Pemenang ‘Bida’ Harta Sajat Hanya Pembantu Peribadi Usahawan Bergelar Datuk Seri | Pemenang yang menghilangkan diri selepas memenangi bidaan harta mudah alih usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat, disahkan sebagai pembantu peribadi seorang lagi usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri.

Pemenang Bida Harta Sajat Hanya Pembantu Peribadi Usahawan Bergelar Datuk Seri

Menurut Peguam, Nurul Hafidzah Hassan,  perkara itu sudah disahkan sendiri oleh usahawan berkenaan.

Jelasnya, namanya pemenang bidaan itu dikenali sebagai Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol. Pada asalnya, beliau tidak tahu siapa pemenang tersebut namun dalam Facebook ada memberitahu tentang (maklumat pembida yang dikatakan mempunyai kaitan dengan usahawan kosmetik).

Malah usahawan itu sendiri memberitahu bahawa lelaki terbabit adalah pembantu peribadinya.

Menurutnya lagi, tindakan pembida terbabit mempermainkan proses lelongan adalah sama seperti menghina dan mempermainkan arahan mahkamah.

Difahamkan, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan untuk menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil terhadap pembida itu.

Perkara ini dilaporkan masih dalam perbincangan untuk menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil terhadap pembida terbabit, ujarnya.

Semalam, Mohammad Syazwan memenangi bidaan barangan di kediaman Sajat pada harga RM132,000 daripada keseluruhan lapan pembida yang mengambil bahagian dalam proses lelongan awam berkenaan.

Antara barangan termahal yang dilelong adalah piano bernilai RM40,000 dan termurah adalah set pembakar roti selain beberapa barangan lain iaitu sofa, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, almari pakaian, set bilik tidur dan televisyen.

Bagaimanapun, lelaki terbabit dikatakan telah menghilangkan diri apabila dia tidak dapat dihubungi oleh pihak peguam selepas keluar dengan memberikan alasan untuk menguruskan bank draf.

Disebabkan itu, proses lelongan itu dikira terbatal berikutan kegagalan lelaki itu membuat bayaran selepas jam 4.10 petang.

Sehubungan itu, satu tarikh lelongan baru akan dikemukakan oleh firma guaman NHA Advocates & Solicitors di mahkamah bagi membolehkan bayaran Sajat kepada bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle miliknya, OWA Resourses Sdn Bhd, dapat diselesaikan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan lalu dilaporkan membenarkan harta Sajat disita dan dilelong susulan gagal membayar pampasan kepada OWA Resources.

Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak plaintif menuntut pampasan RM183,000 yang gagal dibayar oleh Sajat melalui proses penyitaan itu.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply