1,669 peralatan perjudian, pelacuran Dilupuskan Polis | Pihak polis telah melupuskan 1,669 peralatan perjudian dan pelacuran yang dirampas menerusi 74 serbuan di daerah Dang Wangi bagi tempoh antara 2019 hingga Mei lalu, hari ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan itu membabitkan 61 kes perjudian dan 13 kes pelacuran. Katanya, kesemua peralatan yang dirampas untuk kedua-dua kes berkenaan dianggarkan bernilai RM900,000. Jelasnya, hasil dari serbuan itu juga, sebanyak 61 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, manakala 13 lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 373B Kanun Keseksaan dan…
Author: Miss Alin
Guna Gambar Pengasas Rumah Jagaan Menyamar, Tipu Pinjam Wang | Penipuan dalam talian (online scams) bukan perkara baharu. Ia telah berlaku di seluruh dunia sejak lama dahulu. Isu scammer atau penipu siber menjadi bualan hangat di kalangan netizen sejak kebelakangan ini. Banyak penipuan dalam talian dilapor seperti Macau Scam, penipuan pinjaman dan pelaburan, Love Scam dan juga kegiatan keldai akaun. Kejadian yang berlaku baru-baru ini yang melibatkan seorang Pengasas Pusat Jagaan Orang Tua Selangor Relief Agency (SRA) Kuala Selangor menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab meminta pinjaman wang dengan menggunakan gambarnya sebagai profil di aplikasi WhatsApp. Shahril Hussein, 40, berkata, kejadian kira-kira…
Suspek Kes Bunuh Wanita Malaysia Ditahan | Polis Britain telah menahan seorang suspek kerana disyaki terlibat dengan kes pembunuhan wanita asal Malaysia yang ditemui mati tanpa kepala di pinggir bandar Devon, akhir bulan lepas, lapor akhbar The Sun semalam. Suspek yang berusia 36 tahun dari Kilburn, London Utara kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut bagi kes pembunuhan Mee Kuen Chong, 67. Menurut polis, bedah siasat telah dilakukan sebelum ini, namun gagal menemui penyebab jelas kepada punca kematian wanita yang menetap di Wembley itu. Ketua Detektif, Jim Eastwood berkata, buat masa ini pihaknya sedang menyiasat segala kemungkinan yang berkaitan…
Solat Jumaat Dan Solat Fardu Dibenarkan Di Wilayah Persekutuan Mulai Esok | Seperti yang kita sedia maklum dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, jumlah kapasiti jemaah di seluruh masjid dan surau telah pun ditetapkan ekoran bagi membendung penularan wabak Covid-19. Bagaimanapun, solat Jumaat dan fardu akan dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan, mulai esok. Termasuk solat Aidiladha dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kebenaran itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau. Sementara itu, Pengarah Jabatan…
Hanya Mampu Laung Azan & Takbir, Mohon Perlindungan Ketika Ribut Kuat | Ribut selama 15 minit yang melanda Padang Setengge di Hulu Terengganu kelmarin sangat menakutkan menyebabkan ramai penduduk melaungkan azan dan takbir untuk memohon perlindungan daripada bencana. Seorang penduduk, Noorzihan Yahya, 44, berkata, ribut yang bermula pada pukul 6 petang itu berlaku secara tiba-tiba sewaktu dia bersama isteri, Norliza Abu Bakar, 40, dan dua anaknya yang berusia enam dan 11 tahun sedang menonton televisyen. Katanya, angin kuat datang secara tiba-tiba sehingga menyebabkan cubaan dia untuk menutup pintu gagal. Tidak lama kemudian, kelihatan angin kencang bergerak ke arah beranda rumah…
Bapa Ketuk Pintu Setiap Rumah Cari Anak Hilang Ketika Ribut | Seorang bapa nekad mencari anak lelakinya selepas mendapati kanak-kanak berusia 12 tahun itu ‘hilang’ ketika ribut melanda Perumahan Padang Setengge, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam. Mohd Zainuddin Kamarul Zahari, 38, berkata, sebelum kejadian, anaknya, Adam Jazmi dikatakan sedang bermain basikal di luar rumah menyebabkan dia cemas kerana bimbang anak sulung daripada dua beradik itu hilang ‘diterbangkan’ angin. Katanya, dalam keadaan ribut yang menerbangkan berpuluh-puluh kepingan atap rumah penduduk, saya nekad mengetuk setiap pintu rumah jiran sebelum lega apabila menemui Adam dalam keadaan selamat di rumah sebuah jiran. Isterinya, Nadiah…
Operasi Musnah Kebun Durian Musang King Berjalan Lancar | Hari kelima operasi memusnahkan kebun durian musang king yang ditanam secara haram di dalam Hutan Simpan Batu Talam. Operasi pemusnahan itu berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang provokasi melampau daripada para pekebun. Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad berkata hari ini terdapat pertambahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara untuk mengawal keselamatan petugas. Anggota polis dan PGA turut mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) 24 jam dilaluan utama masuk ke kawasan kebun durian terbabit. Kawalan juga membabitkan jambatan simen yang sebelum ini telah dua…
Kanak-Kanak Perempuan Terperangkap 10 Minit Dalam Kereta | Kes kanak-kanak terperangkap dalam kereta bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana terdapat pelbagai kes yang melibatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta dan ada di antara kes terbabit yang tidak disedari ibu bapa ataupun penjaga sehingga menyebabkan berlakunya kematian. Seremban: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kereta bapanya hampir 10 minit di Taman Negeri Port Dickson, dekat sini, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan…
Naikkan Bendera Putih, Jiran Pandang Seperti Pencuri | Kempen menaikkan bendera putih yang tular di media sosial baru-baru ini bertujuan untuk memberikan sokongan dan bantuan keperluan harian kepada isi rumah yang hilang pendapatan dimana rakyat sudah tidak mampu menanggung kesan daripada wabak Covid-19. Tindakan lima beradik yang tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu telah memutuskan untuk menaikkan bendera putih namun, pandangan jiran sekeliling menyebabkan mereka menurunkan semula bendera tersebut. “Semasa kami naikkan bendera, jiran-jiran pandang semacam seolah-olah kami ini mencuri. Menaikkan bendera sudah cukup memalukan dan dipandang serong oleh jiran-jiran membuatkan mereka menurunkan semula bendera tersebut,” kata Siti…
Tiada Pili Air Punca Bomba Sukar Padam Kebakaran Kilang Plastik | Arus elektrik yang masih aktif dan ketiadaan pili air menyebabkan pihak bomba berdepan kesukaran dalam operasi memadamkan kebakaran sebuah kilang plastik di Jalan Tasek 2, Simpang Ampat, Nibong Tebal, awal pagi tadi. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, PBK Mohd Safi@Roslan Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi berhubung insiden kebakaran berkenaan. Menurutnya, apabila pihaknya sampai ke lokasi kejadian mereka mendapati kebakaran terbabit hampir memusnahkan keseluruhan kilang terbabit. Jelasnya, terdapat pencawang elektrik berdekatan dengan kilang itu dan…