Keadaan banjir di tiga negeri membabitkan Kelantan, Terengganu dan Perak semakin bertambah buruk berikutan hujan berterusan, sekali gus mencatat pertambahan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS). Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada awal pagi tadi mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini hingga Selasa. Hujan lebat berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang dalam tempoh sama, manakala amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan membabitkan Perlis, Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak serta Johor. Di Melaka, jumlah…
Author: Miss Alin
Hujan lebat berterusan yang melanda seluruh Terengganu akhir-akhir ini mengakibatkan beberapa daerah di sana ditenggelami air dan mula dilanda banjir. Dalam satu perkongsian Exco Terengganu Dr Azman Ibrahim di Facebook, air terjun Lata Belatan Jabi, Besut mengalami fenomena kepala air yang dilihat sangat deras. Dalam video itu, jelas menunjukkan keadaan air terjun tersebut menjadi tidak terkawal ekoran kepala air yang berlaku apabila hujan lebat berterusan di tempat berkenaan. Meninjau di ruangan komen, Dr Azman berkata kejadian yang berlaku tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti ceroboh hutan, sebaliknya fenomena biasa apabila hujan lebat turun di kawasan takungan air atas gunung atau bukit. Katanya menerusi…
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengambil tindakan perlu berhubung kes buli membabitkan seorang pelajar sekolah seperti dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kes itu sudah berada dalam pemerhatian kementerian, malah segala tindakan perlu sudah dilakukan. Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak boleh mendedahkan secara terperinci apa bentuk tindakan yang sudah diambil terhadap isu itu. Jelasnya dalam satu kenyataan, kita tidak boleh dedahkan kerana soal keselamatan dan menghormati permintaan keluarga. Beliau berkata, sudah menjadi keutamaan KPM selama ini iaitu melindungi pelajar sekolah daripada dibuli. Sebelum ini, Perdana Menteri meminta KPM menyiasat segera berkenaan isu…
Seorang pengawal keselamatan Piala Dunia menemui ajal selepas terjatuh di Stadium Lusail dalam perlawanan suku akhir di antara Argentina dan Belanda, baru-baru ini. John Njau Kibue diberikan rawatan kecemasan dan dibawa ke hospital berdekatan sebelum meninggal dunia dalam unit rawatan rapi (ICU), malam tadi. Jawatankuasa Tertinggi Qatar mengesahkan kematian Kibue itu dalam satu kenyataan dan mengumumkan siasatan akan diadakan berhubung keadaan yang membawa kepada kematiannya. Jelasnya dalam satu kenyataan, kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, rakan sekerja dan rakan-rakannya ketika tempoh sukar ini. Difahamkan, penganjur menjadikan siasatan kejadian itu sebagai perkara paling mustahak dan sedia menawarkan maklumat lanjut sementara menunggu…
Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif elektrik terhadap rakyat, biarpun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu bakal mencecah RM30 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tarif elektrik bagaimanapun akan dinaikkan sedikit untuk kategori syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara. Katanya lagi, butiran tentang kenaikan tarif itu akan diumumkan Menteri Sumber dan Tenaga Asli, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam masa terdekat. Jelasnya, berdasarkan laporan NACCOL (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara) semalam, kita memutuskan supaya cadangan awal untuk naikkan tarif elektrik itu…
Kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 12 Dis 2022. Penamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]. Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini, Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [Akta 227]. Peruntukan tersebut membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya. Jelasnya, keputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara. Menurutnya, selaku bagi pihak kerajaan merakamkan…
Kemenangan Morocco ke atas Portugal minggu lalu ternyata merekodkan sejarah tersendiri apabila bergelar pasukan Arab pertama yang berjaya mara sehingga ke separuh akhir Piala Dunia. Kejayaan Morocco tersebut diraikan oleh sebilangan besar rakyat di negara-negara di sekitar benua Afrika dan teluk Arab termasuk Palestin. Imbas kembali menurut The Guardian, rakyat Palestin tidak mengira lapisan masyarakat berkumpul di sebuah restoran untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Keadaan bertambah meriah apabila apabila En-Nesyri menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-42 sekali gus meletakkan Morocco mendahului perlawanan meninggalkan Portugal. “Semoga Tuhan mengekalkan skor ini!” kata seorang hos radio Palestin ketika dia bertugas untuk mengulas perlawanan tersebut.…
Seorang guru di Florida, Amerika Syarikat dipecat selepas tular video menunjukkan tindakan biadapnya mengganggu pelajar Islam yang menunaikan solat. Portal Insider melaporkan, menerusi video dimuat naik di TikTok, insiden berlaku ketika tiga pelajar lelaki sedang solat di atas sejadah. Guru terbabit dikatakan masuk, meniup wisel, dan berulang kali menghalang mereka solat di pejabatnya. Menerusi video tersebut, guru tersebut berkata, ‘Tunggu, ini di pejabat saya, dan kamu semua melakukan ‘silap mata’ ini? Guru itu kemudian berjalan melalui kumpulan pelajar itu sebelum satu ketika dia dilihat memijak sejadah ketika salah seorang pelajar sedang bersujud. Pelajar-pelajar itu tidak mengendahkan guru berkenaan dan terus…
Pemain yang kini sedang disebut-sebut oleh seluruh dunia iaitu, Achraf Hakimi merupakan pemain pasukan kebangsaan Maghribi 2022 seusai sibuk menjadi tumpuan dunia saat ini. Beliau yang bermain sebagai pemain pertahanan, adalah tonggak utama pasukan kebangsaan Maghribi di peringkat Piala Dunia 2022 . Umum mengetahui bahawa pasukan Maghribi telah berjaya menundukkan Portugal pada perlawanan Maghribi vs Portugal pada suku akhir Piala Dunia 2022, Sabtu malam (10/12/2022). Sebelumnya pemain ini juga menjadi viral ‘dek’ kerana merayakan kejayaan pasukannya itu dengan mencium dahi ibunya. Ramai pasti tertanya-tanya siapakah figura tonggak utama pemain Maghribi ini? Jom kita lihat profilnya di bawah. Acraf Hakimi Profil Bintang Pasukan Kebangsaan Maghribi 2022…
Seorang pegawai media skuad Piala Dunia Brazil mencetuskan rasa kurang senang netizen selepas satu insiden melibatkan seekor kucing yang muncul dalam satu sidang akhbar. Penyerang Brazil, Vinicius Jr sedang bercakap kepada pemberita menjelang suku akhir Brazil menentang Croatia apabila seekor kucing melompat ke atas meja. Biarpun agak terkejut, namun Vini Jr. meneruskan sidang media berkenaan, sebelum seorang pegawai bertindak ‘menghalau’ kucing berkenaan. Namun apa yang menimbulkan kemarahan ialah cara kucing itu dihalau. Video yang tular di media sosial menunjukkan pegawai itu dengan kasar mencengkam bulu di belakang kucing itu, mengangkat dan mencampakkannya ke bawah meja. Vini Jr. kelihatan terkejut dengan…