Banjir: Mayat Mangsa Hanyut Ditemui 1.8KM Dari Lokasi Kejadian | Mayat lelaki yang dihanyutkan arus deras di sebuah ladang berdekatan Kampung Kinadaan, Sugut ditemukan di Sungai Osum Sugut, di sini, semalam.

Banjir: Mayat Mangsa Hanyut Ditemui 1.8KM Dari Lokasi Kejadian

Mayat pekerja ladang warga Filipina itu ditemukan pada jarak 1.8 kilometer dari tempat dia dilaporkan hanyut.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mangsa dikenali sebagai Kaerul, 26, ditemukan jam 1.20 tengah hari dalam keadaan tersepit pada kayu dan batu di tebing Sungai Osum Sugut.

Mayat dilaporkan telah dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat, menurutnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, pada 31 Disember lalu, mangsa cuba untuk menyeberang laluan yang dinaiki air setinggi 1.5 meter sebelum dihanyutkan arus deras.

Difahamkan, lelaki itu adalah salah seorang daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang akibat banjir di Beluran.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply