Tips Putihkan Kasut Yang Kekuningan Yang Perlu Anda Tahu

| July 19, 2020 | 0 Comments

Tips Putihkan Kasut Yang Kekuningan Yang Perlu Anda Tahu | Kasut putih memang lawa, tapi nak menjaganya agak susah sebab ia akan menyebabkan cepat kotor. Pakai pun perlu berhati-hati. Tambahan pula kalau anak-anak yang pakai, seperti contoh kasut sekolah. Pergi sekolah pagi putih bersih, balik sekolah kasut putih dah bertukar warna. Anak-anak memang lasak dan aktif. Jadi, tentu mencabar bagi ibu-ibu untuk menjaga kasut dan pakaian sekolah mereka supaya kekal putih dan bersih.

Berikut adalah beberapa tips dan cara basuh kasut yang ingin dikongsikan untuk memudahkan anda:

1. Elak Mencuci Lumpur Ketika Basah

Jika kasut kotor dan berlumpur, biarkan kasut kering terlebih dahulu. Kemudian, ambil tisu atau berus dan keluarkan lumpur dengan teknik kering. Cara ini lebih berkesan dan dapat mencegah kotoran daripada merebak ke kawasan  pada kasut.

2. Lilinkan

Lilin boleh digunakan untuk memelihara kasut daripada terkena kotoran. Dalam erti kata lain, ia boleh menjadikan kasut putih anda kalis air. Bila kasut basah, ia senang menyerap kotoran atau debu.

Jadi sebaiknya teknik ini anda lakukan apabila pertama kali memakai kasut, iaitu semasa kasut masih baru. Tapi, ia boleh juga dilakukan pada kasut yang baru dicuci. Caranya, ambil sebatang lilin dan gosokkan pada kasut. Kemudian, kenakan sedikit haba menggunakan hair dyer. Kalau nak tengok keberkesanannya, lalukan sedikit air di atas permukaan kasut tadi.

3. Guna Sabun Mandi

Sebenarnya, pemilihan sabun juga memainkan peranan terhadap hasil basuhan kasut. Menurut sumber, sisa sabun yang tertinggal dan tidak dibilas bersih boleh menyebabkan fabrik putih bertukar warna. Selain itu, penggunaan sabun yang terlalu ‘kuat’ juga boleh menyebabkan bahan kimia tercerai lalu merosakkan kasut.

Oleh itu, cuba gunakan sabun yang mild saja. Antara yang berkesan adalah sabun mandi jenis ketul. Walaupun murah, sabun ini amat berkesan untuk memutihkan baju sekolah atau kasut sekolah. Rendamkan kasut bersama air hangat dan sabun mandi yang diparut. Biarkan beberapa minit. Gunakan berus gigi untuk mencuci bahagian kasut yang sukar dicapai. Kemudian, cuci dan bilas seperti biasa.

4. Baking soda + Cuka

Seperti yang kita tahu, baking soda bukan saja berfungsi sebagai agen penaik dalam makanan, tetapi ia adalah agen pembersih semulajadi yang sangat berkesan. Sifat keasidan semulajadi dalam cuka pula mampu menghindarkan daripada pembiakan kulat dan bakteria. Kedua-dua bahan ini turut menyerap bau dan memelihara fabrik dengan baik.

Ambil ½ cawan cuka ¼ cawan baking soda di dalam sebuah mangkuk. Kemudian, gunakan berus gigi untuk memberus kasut menggunakan pes campuran tadi. Kalau tak ada kedua-dua bahan ini, boleh gunakan salah satu saja.

5. Perahan Lemon

Lemon mempunyai sifat keasidan yang mirip seperti cuka. Menariknya, larutan lemon turut menjadikan kasut anda lebih wangi dan segar.

Caranya, ambil segelas air dan dua sudu jus lemon yang diperah. Rendamkan kasut dalam larutan ini atau terus gunakan baking soda bersama untuk mencucinya seperti biasa.

6. Ubat Gigi

Percaya tak, ubat gigi bukan sekadar boleh memelihara gigi, tetapi ia sangat berkesan memutihkan kasut anda dengan berkesan. Caranya adalah menggunakan ubat gigi sebagaimana anda menggunakan sabun untuk membasuh kasut.

Selain itu, ubat gigi ada banyak kegunaan lain seperti memutihkan lampu kereta dan mencuci barang kemas yang lama.

7. Balut Dengan Tisu Semasa Menjemur

Sebelum menjemur, seeloknya tekapkan dahulu kasut basah dengan tuala yang bersih dan kering. Kemudian, ambil tisu (seeloknya tisu dapur yang tebal) untuk membalut sedikit kasut yang akan dijemur.

Cara ini akan melindungi kasut daripada terkena cahaya matahari secara langsung yang mungkin akan menyebabkan timbulnya kesan kekuningan. Bila kasut kering, ia akan nampak lebih putih. Kalau nak lebih cepat kering, masukkan beberapa helai tisu ke dalam kasut seperti gambar di bawah ini.

8. Pemadam

Oh ya, kalau anda dah sental habis-habisan tapi masih ada kotoran yang tidak tanggal pada bahagian getah kasut, ia sebenarnya boleh diputihkan lagi dengan pemadam pensel biasa.

Gosokkan saja pada kawasan tersebut semahunya dan anda akan lihat kesan yang serta merta.

 

Dengan tips yang dikongsikan ini, diharapkan ia berguna untuk anda semua.

 

Sumber: SirapLimau

Tags: , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *