Aku Tempat Dilepaskan Nafsu, Dia Tempat Dijadikan Isteri

| July 19, 2020 | 1 Comment

Aku Tempat Dilepaskan Nafsu, Dia Tempat Dijadikan Isteri | Terima kasih buat admin iiumc sebab sudi publishkan kisah aku. Seperti mana yang korang baca pada tajuk diatas, aku rasa korang dah dapat agak kisah aku tentang apa.

Okey, aku perkenalkan nama aku Nur (bukan nama sebenar). Aku berusia
lewat 20-an. Student lepasan universiti tempatan dan sekarang bekerja
dalam sektor marketing. Aku juga student lepasan sekolah agama suatu
ketika dulu waktu di alam persekolahan.

Bila aku nyatakan aku lepasan sekolah agama, benda yang pertama bermain
di fikiran korang mesti aku berjubah, bertudung labuh paras pinggang,
berniqab, berpurdah, berstokin, ber’handsock’, dan berbaju longgar kan??

Ye, secara jujurnya pakaian aku memang sebegitu. Tetapi, tolong jangan
anggap kami yang berpakaian seperti ini adalah malaikat, kami juga
manusia biasa yang tidak lari dari melalukan dosa. Aku manusia biasa.
Tolong jangan judge aku berdasarkan pakaian aku.

Kisah aku bermula tahun lepas, aku mulakan hidup aku dengan pekerjaan
yang baru, environment baru, tempat baru, dan kawan² baru.

Start dari pekerjaan aku di tempat baru aku berjumpa seorang lelaki yang
aku kenalkan sebagai Z. Disebabkan ramai diantara kawan² satu team kami
dah berkahwin, maka hanya kami je yang bujang dan umur pon sebaya. Jadi
kami selalu digosipkan oleh rakan² yang lain.

Dari situ dia cuba tegur aku secara berdepan. Pada mulanya aku tak
layan, sebab si Z ni orang nya ada rupa, putih, tinggi, rambut lurus
rapi, pakaian kemas. So, dalam erti kata lain “handsome”.

Jadi, aku tak nak rapat dengan dia sebab aku takut aku jatuh hati dengan
dia dan aku pon tak percaya yang dia ni single. Orang handsome takkan
takde awek. Mesti ada punya.

Si Z ni seorang yang sangat menjaga solat 5 waktu, so hampir 2 bulan aku
ushaa je dia ni solat ke tak, kaki perempuan ke tak, jenis kaki lepak ke
tak, siapa kawan² rapat dia.

So, dari apa yang aku perhati, boleh dikatakan dia ni lelaki yang elok
laa. Dia jaga solat dia. Sejak dari tu aku mula tanya kan dekat rakan²
lain tentang Z ni, sebab diaorang dah satu team dengan Z ni dah lama,
ada yang 3 tahun, ada yang 2 tahun.

So, soalan yang aku selalu tnya pada kwan² yang lain ialah “ko pernah
tengok tak Z ni keluar dengan perempuan?” , “Korang pernah nampak tak si
Z ni dengan perempuan” , “selama 3 tahun ko kenal dia, dia ni takde awek
ke weh”?

Setiap kali sebelum aku berkawan dengan mana² lelaki, tu la benda yang
aku sangat berhati². Sebab aku sangat takut aku dikecewakan. Aku sangat
takut aku ditipu. Aku sangat takut aku dipermainkan.

Bila dah berminggu-minggu aku selidik, aku stalk fb dia, aku tnya kawan²
yang rapat dengan dia, jawapan yang aku dapat ialah “takde”.. “dia takde
awek”.. “aku tak rajin nampak pon dia dengan perempuan”.

Masa aku stalk fb dia pon , lgsung takde tanda² yang dia dh ada someone.
Si Z ni juga, pernah tanya tentang aku dekat kawan² yang lain yang aku
ni dah berpunya ke, dah bertunang ke, sebab dekat jari manis aku ni ada
dua bentuk cincin emas kiri dan kanan.

Sebab tu si Z ni tanya kawan² yang lain. Sebab dia takut aku tunang
orang. Tapi kawan² yang lain rata² memang dah tahu aku ni single, jenis
tak layan lelaki.

Lepas dah puas aku tanya orang sekeliling, baru laa aku terasa nk reply
wsap dia. Biasanya aku reply sepatah² je sebelum ni, tapi sejak satu
hari tu aku rasa curious sangat nak tahu tentang si Z ni.

Jadi aku pernah tanya dia, “awak dah ada someone ke?” Dia cakap “dulu
ada”. Tapi sekarang aku tak tahu la sebab dia tak jawab. Aku cuma pikir
mungkin dia ni putus cinta kot, sebab tu tak nak bagitahu.

Aku pernah jugak tanya dia “kenapa awak tak kawen lagi? dah nak masuk
angka 3 dah ni?” Dia cuma jawab “lebih kepada tak bersedia”.. so, aku
tak nak la tanya lebih².. nanti nampak sangat aku nak tackle dia. Lepas
pada tu, kitaorang semakin hari semakin rapat.

Kitorang sangat² rapat sampai boleh pergi tengok wayang sekali, makan
sekali berdua-duaan. Aku ni menyewa bujang dengan student dia pulak
duduk dengan family.

Rumah kami tak jauh dalam 7 minit dah sampai. Jadi dia selalu amik aku
depan rumah kalo nak pergi tengok wayang atau nak pegi makan.

Sampai la satu masa, aku tak tahu kenapa, kami terjebak dengan perkara
terkutuk yang sangat² memalukan. Dia amik maruah aku dengan sekelip
mata. Dari pujukan dia, dari mulut manis dia, aku lemah longlai, aku
dibuai dengan kata² seorang lelaki.

Dari sekadar perkara yang ringan² hingga kami berani melakukan perbuatan
tanpa seurat benang pon yang menutupi tubuh kami. Kami bersama di atas
katil seperti suami isteri.

Aku tak tahu apa status hubungan aku dengan dia sampai aku begitu murah
sekali serahkan mahkota aku kepada seorang lelaki yang bukan bergelar
suami. Aku tak tahu kemana perginya malu aku ketika bersama dengan dia.

Aku sedar perbuatan yang kami buat ni adalah haram, berdosa besar. Tapi
kami tetap lakukannya berulang ulang. Kadang 2 minggu sekali, kadang
sebulan sekali.

Sejak dia dah berani sentuh aku, aku rasa macam ada perasaan dalam diri
aku yang aku ni dah mula sayang si Z ni. Aku pernah cakap dekat si Z aku
dah mula sayang dia, tapi dia sekadar dengar tanpa ada sebarang respon.
Sedangkan mula² kenal dulu layanan dia sangat caring.

Saat pertama kali dia ambil maruah aku, aku pernah ajak dia kawen tapi
dia diam je tanpa sebarang jawapan. Terdetik juga di hati aku, aku rasa
aku dipermainkan. Aku rasa dia saje nak kenakan aku.

Aku rasa aku adalah perempuan yang paling b*d*h sekali dalam dunia ni
sebab bertapa mudahnya serahkan maruah aku. Setiap kali kitaorang
bersama, setiap kali tu jugak aku akan ajak dia kawen.

Aku cakap kat dia “benda yang kita buat ni dosa, jom la kawen, aku tak
nak lagi buat benda ni, benda ni ketagih, aku tak nak buat dosa lagi
sambil aku merayu-rayu dengan dia. Tapi dia tetap dengan cara dia yang
diamkan diri. Tak ada kata putus langsung.

Bermulanya PKP hari tu, aku nekad nak jauhkan diri dari dia sebab aku
taknak dah bergelumang dengan dosa zina tu. Aku cukup kecewa dengan diri
aku sendiri. Aku b*d*h, aku kejam pada diri aku sendiri.

2 bulan aku tak contact dia, aku tak jumpa dia, aku block no dia.
Sepanjang Ramadhan, aku gunakan masa sebulan tu bersungguh-sungguh aku
mintak ampun dengan Allah, aku mintak petunjuk dengan Allah supaya Allah
tunjukkan aku sesuatu.

Masuknya bulan Syawal, kami start contact balik each other. Aku tak tahu
kenapa aku tak boleh lupakan Z. Then berlaku balik perbuatan haram tu.

2 hari selepas aku bersama dengan dia, aku cuba stalk FB si Z. Aku tak
tahu kenapa malam tu aku terasa nak stalk FB dia, then apa yang aku
nampak, aku sangat terkejut.

Ada sekeping gambar seorang perempuan bersama dengan Z tengah duduk
diatas kerusi dengan caption “Boleh merentas Negeri untuk tujuan Nikah”
sambil di tag FB Z.

Aku kenalkan perempuan tu dengan nama Sofea (bukan nama sebenar). Baju
yang Z pakai time tu adalah baju melayu dia pakai waktu raya pertama.
So, aku agak si Z ni pegi beraya rumah sofea. Cuma aku je yang tak tahu.

Patut la time raya pertama Z langsung tak reply wsap aku. Patut la raya
pertama dia cakap dia busy. Rupanya ada yang dia sembunyikan selama ni.

Aku gementar, aku menangis malam tu sampai subuh. Aku meraung sepuas
hati. Aku dipermainkan oleh lelaki yang aku anggap baik selama ni. Aku
lemah longlai. Aku paksa diri aku bangun untuk berwudhuk. Aku serahkan
diri aku pada yang Hak.

Malam tu juga aku mintak petunjuk dari Allah untuk keluarkan aku dari
kesakitan yang aku rasa. Aku ditipu hidup² oleh Z, maruah aku tergadai,
harga diri aku telah aku serahkan kepada Z.

Takde apa yang aku mampu buat. Aku menangis di atas sejadah sampai
subuh. Aku malu dengan perbuatan aku sendiri. Aku b*d*h, aku terlalu
cepat tergoda dengan lelaki. Aku lemah.

Kalau la aku tahu dari awal Z dah berpunya, mungkin aku tak berkawan
dengan dia serapat ini. Kalaulah aku tahu si Z ni dah ada awek, aku pon
takkan terjerumus ke lembah hitam ini.

Ya Allah, aku tak kuat nak lalui semua ini. Adakah aku harus berdiam
diri? Berapa lamakah Z dengan sofea? Apa hubungan diaorang? Adakah baru
couple? Adakah dah bertunang? Adakah diaorang akan kahwin dalam masa
terdekat?

Itulah soalan demi soalan yang berada di kepala aku. Jika dia dah lama
couple, adakah aku orang ketiga? Adakah aku bersalah dalam situasi?

Aku contact sofea dekat FB. Aku hantarkan pada sofea gambar aku dengan Z
berdua di kedai makan. Aku tanya sofea, ‘kenal ke lelaki kat sebelah?’
Then, aku mintak no wassap sofea untuk berhubung secara proper. Lantas
sofea tertanya tanya, apa hubungan aku dengan Z.

Kami berhubung melalui wassap. Sofea kakitangan kerajaan yang berkerja
di ibu kota. Aku dan Z hanya pekerja swasta dan tinggal satu daerah.
Sofea juga sebaya dengan kami lewat 20-an dan berasal dari negeri yang
sama dengan kami cuma daerah yang berbeza.

Aku terkejut bila sofea nyatakan dia dah kenal Z hampir 10 tahun sejak
di tingkatan 6. Tapi diorang belum bertunang secara official. Aku
ceritakan pada sofea tentang Z. Apa yang berlaku antara aku dengan Z,
malah sofea tak percaya kata² aku.

Dia cakap aku hanya gilakan Z dan nak hubungan dia putus dengan Z. Sofea
nyatakan Z tak pernah sentuh dia. Katanya Z cukup baik. Selama 10 tahun
Z tak pernah buat perangai. Lebih² lagi sentuh perempuan.

Masa aku contact sofea, Z tak tahu yang aku dah tahu tentang dia dengan
Sofea. Aku contact Z macam biasa. Aku minta Z datang rumah sewa aku
sebab aku nak bagi sesuatu dekat dia. Then, dia datang juga walaupon dia
berkali-kali cakap dia penat.

Dia sampai je depan rumah, aku terus masuk dalam kereta dia. Lepas aku
bagi barang dekat Z, aku tanya Z directly. Dia dah tunang ke? Sape
perempuan dalam gambar tu? Berapa lama dia kenal? Sebelum kenal aku atau
selepas kenal aku?

Z terkejut aku ajukan soalan demi soalan. Dia tak mampu nak jawab
soalan² aku. Cuma dia jawab dia belum bertunang dan dia berkawan dengan
sofea sebelum kenal aku. Aku tahan air mata aku dari mengalir laju depan
dia malam tu.

Aku terpanah dengan kata-kata dia. Aku tanya dia kenapa buat aku macam
ni? Kenapa sentuh aku kalau dah ada orang lain? Kenapa sentuh aku kalau
takde perasaan kat aku? Kenapa tak jujur dengan aku masa mula² kenal
dulu? Kenapa? Kenapa baru sekrang nak jujur? Kenapa Z??

Dia hanya diamkan diri dan ayat yang keluar dari mulut dia adalah Dia
minta maaf. Dia minta maaf atas apa yang berlaku. Adakah maaf dia tu
dapat kembalikan maruah aku? Sungguh mudah berkata maaf tapi tidak
semudah untuk melupakan.

Aku berkata dekat Z, aku anggap ini ujian hidup aku, aku pasrah, aku
redho. Ujian yang sangat perit untuk aku terima.

Sebab ini semua salah aku, salah aku yang terlalu percaya, salah aku
yang memberi, salah aku yang tergoda dengan pujuk rayu, salah aku kerana
iman tak kuat, semua salah aku. Salah aku sebab tak kenal Z ni secara
detail.

Kalau aku tahu dari awal dia dah ada someone, aku rasa aku tak kan rapat
dengan Z. Tapi aku yang b*d*h. Aku sedikit pon tak salahkan orang lain
sebaliknya aku salahkan diri aku terlebih dahulu.

Aku pernah tanya Z, kenapa dia sentuh aku kalau dia dah ada someone? Dia
hanya jawab “sebab Nafsu”. Dia cakap dia langsung takde perasaan kat
aku, dia cakap kita hanya kawan.

So, maknanya memang mula perkenalan aku dengan dia memang dia dah
berpunya, setiap kali aku tanya dia tak pernah mengaku sebab takut aku
tak layan dia dah. Dia takut dia tak dapat aku untuk lepaskan nafsu dia.

Jadi memang benarlah niat dia kenal aku hanya untuk permainkan aku dan
dijadikan aku pemuas nafsu dia.

Aku anggap ini pengajaran buat diri aku sendiri sebab terlalu percayakan
Lelaki. Untuk yang bergelar wanita, aku kongsikan kisah hidup aku.

Jangan terlalu cepat percaya dengan penampilan luaran, walaupon dia
solat 5 waktu tak tinggal sekali pon, perangai belum tentu seperti apa
yang kita pikir.

Apa yang terjadi pada Z dan Sofea lepas tahu perkara ni? Adakah aku
berdiam diri tanpa berbuat apa-apa²?

Tidak, maruah aku mungkin tidak dapat ditebus tetapi Aku kesian dekat
sofea sebab percaya dekat jantan tak guna ni. Aku tak tahu berapa ramai
dah wanita kat luar sana yang jadi mangsa Z.

Kepada Sofea, jika kamu baca coretan ini, buka lah mata, buat
istikharah, minta petunjuk dari Allah semoga Allah berikan kamu suami
yang baik, bukannya seorang lelaki penzina yang akan jadi ayah kepada
anak² kamu, yang memainkan wanita lain atas kepentingan nafsu syahwat.

Aku tidak sedikitpon berniat nak putuskan hubungan kamu sebab aku nak
merampas si Z, kamu silap. Aku cuma beritahu siapa sebenarnya Z dan apa
yang dia dah buat pada aku.

Aku terima dengan hati terbuka & berlapang dada bila Z nyatakan dia
takde perasaan langsung dekat aku dan cuma untuk lepaskan nafsu semata-mata.

Kepada pembaca, tolong doakan aku kuat dan tabah untuk aku teruskan
hidup walaupon ia sangat perit untuk aku lalui. Semoga Allah lindungi
aku dari perkara-perkara yang boleh merosakkan diri aku sendiri.

Aku bukan malaikat. Aku hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari
melakukan dosa. Aku pendosa tanpa noktah. Semoga ada kehidupan yang
lebih baik untuk aku selepas ini.

– Nur (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , , ,

Category: AGAMA, KELUARGA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. SYAHIRAH EHLAM says:

    Tolong ws sy 0173018485

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *