Isu Banjir Dikaitkan Dengan Balak. Ini Jawapan MB Kedah Kepada Netizen | Aktiviti pembalakan tidak boleh dianggap menjadi punca utama berlaku banjir di negara berikutan terdapat banyak faktor lain menyebabkan bencana itu. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, fakta sebenar mengenai aktiviti pembakalan perlu dirujuk kepada pihak yang mempunyai kuasa berkaitan seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau Jabatan Alam Sekitar (JAS). Jelasnya, keadaan menjadi tidak tepat apabila timbul pelbagai persepsi yang disebar di media sosial sedangkan aktiviti pembalakan negara dikawal ketat termasuk mengikut garis panduan antarabangsa di bawah Protokol Geneva 1925 dan Deklarasi Rio. Jelasnya, kalau…
Author: Miss Alin
“Bakal Berdepan Krisis Sosial Jika Benarkan Pengeluaran KWSP”- Ujar Pakar | Malaysia mungkin berdepan dengan krisis sosial pada masa hadapan sekiranya kerajaan tunduk dengan desakan berkaitan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kebimbangan itu jelas kerana setakat Oktober 2021 sahaja, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan di bawah tiga skim pengeluaran iaitu i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar sejak 2020. Pengeluaran ini menyebabkan 6.1 juta ahlinya kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun dan 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang daripada RM1,000. Penganalisis ekonomi dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Profesor Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, majoriti pencarum mempunyai simpanan yang…
Ular Sawa Batik Menyorok Dalam Enjin Kereta | Seekor ular sawa batik sepanjang dua meter dilaporkan telah ditemui di dalam enjin kereta jenis Proton Iswara di Seksyen 18 di sini, baru-baru ini. Pemilik kereta, Zainy Kasiran, 58, berkata, kehadiran ular sawa itu disedari jirannya yang melihat reptilia itu menyelinap ke bawah keretanya yang diletakkan di depan rumah sekitar jam 8.30 pagi. Menurutnya, pihak bomba dihubungi bagi membantu mengeluarkan reptilia tersebut. Difahamkan, hampir 30 minit masa diambil oleh pihak bomba bagi mengeluarkan ular yang membelit pada bahagian enjin kereta. Zainy yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, kejadian sama pernah berlaku hampir…
(Ada Video) Raja Bomoh Buat Ritual Tolak Banjir, JAIPk Buka Kertas Siasatan | Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu dikenali sebagai Raja Bomoh berhubung satu ritual menolak banjir dilakukan di Dataran JPS di Teluk Intan yang videonya tular di media sosial pada Rabu. Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam. JAIPk dikhabarkan telah membuka kertas siasatan berhubung perkara ini. Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara seumpama ini dan menjauhi apa juga amalan yang menjurus…
Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Era 70-an Meninggal Dunia| Arena bola sepak Kelantan dan kebangsaan telah kehilangan sebutir permata apabila bekas penjaga gol kebangsaan Abdul Hamid Ramli, 69, meninggal dunia pada Rabu. Bekas pemain Kelantan dan kebangsaan era 70 dan 80-an yang beraksi di posisi penjaga gol itu meninggal dunia pada jam 3.24 pagi. Menurut anaknya, Mohd Zaki Abdul Hamid, ayahnya meninggal dunia di rumah di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian akibat serangan jantung selepas mengalami sesak nafas. Ujarnya, ayah tidak menunjukkan sebarang perubahan atau tingkah laku pelik, tetapi dia sempat mewakafkan naskhah al-Quran untuk adik-beradiknya. Menurut Mohd Zaki, jenazah…
Banjir: Mayat Mangsa Hanyut Ditemui 1.8KM Dari Lokasi Kejadian | Mayat lelaki yang dihanyutkan arus deras di sebuah ladang berdekatan Kampung Kinadaan, Sugut ditemukan di Sungai Osum Sugut, di sini, semalam. Mayat pekerja ladang warga Filipina itu ditemukan pada jarak 1.8 kilometer dari tempat dia dilaporkan hanyut. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mangsa dikenali sebagai Kaerul, 26, ditemukan jam 1.20 tengah hari dalam keadaan tersepit pada kayu dan batu di tebing Sungai Osum Sugut. Mayat dilaporkan telah dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat, menurutnya dalam satu kenyataan. Jelasnya lagi, pada 31 Disember lalu, mangsa cuba untuk…
Bentong: Buaya Sesat Masuk Parit Kampung | Penduduk Kampung Spaoh di sini, semalam, telah digemparkan dengan satu berita selepas mereka melihat buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter di perkampungan itu. Buaya berkenaan dipercayai tersesat dan memasuki parit di kampung itu ketika air pasang besar, pada petang. Penduduk yang bimbangkan keselamatan kemudian bertindak menangkap reptilia itu sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.45 malam. Beliau berkata, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu. Jelasnya lagi, setibanya…
Hukum Menebang Balak. Ikuti Penjelasan Mufti Perlis | Dalam hadis, Nabi s.a.w memberikan amaran kepada sesiapa yang menebang pokok bidara yang menjadi teduhan orangramai. Baginda memberitahu bahawa sesiapa yang melakukan hal itu maka Allah akan merendahkan atau merendam kepalanya ke dalam neraka. Daripada ‘Aishah r.ha, sabda baginda s.a.w: مَنْ قَطَعَ سِدْرَةً صَوَّبَ اللَّهُ رَأْسَهُ فِي النَّارِ “Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah merendahkan (menekan) kepalanya dalam neraka” (Riwayat Abu Daud, al-Nasai dalam al-Kubra, al-Baihaqi dll. Hadis sahih). Al-Imam Abu Daud al-Sijistani (meninggal 275H) empunya Sunan Abi Daud, ketika ditanya tentang maksud hadis ini, beliau berkata: هَذَا الْحَدِيثُ مُخْتَصَرٌ، يَعْنِي مَنْ…
300,000 Penonton Alami Gangguan Unifi Tv Akibat Kebakaran | Insiden kebakaran sistem jana kuasa yang memberi kesan kepada perkakasan Bekalan Kuasa Tidak Terganggu (UPS) di Kompleks Telekom Malaysia Bhd (TM) teknologi maklumat (IT), Cyberjaya, menjadi punca kira-kira 300,000 penonton mengalami gangguan perkhidmatan unifi TV. TM dalam kenyataan hari ini, berkata pasukan kontraktor dan jurutera sedang giat membaik pulih perkhidmatan berkenaan dan sambungan tenaga kuasa dijangka siap sepenuhnya pada jam 12 tengahari hari ini. Katanya, siaran unifi TV dijangka kembali pulih pada jam 3 petang ini, namun TMpoint Cyberjaya akan ditutup sementara waktu disebabkan bekalan kuasa rendah. Pada jam 9.50 malam…
“Bantuan Kerajaan Elak Pengeluaran Simpanan KWSP”- Menurut Pakar | Pelbagai saluran bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini memadai untuk mengelakkan pengeluaran simpanan akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata semua pihak harus melihat kepada hakikat sebenar jumlah simpanan ahli ketika ini. Beliau berkata, lebih separuh ahli tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk melakukan pengeluaran sebanyak RM10,000. Memang pelaburan KWSP tidak akan terjejas seandainya pengeluaran RM10,000 dibenarkan sekali lagi, namun matlamat untuk membantu pencarum tidak akan tercapai. Ini kerana pencarum yang ingin…