Author: Miss Alin

China mengarahkan penutupan tujuh hari di kawasan sekitar kilang utama kumpulan teknologi Foxconn di Zhengzhou iaitu kilang iPhone terbesar di dunia. Sekatan dibuat sehingga 9 November itu susulan kes Covid-19 di Zhengzhou melonjak kepada 359 semalam, meningkat daripada 95 kes sehari sebelumnya. Kerajaan menegaskan, tiada kenderaan dibenarkan beroperasi kecuali mereka yang membawa keperluan dan semua orang tidak boleh meninggalkan kediaman masing-masing kecuali melakukan ujian, sukarelawan pencegahan Covid-19 dan pekerja penting. Dalam video yang dikongsi secara meluas di media sosial, orang ramai dilihat keluar dari kemudahan Foxconn. Beberapa pekerja mengadu keadaan menjadi teruk dan terpaksa meninggalkan kilang dengan berjalan kaki untuk…

Read More

Harga minyak masak kemasan botol lima kilogram (kg) turun 60 sen kepada RM30.90 berbanding RM31.50 berkuat kuasa dari 8 Nov hingga 7 Dis ini, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyebut harga minyak masak kemasan botol tiga kg turun kepada RM19.60 daripada RM19.90, botol dua kg (RM13.30 daripada RM13.50) dan botol satu kg (RM6.90 daripada RM7.10). KPDNHEP memaklumkan harga baharu itu ditetapkan selepas kerajaan meneruskan kawalan harga minyak masak sawit botol yang dilaksanakan sejak 8 Ogos lepas. Menurut kenyataan tersebut, kawalan harga ini dilaksanakan mengikut kaedah harga siling bergerak berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia. KPDNHEP menyebut…

Read More

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau kemasukan ‘baby nanas’ di semua pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan ia mematuhi Akta Makanan 1983. Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM Norrani Eksan, berkata sejak tahun lalu, pihaknya sudah mengenakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) ke atas ‘baby nanas’ (kulit berkupas) yang diimport. Hingga kini, sebanyak 115 sampel buah nanas diambil bagi tujuan analisis pelbagai parameter. Jelasnya, sebanyak 11 sampel didapati mengandungi siklamat dan disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM8,500. Menurutnya, merujuk kepada isu buah nanas kecil atau dikenali ‘baby nanas’ yang tular di media sosial baru-baru ini dan didakwa…

Read More

Niat menangkap penyu bertukar tragedi. Begitulah kisah yang dapat disimpulkan selepas seorang warga emas ditemui cedera parah akibat jari tengah digigit dan tidak mahu dilepaskan oleh haiwan terbabit. Kisah tersebut bermula selepas seorang lelaki warga Thailand cuba untuk menangkap seekor penyu liar dari sungai Tha Maka di wilayah Kanchanaburi, barat Thailand dalam kejadian baru-baru ini. Akan tetapi niatnya itu terbatal apabila penyu tersebut mengigit jari tengahnya dan tidak mahu melepaskan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan serius. Anggota penyelamat yang menerima laporan itu bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa, 60 tahun terbaring di atas tanah sambil menangis menahan sakit. Bagaimanapun, ketika…

Read More

Twitter dikatakan bakal mengenakan bayaran $19.99 (RM94.65) setiap bulan bagi langganan Twitter Blue baharu kepada penggunanya menerusi laporan Business Insider. Difahamkan, pelan terbaharu itu bakal dilancarkan tidak lama lagi dan memerlukan pengguna untuk membayar bagi lencana pengesahan mereka (verification badge). Ia dikatakan termasuk dalam perjanjian pembelian Twitter oleh pemilik baharu, Elon Musk. Sementara itu, bekas editor The Verge, Casey Newton mendakwa bahawa eksekutif Twitter telah mengadakan perbincangan berhubung perubahan baharu pada platform media sosial itu pada hujung minggu. Pengguna yang melanggan Twitter Blue perlu membayar langganan itu sekiranya tidak mahu kehilangan ‘lencana’ mereka. Sebelum ini, Twitter Blue yang dilancarkan pada…

Read More

Persembahan artis-artis terkenal Kpop bersempena sambutan Halloween di Korea Selatan terpaksa dibatalkan ekoran tragedi kematian beramai-ramai di Itaeowon pada Ahad. Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan (Korea Selatan) berkata, pembatalan konsert Busan One Asia Festival K-pop itu dibuat hanya beberapa jam sebelum ia bermula. Jelasnya, pihak mereka membuat keputusan untuk membatalkan konsert yang dijadualkan pada 1 hingga 4 November. Namun, sambungnya dalam satu kenyataan, keputusan rasminya iaitu sama ada untuk mengadakannya semula atau dibatalkan sepenuhnya akan diumumkan pada 7 dan 11 November ini. Menerusi laporan Korea JoongAng Daily, kira-kira 40,000 orang pengunjung dijangka hadir menggegarkan stadium berkenaan yang menampilkan persembahan 10…

Read More

Sekurang-kurangnya 132 orang dilaporkan maut dalam kejadian runtuhan jambatan gantung di Morbi Gujarat, India, baru-baru ini. Memetik Laporan Hindustan Times, angka kematian itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri Gujarat, Harsh Sanghavi pada pagi ini. Menurutnya pasukan penyelamat termasuk National Disaster Response Force (NDRF) telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat yang dijalankan sejak semalam. Katanya, semua orang bekerja sepanjang malam termasuk tentera laut, NDRF, tentera udara dan tentera darat yang tiba dengan pantas. Lebih 200 orang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. Ketua Pegawai Keselamatan Morbi, Sandeep Singh Jhala berkata bahawa jambatan  yang beroperasi selama 15 tahun itu telah…

Read More

Sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki hampir dibaham seekor buaya besar ketika dia cuba memegang buaya tersebut di tebing sebatang sungai menjadi tular di Indonesia. Video yang dimuat naik di Twitter oleh @bagihumor pada Rabu lalu, turut menimbulkan rasa panik dalam kalangan warganet yang menonton. Berdasarkan rakaman video tersebut, kelihatan bahawa terdapat seekor buaya yang bersaiz agak besar dan panjang sedang berehat di tebing sebatang sungai. Video yang berdurasi 26 saat itu memaparkan seorang lelaki bertopi mendekati buaya tersebut sebelum bertindak cuba memegang ekor haiwan pemangsa berkenaan. Apabila buaya itu tidak memberikan sebarang respon sewaktu lelaki tersebut memegang…

Read More

Seorang lelaki di Singapura didakwa di mahkamah kerana gagal menyediakan makanan dan air untuk kucingnya secukupnya selama lima minggu sehingga mengakibatkan haiwan itu mati kebuluran, lapor CNA. Asalnya tertuduh yang berusia 25 tahun itu didakwa pada Ogos lalu kerana menyebabkan kucingnya mati kelaparan, tetapi pertuduhan itu dipinda pada Rabu. Tertuduh menghadapi pertuduhan menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada kucing kelabunya dengan gagal memberikannya makanan dan air yang mencukupi secara tetap antara 25 Disember 2020 dan 2 Februari 2021. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh memelihara kucing itu di sebuah flat di Sembawang. Difahamkan, tertuduh sepatutnya mengaku bersalah pada Rabu, namun dia meminta penangguhan untuk mengumpul…

Read More

Enam kereta dilaporkan rosak teruk akibat ditimpa serpihan tangki air yang pecah di pangsapuri Blok B, Penaga Mas, Taman Mas, Sepang, semalam. Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangki air di tingkat atas pangsapuri itu dilaporkan pecah pada jam 7.15 petang dengan ketinggian 18.5 meter. Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya kerosakan harta benda sahaja. Katanya, bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor juga sudah disalurkan bagi membantu 172 pemilik rumah yang terkesan di pangsapuri itu. Jelasnya, penduduk yang berhadapan kerosakan harta benda dan kenderaan diminta hadir ke Balai Polis…

Read More