Tiga keluarga dilaporkan telah mengambil keputusan tidur beralaskan tikar di dalam pasar basah Kedai Gual Periok, di sini, selepas buntu mencari tempat selamat untuk berteduh.

Banjir: Mangsa Terpaksa Berteduh Di Pasar Basah

Salah seorang mangsa, Azura Ida Yusuf, 46, berkata dia bersama suami dan lima anak ke pasar berkenaan pada jam 9 malam tadi, dan terpaksa mengambil risiko bermalam di situ kerana tidak tahu ke mana perlu dituju.

Katanya, pada awalnya dia berdaftar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Periok namun atas risiko sendiri dia sekeluarga mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi lain.

Menurutnya lagi, mangsa yang datang terlalu ramai, tambahan pula dia ada anak kecil yang berisiko untuk mudah sakit di samping mempunyai beberapa kekangan lain. Justeru, mereka berpindah ke pasar basah ini bersama dua lagi jiran.

Ujarnya, rumah mereka telah digenangi air separas 0.5 sehingga 0.8 meter menyebabkan mereka terpaksa berpindah keluar. Nak berpindah ke rumah saudara juga tidak boleh kerana semua laluan ke kampung ini tidak dapat dilalui kerana dinaiki air.

Jelasnya, mereka hanya sempat membawa beberapa helai pakaian dan dokumen penting, namun bernasib baik kerana ada penduduk kampung yang hulurkan bantuan tikar dan selimut untuk dijadikan alas tidur.

Kampung Gual Periok antara penempatan yang terjejas teruk, malah penduduk juga mula meminta bantuan makanan kerana mereka terkepung akibat semua jalan ke kawasan itu dinaiki air.

Sementara itu, Mohd Haslan Mohd Hasdi, 38, berkata dia bersyukur kerana ada tempat berteduh walaupun di dalam pasar kerana kediamanya sudah tidak selamat untuk didiami.

Mereka sekeluarga terpaksa tidur dalam kesejukan dan bertahan dengan nyamuk yang banyak kerana pasar ini adalah tempat terbuka. Alhamdulillah ada juga tempat untuk mereka menyelamatkan diri.

Justeu Mohd Haslan berharap ada pihak yang boleh membantu menghulurkan sumbangan makanan kerana bimbang engan anak kelaparan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply