Banjir: Bagi Dokumen Mangsa Yang Rosak, Ini Jawapan KDN Dan JPJ. | BANJIR yang melanda di beberapa lokasi di seluruh negara mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk dokumen pengenalan diri dan peribadi penting.

Banjir: Bagi Dokumen Mangsa Yang Rosak, Ini Jawapan KDN Dan JPJ.

Namun bagi mangsa banjir yang kehilangan dokumen peribadi di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak perlu gusar kerana boleh mendapatkan penggantian dokumen peribadi itu secara percuma.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di Dewan Negara. Katanya, agensi di bawah KDN iaitu Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen akan diarahkan supaya membantu mangsa dalam proses menggantikan dokumen mereka musnah atau hilang bagi meringankan beban.

Antara dokumen terbabit adalah seperti berikut:

• Kad pengenalan

• Sijil kelahiran

• Sijil kematian

• Pasport

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan turut membantu mangsa banjir dari segi penggantian dokumen berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mangsa banjir diberi pengecualian bayaran untuk mengganti dokumen yang rosak atau hilang seperti:

• Lesen memandu

• Lesen kenderaan motor

• Sijil pemilikan kenderaan

Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong dalam kenyataannya meminta mereka yang terbabit perlu mengemukakan laporan polis semasa proses penggantian dokumen berkenaan.

Diharapkan kelonggaran-kelonggaran ini dapat membantu mangsa banjir untuk kembali menikmati kehidupan normal selepas ini.

Sumber: Sinar Plus

Share.

Leave A Reply