Author: Miss Alin

Pakar Bedah Berjaya Buat Pemindahan Jantung Khinzir Kepada Manusia | Seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang menghidapi penyakit jantung dilaporkan telah menerima jantung khinzir yang diubah suai secara genetik menerusi pembedahan pertama seumpanya di dunia. Memetik laporan The Guardian, pasukan doktor pada Isnin berkata, pesakit itu kini dalam keadaan stabil tiga hari selepas pembedahan dijalankan. Pembedahan tersebut yang dijalankan oleh pasukan perubatan di Universiti Perubatan Maryland adalah yang pertama kali dilakukan menggunakan kaedah pemindahan jantung khinzir kepada manusia. Ia sekali gus merekodkan kejayaan pertama dalam bidang tersebut yang memungkinan pembedahan pemindahan organ kaedah baharu. Sekiranya ia terbukti berkesan, para saintis…

Read More

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Jejak Penerima Sijil Vaksin Palsu | Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dilaporkan sedang mengenal pasti individu yang mendapatkan sijil digital vaksinasi dipercayai palsu menerusi seorang doktor di sebuah klinik swasta di Marang. Menurut Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong, pihaknya akan memberikan nasihat dan kaunseling kepada golongan berkenaan bagi memastikan mereka menerima suntikan vaksin sebagaimana yang sepatutnya. Oleh itu, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan kegiatan berkenaan. Terdahulu tembelang seorang doktor yang disyaki menjalankan aktiviti mengeluarkan sijil vaksinasi Covid-19 palsu kepada golongan antivaksin terbongkar. Ia susulan penahanan suspek yang berusia 51 tahun pada…

Read More

Penduduk Terpaksa Redah Sungai Usung Keranda Akibat Jambatan Runtuh | Penduduk di Kampung Sungai Rotan, di sini terpaksa mengusung jenazah dengan menyeberangi sungai selepas jambatan yang menghubungkan tanah perkuburan runtuh akibat banjir baru-baru ini. Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, sebelum ini, jalan untuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Rotan ini dihubungkan oleh dua buah jambatan. Menurutnya, pada bulan Mei tahun lalu, jambatan yang pertama telah runtuh selepas sebuah lori yang melebihi muatan melewatinya dan permohonan untuk membina semula jambatan itu telah dikemukakan kepada kerajaan Negeri Sembilan. Beliau memaklumkan telah mendapat maklumat bahawa sudah ada kontraktor yang…

Read More

 Penceramah Bebas Mengaku Tidak Divaksin, Bawa Jemaah Tak Vaksin Ke Arab Saudi | Selepas tular mengenai jemaah umrah yang tidak divaksin, seorang ustaz yang juga penceramah bebas mengakui bahawa beliau yang membawa jemaah tidak divaksin ke Arab Saudi, baru-baru ini. Pengakuan secara terbuka itu dikongsikan di laman Instagram miliknya pada Sabtu. Bahkan, beliau juga turut mengakui bahawa dirinya juga tidak divaksinasi. Jelasnya, beliau mengaku tidak vaksin dan bawa orang yang tidak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab vaksin ini dah pupus. Tambahnya, ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh.…

Read More

Wanita ‘Berinteraksi’ Dengan Nabi Bakal Dikenakan Kaunseling | Khalifah Media Networks – Wanita yang mendakwa berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW di sebuah hotel di Makkah akan dipanggil menjalani sesi kaunseling di pejabat agama negeri yang terlibat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, perkara itu perlu bagi membetulkan pemahaman wanita berkenaan. Menurutnya, jika mereka mengetahui lokasi wanita berkenaan, mereka akan meminta pejabat agama negeri terlibat memanggil wanita terbabit untuk sesi kaunseling. Difahamkan dalam keadaan langit terbuka semua orang boleh bercakap. Jika dahulu, penulis kolum akhbar akan disemak oleh editor tetapi sekarang semua boleh jadi wartawan, jurugambar,…

Read More

“Keputusan Penjarakan Saf Solat Bukan Dibuat-buat”- Senator Idris Ahmad | Khalifah Media Networks – Keputusan penjarakan saf solat bukan ‘saja-saja’ dibuat oleh kerajaan sebaliknya diputuskan pihak berkuasa agama negeri setelah mengambil kira pandangan termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan ulama ketika negara masih berdepan dengan ancaman pandemik Covid-19. Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad berkata, adalah menjadi hasrat untuk merapatkan kembali saf solat berjemaah di Malaysia. Namun akur dan menghormati keputusan bidang kuasa agama negeri-negeri dengan mengambil kira situasi semasa. Di Arab Saudi pun mereka terpaksa melakukan penjarakan semula saf solat kerana tentu ada sebab tertentu. Insya-ALLAH kita akan bincang semula…

Read More

“Bayaran Bantuan Inisiatif Mangsa Banjir Bermula Esok” – Ujar PM |Pembayaran inisiatif bantuan meringankan beban mangsa banjir akan bermula esok, dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) menyalurkan wang itu kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk diserahkan kepada mereka yang terbabit. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran itu meliputi sumbangan pembelian barangan keperluan berjumlah RM2,500, diskaun baik pulih kenderaan, rebat pembelian barangan elektrik RM500 dan bantuan baik pulih rumah antara RM5,000 hingga RM15,000 bagi kerosakan akibat bencana berkenaan. Tambahnya, terdapat tiga kaedah pembayaran iaitu pemberian secara terus dengan menghantar ke rumah, berkumpul di pusat orang…

Read More

(ADA VIDEO)  Brazil: Tebing Air Terjun Runtuh, Enam Maut, 20 Masih Hilang | Sekurang-kurangnya enam individu maut manakala sembilan lagi parah selepas ketulan batu dari tebing runtuh menimpa mereka berhampiran air terjun sebuah tasik di Brazil, pada Sabtu. https://twitter.com/gefcamposs/status/1479866286352048135?s=20 Menurut Leftenan Jabatan Bomba Minas Gerais, Pedro Aihara, 20 lagi individu masih hilang dalam kejadian itu manakala 24 mangsa berjaya diselamatkan. Sebuah video yang tersebar di media sosial, yang telah disahkan oleh pihak berkuasa Brazil, menunjukkan sekumpulan bot kecil bergerak perlahan berhampiran tebing batu di Tasik Furnas, apabila berlaku keretakan pada sebuah batu besar, sebelum ia jatuh menimpa sekurang-kurangnya dua bot.…

Read More

Khazastan: Tunjuk Perasaan Antikerajaan Semakin Memburuk | Protes antikerajaan di Kazakhstan dilaporkan semakin memburuk dengan penunjuk perasaan pada Rabu menyerbu kawasan lapangan terbang di Almaty, menyebabkan ratusan kakitangan melarikan diri. Protes tercetus gara-gara kenaikan harga minyak, disusuli isu politik. Presiden Kassym-Jomart Tokayev mendakwa, protes didalangi kumpulan pengganas yang dilatih pihak asing. Bagaimanapun, pemerhati dan pakar politik Kate Mallinson menegaskan, protes mendedahkan kemarahan lampau rakyat terhadap pentadbiran. Ia susulan kegagalan pentadbiran memodenkan negara berkenaan dan memperkenalkan reformasi yang memberi kesan kepada rakyat di pelbagai peringkat. Setakat Rabu, Presiden telah menguatkuasakan arahan darurat dan perintah berkurung. Kerajaan juga melarang perhimpunan besar-besaran. Sumber:…

Read More

“Pembalakan Di Kelantan Ikut Undang-undang, Kuota Dibenarkan”- Ujar Timbalan MB Kelantan | Tiada keperluan untuk menghentikan pembalakan di Kelantan kerana aktiviti itu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan kuota yang dibenarkan di negeri ini, kata Timbalan Menteri Besar. Beliau berkata aktiviti itu tidak dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya ia mengikut terma dan syarat di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan kuota yang dibenarkan oleh Majlis Perhutanan Negara. Menurut beliau, sebagai contoh, setakat tahun ini kita hanya dibenarkan (menjalankan pembalakan) di kawasan seluas 3,000 hektar sahaja, tidak boleh lebih. Kalau lebih, kita akan dikenakan tindakan oleh Majlis Perhutanan Negara. Tambahnya, semua ini (had pembalakan)…

Read More