Tips Putihkan Kasut Yang Kekuningan Yang Perlu Anda Tahu | Kasut putih memang lawa, tapi nak menjaganya agak susah sebab ia akan menyebabkan cepat kotor. Pakai pun perlu berhati-hati. Tambahan pula kalau anak-anak yang pakai, seperti contoh kasut sekolah. Pergi sekolah pagi putih bersih, balik sekolah kasut putih dah bertukar warna. Anak-anak memang lasak dan aktif. Jadi, tentu mencabar bagi ibu-ibu untuk menjaga kasut dan pakaian sekolah mereka supaya kekal putih dan bersih. Berikut adalah beberapa tips dan cara basuh kasut yang ingin dikongsikan untuk memudahkan anda: 1. Elak Mencuci Lumpur Ketika Basah Jika kasut kotor dan berlumpur, biarkan kasut…
Author: Miss Adeq
Khasiat Buah Nenas Yang Perlu Anda Tahu | Buah nenas memiliki rasa yang sangat sedap, kaya dengan nutrien buah-buahan tropika yang menyediakan banyak kebaikan untuk kesihatan. Tambahan pula, khasiat nenas dengan kandungan kalorinya yang rendah menjadikan ia digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai satu bahan untuk merawat pelbagai penyakit bermula dari tidakkhadaman sehinggalah sebagai penawar semula jadi bagi alahan. Antara Khasiat Yang Terkandung Di Dalam Buah Nenas: 1. Kaya dengan sumber Vitamin C Buah nenas memenuhi sebanyak 131% daripada keperluan harian anda kepada antioksidan seperti vitamin C ini. Vitamin C biasanya digunakan untuk mengurangkan batu, rasa sejuk badan dan…
Tips Buang Kotoran Degil Pada Jubin Tandas | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mencuci bilik air atau tandas akan mengambil masa yang lama. Tambah-tambah lagi kalau jubin tu dah berlumut dan terlekat warna kuning. Sental macam mana pun dia masih susah nak hilang. Lagi malu bila tetamu mintak untuk guna tandas, mesti mereka geli nak masuk. Tapi jangan risau, anda tak perlu lakukan renovasi buang jubin. Hanya perlu jadikan tugas mencuci tandas sebagai rutin. Yang menarikya, tak perlu guna sebarang sabun. Hanya dengan 4 bahan yang boleh didapati dari dapur sahaja. 1. Serbuk Penaik Untuk sesi pembersihan minor seperti tompokan air,…
Tips Pilih Buah Tembikai Yang Manis | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Buah tembikai antara kegemaran ramai dan menjadi pilihan untuk hidangan semasa kenduri. Namun bukanĀ mudah untuk memilih buah tembikai yang segar dan manis. Sebenarnya ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan semasa membeli tembikai. 1. Kenali Jantina Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jatina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air serta biji. Ia lebih sesuai dibuat jus berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat, kurang biji dan rasanya pun lebih manis, yang sedap dimakan begitu sahaja. 2. Tompokan Kuning Pilih tembikai yang mempunyai…
Khasiat Tembikai Yang Perlu Anda Tahu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Buah tembikai sering menjadi pilihan untuk dihidangkan malah ia merupakan kegemaran bagi sesetengah orang. Makan pula ketika musim panas, dengan kemanisan buahnya memang tak toleh kiri kanan. Selain rasanya yang sedap dan mudah didapati, buah ini juga mempunyai pelbagai khasiat lain. 1. Kandungan air yang tinggi Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan. 2. Baik untuk jantung Warna merah pada tembikai…
Tips Hilangkan Kotoran Pada Karpet Anda | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Karpet merupakan salah satu barang perhiasan yang wajib ada dekat setiap isi rumah. Penggunaan karpet pada ruang tamu semestinya mencantikkan lagi suasana, di samping memberi keselesaan pada kita yang berjalan atau duduk di atasnya. Tapi satu benda yang paling tak suka bila karpet kotor, susah nak dicuci dan kadang-kadang bila dicuci ia akan berbau hapak. Kalau nak tahu, sebenarnya ada cara untuk menanggalkan kotoran-kotoran ini dengan mudah. Tak perlu khuatir lagi, hanya menggunakan bahan sedia ada di rumah. 1. Tekupkan Terlebih Dahulu Pertama sekali, penting untuk anda fahamkan bahawa…
Cara Hindari Berat Badan Naik Ketika Bercuti | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ketika bercuti, kita mesti nampak semua makanan yang dijual menarik. Tak kisah la ke mana sahaja kita pergi, kita mesti nak mencuba setiap makanan dari negara orang. Tapi bila dah mencuba macam-macam makanan, mula la risau pasal berat badan naik. Terutama kaum wanita. Hello Doktor ada mengeluarkan artikal bagaimana cara untuk mengelakkan berat badan naik ketika bercuti. 1.Ikut cara anda Jangan teragak-agak untuk menghindari makanan berminyak yang menggunakan banyak bahan tambahan. Sebaliknya, pilih hidangan makanan yang rendah kandungan garam, lemak dan karbohidrat. 2. Gula tersembunyi Bukan hanya pemanis…
Tips Makan Secara Sihat | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa itu makan secara sihat? Ia sebenarnya satu makan seperti berdiet, tetapi ia mementingkan aspek untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri. Baru-baru ini helloDoktor ada menyiarkan artikal mengenai tips makan secara sihat dan cara membaiki tabiat pemakanan. Jom sama-sama hayati apa itu makan secara sihat. Antara tips nya: Makanan segar Idea asas untuk makan secara sihat ini adalah memilih makanan yang hampir dengan bentuk semula jadinya. Elakkan makanan dalam kotak, dibungkus, atau diproses. Pilihlah seekor ayam bukan daging ayam proses seperti bakon atau nugget, memilih anggur adalah lebih baik…
Jenis Tanaman Yang Senang Dan Mudah Untuk Ditanam Didalam Rumah | Bagi yang suka menanam je akan faham kepuasannya bila ada pelbagai tanaman sendiri di rumah. Bukan saja sejuk mata memandang, tapi kalau dapat tanam herba atau sayur-sayuran, memang sangat menyenangkan bila nak memasak di dapur. Jika anda sedang mencari idea untuk mengisi ruangan kosong yang mungkin ada di dapur atau balkoni, boleh cuba untuk meletakkan tanaman yang sesuai dan bermanfaat. Panduan ni memberikan anda 10 jenis yang sangat mudah ditanam, walaupun dalam rumah. Berikut merupakan beberapa tanaman yang sesuai untuk diletakkan di dalam rumah, ia bukan sahaja boleh dibuat…
Tips Berkebun Guna Pasu, Pasu Dan Bekas Terbuang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tanaman dalm pot ini sangat menyenangkan anda. Anda tidak perlu tanah yang luas untuk bercucuk tanam. Hanya perlu beli pasu atau ambik bekas-bekas terbuang yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk letak tanaman anda. Berikut merupakan tips yang anda boleh ikuti untuk bercucuk tanam di dalam pasu: 1. Lokasi pasu: Letak pasu pada tempat yang ada sinaran matahari seperti di tepi tingkap dan tepi bangunan. 2. Tanaman: Perlu juga tahu jenis tanaman hendak ditanam di dalam bekas. Pilih yang senang ditanam dan kurang penjagaan seperti kangkung dan bayam.…