Abah Dah Insaf Dik | Assalamualaikum buat pembaca IIUMC sekalian. Kenalkan aku Din. Bukan Din jiran kau, bukan Din sepupu kau bukan Din sesiapa. Senang citer orang tak kenal aku lah (dah nama pun bukan nama sebenarkan). Hahaha. Aku ada satu perkongsian yang sangat bermakna untuk lelaki handsome seperti aku. Aku memang pencinta wanita namun aku bukan buaya. (Tiberr). Huhuhu.

Korang tahu kan lelaki dengan video p0rn tak dapat dipisahkan. Lagi lagi
lelaki bujang seperti aku dahlah takda bini macam mana aku nak lepaskan
air yang da sampai ke otak?

Jadi bila aku tak tahan aku layanlah p0rn0 bukan layan perempuan, dah
aku bukan buaya darat.

Lama-lama benda tu jadi habit. Bila aku nampak perempuan s3ksi di media
sosial especially Instagram fuhh melambak awek2 s3ksi cun melecun dan di
depan mata, aku jadi terangsang.

Patutlah kenapa Allah kata tundukkan pandangan! Inilah sebabnya wahai
kaum Adam sekalian.

Bila tak dapat kawal pandangan maka akan datangnya nafsu jahat nak
ber0nan1, nak layan video p0rn0 dan berzina. Dah tak tahan sangat bini
pulak takda dan aku pelik macam mana pulak si suami yang ada bini tapi
still makan luar? Aku tak faham why.

Korang yang dah berbini boleh lepaskan hajat pada bini tapi pada
golongan yang masih bujang seperti aku ni nak lepas kat mana? Para suami
patut bersyukur ditemukan jodoh, dapat merasai kenikmatan yang halal
tapi nak jugak korang ‘makan luar’?

Yang orang bujang macam aku ni nak lepas kat mana? Takkan pada awek2 di
luar sana? Nauzubillah sampai hari ini aku takut nak buat macam tu. Jadi
kalau aku tak tahan, aku buat sndiri. Lalala. Dan disebabkan ini jugalah
kenapa berpuasa itu juga sangat dituntut gaiss.

Aku pelik jugak aku ni menjaga solat, tapi habit layan video lucah aku
tak boleh tinggalkan. Aku selalu tertanya-tanya pada diri aku kenapa,
kenapa dan kenapa.

Aku pergi kelas agama aku jumpa macam-macam ustaz. Ustaz cakap sebab
solat aku tak dapat menghalang aku dari melalukan kemungkaran which is
solat aku tu tak ada Nur. Nur Solat itulah yang akan membimbing korang
kepada amar ma’ruf nahi mungkar.

Jadi aku rasa aku dah cukup solat 5 waktu tapi mungkin dalam solat tu
aku kurang khusyuk, tengah solat boleh pulak aku teringat hal dunia, hal
lepas ni nak makan kat mana, jap lagi nak buat apa dan sebagainya.

Khusyuk inilah yang mendatangkan Nur pada solat sebenarnya dan rukun2
solat kena betul dan tertib wei. Korang da hafal rukun solat?

Berapa ramai antara kita solat laju macam kereta ferrari? Toma’ninah pun
takda. Solat asal boleh je. Wudhuk pun tak sempurna. Patutlah aku rasa
aku solat tapi aku tetap buat benda buruk.

Ustaz cakap kalau kita solat tapi still buat jahat, itu petanda solat
kita itu tidak diterima di sisi Allah. Nauzubillah. Sedihnya aku.

Kau bayangkan kau penat-penat solat di dunia, dah rasa masuk Syurga
last-last di hari perhitungan semua itu seperti debu-debu yang
beterbangan. Allahu Akbar. Aku terkedu masa Ustaz terangkan.

Ustaz tanya aku, lepas solat aku buat apa? Aku cakap aku berdoa. Ustaz
tanya ada tak aku berwirid berzikir, berselawat. Aku cakap kalau aku
rajin. Geleng kepala beb ustaz tu.

Ustaz cakap itulah masalah aku. Bila rajin baru buat padahal benda
itulah yang Allah suka. Kau buat apa yang manusia suka tapi bila part
Allah suka kau malas pulak macam mana kau nak hidup tanpa dosa kalau
macam tu? Macam mana kau nak hidup tenang?

Lagi sekali aku terkedu. Lama aku termenung sampai Ustaz panggil aku
“Din.. Din..” Baru aku tersedar dari lamunan aku.

Ustaz pesan solat-solat juga tapi bab wirid, zikir dan selawat jangan
tinggal hatta kau sedang memandu kereta sekalipun kau boleh je berzikir
dan berselawat. Benda paling senang free of charges je ringan di lidah
tapi kau malas jugakkan?

Dan ustaz juga pesan bila kita nak berubah, banyakkan buat Solat Taubat
Nasuha sampai kau betul-betul tak buat dosa tu. Yang kaum Adam
rajin-rajinkan lah diri pergi berjemaah di masjid.

Pergilah berbakti pada guru-guru agama ,masuk kelas agama, dekati
orang-orang Soleh. Hakikatnya kita ini kena mengaji ilmu sampai akhir hayat.

Paling penting pilih la guru yang betul dan benar manhajnya yakni manhaj
Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Pilih kawan yang baik-baik. Kalau kau ada group
lucah dalam WhatsApp sila left sekarang kerana benda itu juga salah satu
punca kau lagi nak bermaksiat.

“Bila Allah sayang seseorang hamba itu, Allah akan dekatkan dia dengan
kebaikan dan bila Allah hina seseorang itu Allah akan sibukkan dia
dengan urusan dunia dan maksiat.” Nauzubillahi min zalik.

Peringatan Ustaz paling gerun buat aku terasa di kalbu aku paling dalam.
Terima kasih banyak Ustaz. Yang penting bukan Ustaz Madi dalam drama Nur.

Aku balik rumah. Aku buat Solat Taubat 2 rakaat. Aku menangis dalam
sujud aku minta Allah ampunkan dosa aku, jauhkan aku dari segala maksiat
dan sebagainya. Lepas tu aku berzikir dan berselawat.

Sekarang setiap kali solat fardhu aku takkan tinggal zikir
Lailahailallah (33x), istighfar Astaghfirullahaladzim (100x) dan selawat
ke atas Rasulullah SAW (100x)

Disamping doa “Ya Allah jauhkan aku dari zina dan maksiat.” Aku akan
ulang sebanyak 3 kali doa-doa aku agar lebih mustajab (ini juga sunnah
Rasulullah ulang doa sebanyak 3 kali).

Kadang-kadang kalau aku buat kerja, aku memandu, aku akan berzikir dan
selawat. Alhamdulillah sudah beberapa bulan aku berjaya tak melihat
video p0rn0. Aku juga da unfollowed segala perempuan2 s3ksi tak ingat
akhirat tu agar lebih selamat pandangan aku.

Aku bersihkan akaun media sosial aku daripada perkara2 yang mendatangkan
nafsu syahwat bergelora aku. Baru beberapa bulan pada aku ianya berhasil
tapi aku berharap agar ianya menjadi kejayaan sampai akhir hayat aku.

Korang kena tahu, kalau perempuan kena jaga aurat lelaki pulak kena jaga
pandangan. Jangan salahkan sesiapa salahkan diri sendiri.

Kepada kaum hawa yang suka layan video p0rn0 juga harap ini juga dapat
membantu korang. Kita cuba sampai berjaya. Jangan pulak hari ini kau
berselawat, berzikir semua esok kau dah tengok video p0rn0 itu maknanya
kau yang kalah dengan nafsu kau.

Sambil buat sambil tahan. Allah lihat usaha dan keikhlasan kita berubah
baru Allah beri jalan dan mudahkan. Aku pun sekarang cuba sibukkan diri
juga pergi ke majlis agama.

Aku lelaki dan kalau aku nak jadi pemimpin yang baik aku kena ada ilmu.
Kalau aku nak Allah sayangkan aku, aku kena berlari mendekati Allah.
Usaha, doa, dan tawakal itu kuncinya.

Mudah-mudahan perkongsian aku ini dapat ganjaran di sisi Allah.

Doakan aku juga guys mudah-mudahan aku kekal istiqamah dan dipercepatkan
bertemu jodoh yang baik-baik yang boleh sama-sama berubah ke arah
kebaikan dengan aku. Abang memang dah lama mengidamkan ruamhtangga
sakinah mawaddah warahmah.

Dalam Al-Quran , Allah Subhaanahu Wata’ala berfirman, artinya:-

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa
yang mereka perbuat.”

Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”

(QS. an-Nur [24]: 30-31)

Pergi ke kedai naik beca,

Naik beca sambil makan,

Korang dah baca,

Terima kasih diucapkan dan cubalah praktikkan.

Sorrylah tak pandai buat pantun, tapi saya pandai menjadi imam awak.
Chia chia chia.

Assalamualaikum.

– Din (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply