(Video) Viral Suami Pecahkan Cermin Kereta Isteri, Konon ‘Umpan’ Nak Bagi Duit Untuk Anak | Sejak semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang bertindak di luar kawalan apabila nekad memecahkan cermin kereta kerana mahukan sesuatu.
Menerusi satu hantaran di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Amira menceritakan kejadian tersebut berlaku ketika waktu pagi ketika dia dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Lelaki tersebut yang merupakan suaminya pada mulanya meminta dia membuka tingkap. Bimbang akan keselamatan diri dan anak-anak, wanita tersebut akur lalu membuka sebahagian tingkap sebelum ditarik suaminya. Akibat tarikan yang kuat, cermin kereta tersebut pecah sebelum bertaburan di bahagian tempat duduk hadapan. Turut kedengaran anak-anak wanita ini menangis ketakutan.
Mengulas lebih lanjut, wanita ini mendakwa suaminya seolah-olah play victim dengan apa yang terjadi dan turut menjelaskan mengapa dia tidak membuka tingkap keretanya sejurus suaminya sampai.
Tambahan, wanita tersebut memberitahu mereka dalam proses untuk bercerai dan sudah tidak duduk sebumbung sejak April tahun ini. Ujar wanita ini lagi, video tersebut dikongsi sebagai bukti kepada orang ramai sebelum berlakunya salah faham dalam kalangan wargamaya.
Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang info tambahan di mana lokasi kejadian ini berlaku mahu pun laporan penuh daripada media tempatan.
Sumber : Oh Bulan