Author: Miss Alin

(Ada Video) Warga Emas Tidak Boleh Tutup Mata Gara-gara Pembedahan Plastik |  Seorang pesara di United Kingdom hidup terseksa selepas tidak boleh menutup matanya sejak tiga tahun lalu akibat pembedahan plastik yang gagal. Pete Broadhurst, 79, Four Oaks mengeluarkan kos 11,000 Pound Sterling (RM62,422.76) untuk menjalani pembedahan plastik bagi membetulkan pipinya yang membengkak. Katanya, pipinya membengkak selepas menjalani terapi oklusi sejak 1959 untuk menyelesaikan masalah gigi. Ujarnya, selepas dua kali kecewa dengan wanita, dia memutuskan untuk membuat prosedur itu kerana keadaan penampilannya yang menakutkan. Sambungnya, dia telah memilih menjalani prosedur sembilan jam itu di Hospital BMI The Priory bagi mengecilkan…

Read More

“Kekurangan Dana KWSP Beri Risiko Besar Potensi Pelaburan”- Jelas Pakar  | Kekurangan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akibat pengeluaran tambahan pada masa sekarang didakwa akan memberi risiko besar terhadap potensi pelaburan sedia ada dan seterusnya mengakibatkan ‘bencana’ untuk jangka masa panjang. Menurut Ketua Penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Dr Shankaran Nambiar, dana KWSP akan dilaburkan dalam pelbagai pasaran aset untuk melipat gandakan nilainya. Setiap tahun, KWSP akan mengumumkan kadar dividen yang merupakan pulangan pelaburan bagi ahli-ahli KWSP. Jelasnya, KWSP akan melabur dalam pelbagai pasaran aset dan sekiranya mereka terpaksa menarik maka, ia akan membawa bencana. Ia pasti akan mengakibatkan…

Read More

Isu Makanan RMT. Ini Penjelasan Sebenar Menteri Kanan Pendidikan | Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin tampil menjelaskan gambar nasi putih dan kuah yang tular bukan makanan yang disediakan untuk murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Menurutnya, wakil Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook yang menularkan mengenai gambar makanan tersebut. Jelasnya, siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah. Katanya dalam satu hantaran di Facebook, makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan…

Read More

Isu Makanan RMT. Ini Tindakan Yang Bakal Diambil Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilaporkan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya diberi makan nasi dan kuah di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, beliau dimaklumkan mengenai dakwaan terbabit yang tular di media sosial dan sudah mengarahkan siasatan dilakukan. Menurutnya, malam tadi beliau dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah RMT. Beliau memandang serius dakwaan itu dan arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah…

Read More

(ADA VIDEO) Rusa Melompat Sebelum Terbang ‘Tinggi’ Ke Udara | Tular satu video di media sosial selepas aksi seekor rusa melompat tinggi dan melayang tinggi ke udara di sebuah hutan di India yang telah berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini. https://twitter.com/buitengebieden_/status/1483776717411999744?s=20 Rakaman aksi haiwan itu sempat dirakamkan dan dikongsi oleh sebuah pertubuhan pemuliharaan alam semula jadi yang dikenali sebagai WildLens Eco Foundation dan disiarkan menerusi Twitter. Menerusi video terbabit, haiwan itu dilihat berlari sebelum melompat dan melayang ke udara sehingga setinggi seorang lelaki yang sedang menyaksikan aksi lompatan tersebut. Ketika ia melompat, haiwan itu dilihat cuba untuk melintasi jalan yang…

Read More

Lelaki Maut Ketika Bersarapan Di Restoran Dikaitkan Dengan Dos Penggalak. Ini Penjelasan Sebenar | Menurut isteri mangsa, Rabunah Abdu Rashid, isteri kepada Hamsan Hashim, 54, suaminya memang ada penyakit jantung dan darah tinggi dan kematiannya bukanlah disebabkan dos penggalak seperti dakwaan tular itu. Hamsan yang juga pekerja kilang di Shah Alam meninggal dunia ketika menikmati sarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, di sini, pagi hari ini. Terdahulu, tular di media sosial mendakwa kematian Hamsan disebabkan serangan jantung dan baru sahaja selepas mengambil dos penggalak. Rabunah, 49, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan itu selepas dihubungi pegawai penyiasat kes berkenaan…

Read More

Pemberian Dos Penggalak. Ini Saranan Mufti Perlis Kepada KKM | Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangguhkan pemberian dos ketiga (penggalak) sehingga dikeluarkan panduan menentukan siapa yang layak atau sebaliknya. Menurutnya, ia berikutan kebimbangan segelintir masyarakat mendapat komplikasi dan kesan yang serius selepas mengambil dos ketiga itu. Dalam satu kenyataan pada Rabu, Mohd Asri mendedahkan terdapat segelintir individu berkongsi mengenai kesan sampingan yang dialami susulan dos ketiga itu kepadanya. Walaupun secara perbandingan peratus mereka yang mendapat mudarat lebih kecil dibandingkan dengan yang tiada komplikasi, namun setiap keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat ujarnya…

Read More

Musim Panas Sepanjang Tahun, Kini Gunung Sahara Diliputi Salji | Bahagian Barat Gurun Sahara dikatakan sedang diseliputi salji selepas daily mail melaporkan suhu telah menurun di bawah paras beku, baru-baru ini. Lokasi itu yang terletak di luar bandar Ain Sefra iaitu salah satu tempat paling kering di dunia dikejutkan dengan kehadiran salji dan hablur-hablur ais. Menurut Live Science, seorang jurugambar tempatan, Karim Bouchetata telah merakamkan cuaca luar biasa itu. Ain Sefra terletak kira-kira 1,000 meter di atas paras laut dan berhampiran sempadan Algeria-Maghribi. Walaupun suhu musim panas di rantau itu kerap melonjak melebihi 38 darjah Celsius, purata suhu dalam bulan…

Read More

(ADA VIDEO) Wanita Potong 32 Gaun Pengantin Selepas Gagal Dapat Semula Deposit |  Seorang wanita di China dilaporkan telah hilang pertimbangan lalu memotong 32 gaun perkahwinan selepas berbalah mengenai bayaran deposit, menurut laporan News week. https://twitter.com/WhatsOnWeibo/status/1481648655429877767?s=20 Dia dikatakan telah mula menggunakan gunting untuk memotong pakaian itu selepas pertikaian dengan pemilik kedai dan kejadian itu dapat dirakamkan Wanita yang tidak dinamakan itu mengambil tindakan drastik kerana mahukan deposit bernilai 400 pound sterling (kira-kira RM2,285) dikembalikan. Menerusi laporan News Week, kejadian berlaku di daerah Chongqing Jiangjin pada 9 Januari lalu. Semua gaun perkahwinan yang dirosakkan itu dianggarkan bernilai 10,000 pound sterling (kira-kira…

Read More

(ADA VIDEO) Letusan Besar Lagi Dapat Dikesan Di Tonga | Dikatakan telah berlakunya satu lagi letusan besar yang dikesan di gunung berapi Tonga, lapor sebuah stesen pemantauan yang berpangkalan di Darwin, Australia pada Isnin. https://twitter.com/Alex_Verbeek/status/1482777003602370561?s=20 Ia dilaporkan berlaku dua hari selepas letusan besar-besaran terjadi sehingga mencetuskan gelombang tsunami di sekitar Pasifik. Letusan terbaharu itu dikesan pada jam 8.10 pagi waktu Malaysia, menurut amaran oleh Pusat Penasihat Abu Vulkanik Darwin. Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga berkata ia telah mengesan ombak besar di kawasan itu. Ia berkata: “Ini mungkin dari satu lagi letupan gunung berapi Tonga.” Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) pada…

Read More