Khasiat Tembikai Yang Perlu Anda Tahu

| July 19, 2020 | 0 Comments

Khasiat Tembikai Yang Perlu Anda Tahu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Buah tembikai sering menjadi pilihan untuk dihidangkan malah ia merupakan kegemaran bagi sesetengah orang. Makan pula ketika musim panas, dengan kemanisan buahnya memang tak toleh kiri kanan. Selain rasanya yang sedap dan mudah didapati, buah ini juga mempunyai pelbagai khasiat lain.

1. Kandungan air yang tinggi

Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.

2. Baik untuk jantung

Warna merah pada tembikai yang terhasil daripada sejenis bahan kimia yang digelar lycopene membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Lycopene ini juga bersifat antioksidan. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.

Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.

3. Anti-radang

Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

4. Penghadaman

Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat. Gabungan serat dan kandungan 90% air dalam tembikai juga membantu melancarkan sistem penghadaman si penggemar tembikai.

5. Baik untuk kulit dan rambut

Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.

 

Sumber: helloDoktor

Tags: , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *