Filipina: Angka Korban Taufan Rai Terus Meningkat | Angka korban Taufan Rai di Filipina meningkat kepada sekurang-kurang 12 mangsa, menurut agensi bencana negara ini, menurut laporan dari Aljazeera, baru-baru ini. Selain pokok dan tiang elektrik tumbang serta perkampungan ditenggelami banjir, bencana alam itu yang dilaporkan sebagai taufan paling kuat melanda Filipina pada tahun ini, turut menyebabkan lebih 300,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman dan resort di pantai. Menurut Aljazeera, beberapa kawasan terputus hubungan, manakala bumbung sejumlah bangunan pula tercabut ketika Taufan Rai membadai wilayah tengah dan selatan di negara ini. Taufan kuat itu membawa angin kencang mencecah kelajuan 195 kilometer sejam…
Author: Miss Alin
“Kelulusan Permohonan Kahwin Bawah Umur Tunjuk Penurunan” – Menteri Hal Ehwal Agama | Khalifah Media Networks – Jumlah kelulusan permohonan kahwin bawah umur bagi orang Islam dilaporkan telah menunjukkan penurunan dalam tempoh tiga tahun selepas penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Permohonan Kahwin Bawah Umur. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad jumlah kelulusan kes permohonan kahwin bawah umur orang Islam dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2021 adalah sebanyak 2,098 kes. Ia dikatakan telah dibandingkan dengan jumlah kelulusan permohonan kahwin bawah umur. Dari 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018 yang dicatatkan bagi seluruh negeri di…
Cameron Highlands: Jalan Simpang Pulai Masih Ditutup, Belum Selamat Digunakan | Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini dilaporkan masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan. Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam notis pemberitahuan melalui laman Facebook rasminya berkata pemeriksaan oleh Cawangan Pakar pada Rabu mendapati keadaan cerun masih belum selamat untuk dilalui kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya. Menurut perkongsian tersebut ia menyebut bahawa, “Notis penutupan ini disambung bermula Rabu sehingga ke tarikh yang akan dimaklum kelak. Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan…
(ADA VIDEO) Bagaimana Nak Didik Anak Perangai Baik? Ini Jawapan Ustaz Buat Ramai Ibu Bapa Terkesima | Khalifah Media Networks – Melihat muka bayi yang comel dan polos membuatkan hati sesiapa mudah tersentuh. Tapi nak membesarkan amanah ALLAH SWT itu bukan satu tugas yang senang semudah memetik jari saja. Bukan setakat bagi makan, minuman dan pakaian, tapi sebenarnya banyak lagi yang perlu kita lakukan supaya anak tadi membesar menjadi orang yang berguna kepada agama, negara dan kedua orang tua mereka. Itu semua boleh melorongkan kita meniti ke jannah kelak. Anak yang soleh dan solehahlah yang akan mendoakan ibu bapa apabila kita sudah…
Pengantin Baru Urus Jenazah Sehari Selepas Bersanding | Sehari sebelumnya mereka dilaporkan masih berbaju pengantin dan bersanding di pelamin dalam majlis yang penuh meriah di Permatang Berangan, Tikam Batu, dekat sini. Namun, semalam pasangan pengantin baru, Muhammad Ridzuan Osman, 34, dan isteri, Nur Afifah Habib, 26, dikatakan telah menyarung pakaian perlindungan diri (PPE) kerana mengurus jenazah lelaki warga emas yang juga pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Amin Sungai Layar pada jam 5 petang. Bagi Muhammad Ridzuan yang juga Ketua Operasi Skuad Pengurusan Jenazah Percuma Hang Cangkul Murtadha Dakwah Centre (Madad), dia sudah terbiasa dengan keadaan itu dan bersyukur…
Pemenang ‘Bida’ Harta Sajat Hanya Pembantu Peribadi Usahawan Bergelar Datuk Seri | Pemenang yang menghilangkan diri selepas memenangi bidaan harta mudah alih usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat, disahkan sebagai pembantu peribadi seorang lagi usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri. Menurut Peguam, Nurul Hafidzah Hassan, perkara itu sudah disahkan sendiri oleh usahawan berkenaan. Jelasnya, namanya pemenang bidaan itu dikenali sebagai Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol. Pada asalnya, beliau tidak tahu siapa pemenang tersebut namun dalam Facebook ada memberitahu tentang (maklumat pembida yang dikatakan mempunyai kaitan dengan usahawan kosmetik). Malah usahawan itu sendiri memberitahu bahawa lelaki terbabit adalah pembantu peribadinya. Menurutnya…
“Usah Teruja Dahulu, Sahkan Ketulenan Muntah Ikan Paus”-Prof Madya Dr Hasrizal Shaari | Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu teruja dengan berita penemuan muntah ikan paus atau ambergris yang kononnya boleh mengubah nasib sesiapa sahaja yang menemuinya dengan menjadi kaya sekelip mata. Ini kerana, tiada lagi rakyat Malaysia yang menjadi ‘jutawan segera’ atau mendapat wang yang banyak setelah menjumpai muntah ikan paus di perairan negara setakat ini. Menurut Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Hasrizal Shaari, pengesahan ketulenan perlu dibuat untuk memastikan sama ada ketulan ambergris yang ditemukan itu mempunyai nilai yang…
(Ada Video) Apa Hukum Pakai Susuk Untuk Tampak Cantik Depan Suami? Ini Jawapan Ustaz Mengejutkan Ramai | Khalifah Media Networks – Susuk adalah sebuah benda asing yang gaib kemudian diletakkan ke tubuh atau di bahagian tertentu seseorang. Ia juga mempunyai saiz berukuran kecil serta diperbuat daripada logam, jarum, emas, namun sudah ‘dijampi’ dengan mantra-mantra khusus. Sering kita tahu bahawa susuk ini berdosa jika kita membuatnya. Tujuan dan objektif meletakkan objek ini adalah bertujuan untuk menarik minat lawan jenis, meningkatkan daya tarikan, meningkatkan stamina, atau apa sahaja yang disarankan oleh orang yang ingin memakainya. Objek kecil ini kemudiannya ‘ditanam’ di beberapa…
Harta Sajat Berjaya Dibida Seorang Lelaki Berharga RM132,000 | Seorang lelaki dilaporkan berjaya membida barangan lelongan di kediaman usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat pada harga RM132,000 di sini, hari ini. Antara barangan yang disita untuk lelongan itu adalah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan. Proses lelongan terbabit dilaporkan telah disertai lapan pembida dan berkurang kepada tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali dengan bidaan berakhir bernilai RM132,000. Ketika ini, pihak peguam masih menunggu pembayaran dibuat sepenuhnya oleh pembida terbabit. Sementara itu,…
Tsunami Kini Dikesan Di Marapokot Flores, Indonesia | Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia melaporkan menerusi laman Twitter sebentar tadi telah mengumumkan bahawa tsunami telah dikesan di Marapokot pada jam 11:36 pagi (waktu tempatan) susulan gempa berkekuatan magnitud 7.4 dikenalpasti. https://twitter.com/infoBMKG/status/1470610802335830018?s=20 Menerusi ciapan tweet tersebut dilaporkan tsunami yang berlaku di Marapokot itu dikatakan pada ketinggian 0.07 meter saat ini. Sebelum ini, pihak BMKG telah pun mengeluarkan peringatan awal tsunami di beberapa wilayah antaranya di wilayah Maluku, NTB, NTT, Sulawesi Selatan, dan Sulawesi Tenggara. Dalam masa sama, telah berlaku satu gempa bumi susulan dengan magnitud lebih dari 5.0 turut dilaporkan…