Author: Admin Aqilah

Banjir: Jordan, Bahrain Menyatakan Solidariti Terhadap Malaysia. | KUALA LUMPUR – Jordan dan Bahrain merakamkan ucapan takziah kepada Malaysia susulan bencana alam yang melanda hujung minggu lalu, menyebabkan kemusnahan harta benda selain kehilangan nyawa. Jurucakap rasmi Kementerian Luar Jordan, Haitham Abu Al Foul dalam satu kenyataan turut menyatakan solidariti negaranya terhadap kerajaan dan rakyat Malaysia dalam menghadapi musibah banjir. “Simpati dan takziah kepada kerajaan serta rakyat, terutamanya mereka yang terjejas akibat bencana alam ini,” katanya. Dalam nada yang sama, Kementerian Luar Bahrain turut menyatakan simpati. “Semoga urusan dipermudah dan tabah mengharungi dugaan,” menurut kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Bahrain (BNA).…

Read More

Tular Kes Melibatkan Penjawat Awam Kantoi Berlaku Curang, Ini Tindakan JKNJ. | JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menjalankan siasatan berhubung isu integriti yang melibatkan penjawat awam di sebuah klinik kesihatan di negeri ini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, pihaknya maklum mengenai isu integriti kakitangan klinik berkenaan yang mana ia boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati bersalah. “Perkara itu dianggap sebagai sesuatu yang serius kerana ia melanggar etika dan integriti penjawat awam mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. “Sehubungan itu, JKNJ sedang menjalankan…

Read More

Lelaki Ini Dihadapkan Ke Mahkamah, Miliki Senjata Dan Buku Ideologi Komunis. | PETALING JAYA: Seorang lelaki dihadapkan di dua mahkamah berasingan di Ipoh, hari ini atas lima pertuduhan memiliki senjata tiruan, peluru, besi buku lima dan buku berunsurkan ideologi komunis, dua minggu lalu. Menurut laporan Utusan Online, tertuduh, Leong Yew Chen, 35, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norashima Khalid dan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus. Di Mahkamah Sesyen, Leong berdepan dua pertuduhan memiliki dua butir peluru hidup tanpa lesen yang sah dan dua besi buku lima yang disenaraikan sebagai senjata berjadual di Jalan Margosa, Pasir Puteh…

Read More

Kisah ‘Abang Viva Viral’ Selamatkan Puluhan Mangsa Banjir Buat Ramai SEBAK. | PETALING JAYA: Walaupun hanya mempunyai RM50, Azwan Omar mengambil keputusan memohon cuti kecemasan daripada majikannya di Melaka untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir di situ. Keputusan spontan Azwan pada Sabtu lalu menyelamatkan nyawa puluhan mangsa yang terperangkap dalam kediaman mereka, akibat apa yang disifatkan sebagai banjir terburuk di Selangor. Antara yang diselamatkan Azwan adalah pasangan warga emas, termasuk suami yang lumpuh, dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan. Sejak lima hari lalu, Azwan mengalas perut dengan hanya roti dan air serta tidur dalam botnya. Namun…

Read More

Banjir: Bagi Dokumen Mangsa Yang Rosak, Ini Jawapan KDN Dan JPJ. | BANJIR yang melanda di beberapa lokasi di seluruh negara mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk dokumen pengenalan diri dan peribadi penting. Namun bagi mangsa banjir yang kehilangan dokumen peribadi di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak perlu gusar kerana boleh mendapatkan penggantian dokumen peribadi itu secara percuma. Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di Dewan Negara. Katanya, agensi di bawah KDN iaitu Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen akan diarahkan supaya membantu mangsa dalam proses menggantikan dokumen mereka musnah atau hilang bagi meringankan beban.…

Read More

Kepada Sesiapa Ingin Bercuti, Ini Amaran Awal Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia. | MERBOK – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengenal pasti sebanyak 122 daripada 220 cerun di seluruh negara, berisiko tinggi berlaku runtuhan pada musim tengkujuh. Ketua Pengarah JMG, Hisamuddin Termidi berkata, kesemua cerun tersebut dalam pemantauan pihaknya dan sebahagiannya berada dalam kawasan penempatan penduduk. Menurutnya, antara kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi ialah Jalan Genting Peras – Kuala Klawang, Jalan Sungai Tekali-Hulu Langat dan kawasan Sungai Penchala. “Sungai Penchala antara paling teruk berlaku tanah runtuh baru-baru ini menyebabkan banyak kemusnahan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika hadir ke…

Read More

Isu NADMA Lambat Bertindak. Ini Respons Abdul Latiff Yang Ditunggu Ramai. | SHAH ALAM – Semua pihak diminta supaya tidak mempolitikkan isu bencana banjir yang melanda negara ketika ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana tumpuan harus diberikan untuk membantu mereka yang terjejas. “Mangsa yang terlibat dalam bencana banjir yang berlaku selama tiga empat hari ini, ia adalah sesuatu yang diluar jangkaan. “Justeru, ia tidak patut dipolitikkan kerana bencana adalah suasana yang menjurus kepada platform buta warna,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media Bergerak, Pusat Kawalan…

Read More

Isu Halal-Haram Makanan Yang Disediakan Sukarelawan. Ini Komen Dr. Zulkifli. | PETALING JAYA: Bekas menteri agama, Zulkifli Mohamad, menolak sebarang keraguan terhadap “halal haram” makanan yang dimasak sebuah rumah ibadat Sikh untuk mangsa banjir beragama Islam, selepas isu itu dibangkitkan oleh beberapa warganet. “Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan bukan Muslim yang bukan ahli kitab selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka,” katanya di Twitter. Penegasan itu diberikan susulan jaminan seorang pengguna Twitter berketurunan Punjabi bahawa rumah ibadat atau gurdwara itu hanya menyediakan makanan berasaskan sayur-sayuran. Sejak Ahad lalu, Gurdwara Sahib di Petaling Jaya bersama puluhan sukarelawan pelbagai…

Read More

ATM Terus Turun Bantu Mangsa, Muak Tunggu Arahan NADMA. | PETALING JAYA: Ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak pada Jumaat, membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Sumber mendedahkan, agensi itu, yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang, pada mulanya teragak-agak untuk mengerahkan ATM bagi usaha bantuan. Kerajaan negeri Selangor juga tidak pasti untuk melibatkan pihak tentera, katanya. “Sampai suatu tahap, di mana kami (Kementerian Pertahanan) membuat keputusan, tak perlu tunggu NADMA. “Air banjir makin naik, kami takkan tunggu lagi,” katanya. ATM mula bergerak…

Read More

Banjir: Lelaki Baru Berkahwin 8 Hari Ditemui Mati Lemas. | SEPANG – Seorang lelaki yang baru sahaja berkahwin pada 12 Disember lalu ditemui mati lemas berhampiran tali air di belakang Taman SP 18, Desa Salak Pekerti di sini pada Isnin. Mangsa, Muhammad Syafiq Saharudin, 26, bertugas sebagai pegawai operasi untuk Malaysia Airports Holding Bhd di bahagian pengurusan pelanggan di kaunter maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa kali terakhir dilihat meredah air banjir sedalam kira-kira 1.5 meter untuk pulang ke rumah kerana ingin mengambil barang…

Read More