Author: Miss Alin

13 Beranak Hidup Tersepit, Empat Tahun Guna Tandas Sekolah | Seramai 13 beranak hidup dalam keadaan kedaifan dan tersepit apabila tandas di rumah mereka tersumbat sehingga tidak dapat digunakan sejak empat tahun lalu. Keadaan itu menyebabkan Mohamed Ab. Majid, 58, yang be­kerja sebagai pengawal keselamatan terpaksa membawa isteri, Wan Norhasliza Wan Yaakob, 45, dan anak-anaknya yang lain pergi ke tandas sekolah tempat dia bekerja sekiranya mereka mahu membuang air besar. Lebih menyedihkan, kawasan semak di belakang rumah pusaka keluarga itu di Kampung Pasir Tok Kambing, Binjai di sini turut dijadikan sebagai ‘tandas segera’ sekiranya mereka terdesak mahu membuang air besar.…

Read More

578 Masjid Di Seluruh Kedah Sediakan ‘Bank Makanan’ | Penduduk yang terputus bekalan makanan boleh mendapatkan makanan asas yang disediakan melalui program bank makanan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di 578 masjid seluruh Kedah. Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Zakaria Othman berkata, golongan yang kelaparan akibat terputus sumber pendapatan boleh terus menghubungi pihak pengurusan masjid untuk mengambil set bekalan makanan yang disediakan. Menurut beliau, mereka yang ingin mengambil bekalan makan terbabit tidak perlu mengisi apa-apa borang kerana pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM1 Juta sebulan bagi tujuan bantuan makanan asas terbabit. Antara jenis makanan yang dibekalkan LZNK di masjid ialah beras, gula,…

Read More

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Gantung Diri. | Sejak kebelakangan ini, kejadian bunuh diri semakin meningkat dalam kalangan rakyat di negara ini. Perihal cubaan bunuh diri bukan satu perilaku yang boleh dipandang remeh meskipun ada dalam kalangan mangsa yang berjaya diselamatkan daripada membiarkan nyawa mereka melayang secara sia-sia. Taiping: Hanya kerana disuruh mandi oleh neneknya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengantung dirinya di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Taman Tupai Mas di sini semalam. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu yang kira-kira pada pukul 7.52 malam. Beliau mengulas lanjut,…

Read More

Dua Kilang Dikompaun RM10,000 Kerana Gagal Patuhi SOP | Pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) semasa penularan wabak pandemik Covid-19 sangatlah penting. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 antara satu sama lain. Namun, masih terdapat banyak pihak yang mengambil ringan dan mengabai Sop yang telah ditetapkan. Sungai Petani: Dua kilang masing-masing dikompaun sebanyak RM10,000 dalam pemeriksaan mengejut semalam berikutan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Kedua-dua kilang itu didapati telah gagal memastikan pekerja mematuhi penjarakan fizikal seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah…

Read More

Perlis Benarkan Aktiviti Solat Berjemaah Di Masjid Mulai Esok | Perlis membenarkan aktiviti solat berjemaah di masjid seluruh Perlis dibenarkan dilakukan bermula esok mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan kapasiti maksimum mengikut saiz sesuatu masjid. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titahnya, berkata perkenan berkenaan dilaksanakan setelah mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berdasarkan situasi semasa penularan COVID-19 di Perlis yang dilihat semakin terkawal serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada oleh masyarakat Perlis. “Oleh yang demikian, kehadiran jemaah di masjid seluruh Perlis diperbolehkan dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid…

Read More

Wanita Bekerja 15 Jam Sehari Demi RM50-RM80 Untuk Anak-Anak | Seorang wanita beranak empat ini sanggup bekerja selama 15 jam sehari iaitu dari pagi sehingga malam demi kelangsungan hidupnya dan anak-anak. Dia sanggup melakukan lebih daripada dua pekerjaan demi mendapatkan wang antara RM50 sehingga RM80 sehari. Dia berpenat lelah bekerja demi menyara empat orang anaknya yang berusia 12,10,5 tahun dan 8 bulan. Dia akan mula bekerja dari jam 8 pagi sehingga 11 malam. Ketabahan yang ditunjukkan oleh Noorul Hafizah Roslan, 33, memberi inspirasi buat ramai orang apabila sanggup mengerah kudrat empat kerat demi sesuap nasi. Dia akan memulakan rutin hariannya pada…

Read More

Kedah Benarkan Aktiviti Ibadah Korban, Petugas Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin Diberi Keutamaan | Seperti yang kita sedia maklum, Hari Raya Aidiladha bakal menjelang tidak lama lagi. Namun, ekoran penularan wabak Covid-19 yang belum pasti bila rantaiannya akan putus menyebabkan umat Islam menyambutnya dengan norma baharu tidak meriah seperti dulu. Alor Setar: Kedah membenarkan ibadah korban di negeri ini dilaksana di beberapa tempat termasuk premis persendirian dengan jumlah petugas tidak melebihi 12 orang pada satu masa bagi setiap ekor haiwan korban. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud, berkata lima lembu korban dibenar disembelih di…

Read More

Enam Lelaki Warga Asing Diberkas Terlibat Kes Pecah Pejabat | Ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19 dan masih berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat pelbagai kejadian jenayah yang berlaku seperti jenayah siber, pecah masuk rumah serta dadah. Kuala Lumpur: Seramai enam lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah pejabat di Kuchai Enterpreneurs Park di Brickfields di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya telah menangkap seorang lelaki berdasarkan rakaman analisis kamera litar tertutup (CCTV) kes itu pada jam 7 malam. Beliau berkata, pihak mereka telah menahan seorang lelaki berusia 23…

Read More

(Video) Anonymous Mengajak Rakyat Sertai Operasi ‘Black Democracy’, Polis Beri Amaran | Telah tular sebuah video dari anonymous yang mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turut sama menyertai operasi ‘Black Democracy’ yang bakal dilancarkankan. Berdasarkan video yang berdurasi selama 2 minit itu menyatakan bahawa operasi yang dilancarkan itu adalah sebagai tanda membantah keras kerajaan Malaysia sekarang. Ini kerana dikatakan bahawa kerajaan kini telah menindas rakyat dengan membuat keputusan dengan melaksanakan Lockdown dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tujuan perlaksanaan operasi itu juga adalah untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Mereka menyeru rakyat Malaysia untuk keluar secara beramai-ramai di atas jalan raya dengan…

Read More

Enam Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Didiami Terbakar | Kejadian rumah terbakar seringkali berlaku dan ada kalanya meragut nyawa ramai orang yang tidak sempat untuk menyelamatkan diri mereka sendiri. Tumpat: Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Kelaboran di sini hangus terbakar dalam kejadian malam tadi. Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.45 malam itu, keenam-enam ahli keluarga yang berusia dalam lingkungan antara 20 hingga 50 tahun sempat menyelamatkan diri apabila mereka semua dikatakan masih belum tidur. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, kejadian disedari salah seorang ahli keluarga yang…

Read More