ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Kampung Lakang, di sini, pada Ahad. Mayat lelaki berusia 62 tahun itu ditemui oleh pemilik kenderaan terbabit selepas terhidu bau busuk pada jam 6.42 petang sebelum membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, selepas menerima makluman berhubung penemuan mayat itu, sepasukan anggota ke lokasi kejadian. Menurutnya, siasatan lanjut mendapati pemanggil adalah pemilik kenderaan yang menemui mayat berkenaan selepas terhidu bau busuk dari arah keretanya. Tambahnya, setelah menghampiri kereta dan membukanya, terdapat seorang lelaki lengkap berpakaian…
Tiga keluarga dilaporkan telah mengambil keputusan tidur beralaskan tikar di dalam pasar basah Kedai Gual Periok, di sini, selepas buntu mencari tempat selamat untuk berteduh. Salah seorang mangsa, Azura Ida Yusuf, 46, berkata dia bersama suami dan lima anak ke pasar berkenaan pada jam 9 malam tadi, dan terpaksa mengambil risiko bermalam di situ kerana tidak tahu ke mana perlu dituju. Katanya, pada awalnya dia berdaftar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Periok namun atas risiko sendiri dia sekeluarga mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi lain. Menurutnya lagi, mangsa yang datang terlalu ramai, tambahan pula dia ada…
Sekumpulan saintis semalam mengeluarkan hasil kajian mereka mengesahkan pasar di Wuhan, China, sebagai lokasi asal bermulanya pandemik COVID-19 menerusi laporan Nature news. Kumpulan itu menganalisis data daripada pelbagai sumber dan menyimpulkan COVID-19 berkemungkinan besar terdapat dalam mamalia hidup yang dijual di Pasar Borong Makanan Laut Huanan pada akhir 2019. Mereka juga percaya virus itu boleh merebak dengan meluas melalui orang yang bekerja atau membeli-belah di sana. Mereka turut menegaskan tidak mendapat bukti sokongan berhubung teori lain yang menyatakan COVID-19 bermula dari sebuah makmal di Wuhan. Menurut Dr Michael Worobey iaitu ahli biologi evolusi di Universiti Arizona dan pengarang bersama dua…