Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Jejak Penerima Sijil Vaksin Palsu | Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dilaporkan sedang mengenal pasti individu yang mendapatkan sijil digital vaksinasi dipercayai palsu menerusi seorang doktor di sebuah klinik swasta di Marang.
Menurut Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong, pihaknya akan memberikan nasihat dan kaunseling kepada golongan berkenaan bagi memastikan mereka menerima suntikan vaksin sebagaimana yang sepatutnya.
Oleh itu, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan kegiatan berkenaan.
Terdahulu tembelang seorang doktor yang disyaki menjalankan aktiviti mengeluarkan sijil vaksinasi Covid-19 palsu kepada golongan antivaksin terbongkar.
Ia susulan penahanan suspek yang berusia 51 tahun pada Sabtu lalu.
Jelas Dr Kasemani, klinik swasta berkenaan dibenarkan untuk memberikan suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September tahun lalu.
Beliau berkata, pihak masih menunggu hasil siasatan daripada polis sebelum tindakan lanjut diambil terhadap doktor dan klinik berkenaan.
Katanya, lagi pendaftaran klinik serta lesen doktor berkenaan boleh dibatalkan sekiranya didapati bersalah.
Sumber: Astro Awani