Bercinta Dengan Sepupu Tetapi Tidak Direstui | Hai nama aku Nie (bukan nama sebenar). Aku ingin menceritakan disini perihal yang berkaitan tentang cinta tanpa restu. Sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t, aku telah menaruh hati terhadap sepupu aku sendiri.

Pada awalnya aku tidak mengendahkan perasaan ini kerana waktu itu aku
baru berusia 14 tahun dan dia berusia 19 tahun.

Jadi aku berfikir mungkin ini hanya cuma perasaan di zaman remaja aku
sahaja. Setelah kami tumbuh dewasa bersama sama, aku mulai merasa aneh
bila bersamanya.

Aku tidak dapat bertatap mata dengan nya sewaktu kami bercakap. Aku dan
dia juga tidak membiasakan diri kami dengan memanggil “aku kau” bila
bercakap. Sedangkan dengan sepupu sepupu yang lain kami membiasakan diri
“aku kau”.

Hendak dijadikan cerita. Sewaktu aku ingin bertolak ke kuala lumpur, aku
mengupdate gambar aku di facebook. Dan buat pertama kalinya dia
menghantar mesej kepada aku melalui applikasi messenger.

Aku terlalu exited waktu itu kerana aku sudah lama menunggu saat itu.
Memandangkan kami tidak terlalu rapat jadi kami tidak pernah chatting
malah berbual pun jarang sekali.

Sejak hari itu aku dan dia mulai rapat. Dari chat di messenger terus
bertukar ke wassap. Kami semakin dekat dan kami sering berkongsi cerita
tentang masalah kami. Kami semakin selesa dengan keadaan ini.

Pada mulanya aku tidak terlalu berharap kepadanya kerana dia sudah
mempunyai kekasih yang satu kerja dengan nya.

Tapi pada satu hari, dia mengatakan dia telah berpisah dengan kekasih
nya. Waktu itu aku teramat gembira kerana orang yang aku sayang kini
bukan kekasih orang.

Dan pada waktu itulah aku telahh bertekad didalam hati untuk mencuba
nasib. Aku ingin meluahkan isi hati aku kepada nya yang selama ini aku
simpan bertahun tahun lamanya!

Tetapi sebelum itu aku telah meminta pendapat kawan aku dan kakak aku
mengenai hal ini. Dan sudah kuduga, kakak ku memberikan sokongan yang
sangat hebat kepada aku memandangkan kakak aku sudah kenal sepupu nya
itu sejak kecil lagi.

Kakak aku menyuruh aku meluahkan perasaan aku hari itu, dan aku bertekad
dalam hati kali ini aku tidak akan memendam lagi perasaan ini.

Aku memulakan mukadimah ku dengan bertanya kepadanya adakah dia akan
menerima ku jika aku memberitahunya bahawa aku mempunyai perasaan
kepadanya lebih daripada seorang sepupu.

Pada mulanya dia agak terkejut dan dia memberitahu ku dia akan menerima
ku jika aku berpindah kekawasan tempatnya dengan nada bergurau.

Aku agak sedikit kecewa mendengarnya. Bagiku peluang untuk aku
dapatkannya amat tipis. Dan aku memberitahunya yang aku takkan lagi
mempunyai perasaan terhadap nya selepas ini.

Dan tidak kuduga dia memberitahu ku yang dia juga mencintai aku dan
menerima aku sebagai kekasihnya.

Waktu itu. Aku terkedu seketika. Tak henti henti aku berterima kasih
kepada Allah s.w.t. didalam hati kerana telah mengkabulkan doa aku.

Dan kami menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan ahli keluarga kami,
kerana dia berjanji akan memberitahu keluarga kami bila tiba masa yang
sesuai. Jadi aku tidak membantah memandangkan hubungan kami masih awal.

Bulan berganti bulan, tiba masanya aku bersuara kepadanya tentang
hubungan kami. Aku menyuruhnya untuk memberitahu kepada ibubapa nya
tentang hubungan kami. Dia agak takut untuk memberitahu ibubapa nya
kerana dia risau jika keluarga tidak mengizinkan hubungan kami.

Aku tetap mendesaknya kerana aku tidak ingin menunggu lebih lama lagi,
aku risau jika aku dan dia tidak dapat menerima kenyataan andai ibubapa
kami tidak merestui aku jadi semakin sulit untuk berpisah dengannya.

Dan pada hari dia offday dia telah pulang ke rumah nya untuk berjumpa
dengan ibubapa nya untuk memberitahu hubungan kami ini.

Pada mulanya dia merasa takut tetapi dia memberani kan diri untuk hadapi
nya. Dan tanpa diduga sama sekali, ibunya merestui pilihan anaknya!

Walaupun ibunya agak terkejut tetapi ibunya tetap merestui. Dan dia
memberitahu ku yang ibunya telah merestui. Dan aku memberitahu keluarga
ku dan keluarga ku juga turut merestui.

Kami bercinta dengan aman untuk seketika. Sebulan kemudian. Keluarganya
senyap dan tidak menelefon keluarga ku sama sekali untuk menanyakan hal
ini. Aku mulai merasa aneh dan aku menyuruhnya untuk menanyakan ibubapa
nya tentang ini sekali lagi.

Dan keesokannya dia memberitahu ku yang ibu nya tidak merestui hubungan
kami kerana kami ini sepupu seperti adik beradikk dan ibunya takut jika
satu hari nanti terjadi sesuatu kepada hubungan kami, keluarga kami aku
berpecah belah.

Aku terkejut mndengar jawapan ibunya untuk kedua kalinya. Aku sedikit
bingung, pada awalnya ibunya sudah merestui tetapi bila ditanya untuk
kali kedua ibunya tidak merestui. Aku seperti dipermainkan oleh mak
saudara ku sendiri.

Aku malu kepada keluarga ku kerana hal ini tidak seperti yang kami
harapkan. Walhal ibubapa ku amat teruja bila dapat tahu pada awalnya
ibubapa nya ingin datang kerumah ku untuk membincangkan hal ini dengan
lebih serius. Tidak ku duga hal ini akan terjadi.

Aku membuat keputusan untuk berpisah dengan nya kerana aku tidak ingin
memiliki mertua yang tidak ikhlas menerima menantunya. Dia menangis dan
aku turut mengalirkan airmta, hubungan kami hampir setahun lamanya. B

ermacam angan angan kami impikan. Tapi tidak kami sangka hubungan kami
akan berakhir sebegini. Aku berpisah dengan nya dengan cara baik, tapi
malangnya aku tidak dapat melupakan nya.

Aku tidak dapat menerima qada’ dan qadar Allah swt. Dia turut merasakan
hal yang sama seperti ku. Kami amat sengsara bila tepaksa putus tapi
masih cinta.

Dan kami mengambil keputusan yang berani iaitu kami bertekad untuk
memujuk ibunya untuk menerima hubungan kami. Kami berfikir jika kami
berlembut sedikit pasti ibunya akan mengerti.

Dan dia mulai memujuk ibunya dan akhirnya ibunya menyuruhh keluarga ku
datang kerumah nya. Ya! Pihak perempuan ke rumah lelaki. Ibubapa ku agak
keberatan memandang ini adalah maruah keluarga kami tetapi demi anak nya
ibubapa ku sanggup pergi.

Ibubapa ku menyangka dengan pergi nya kerumah dia hal ini akan selesai
dan ibubapa nya merestui hubungan ini. Tetapi sebaliknya, bila keluarga
ku sampai di rumahnya.

Kelihatan raub wajah adik beradiknya agak tidakk menyenangkan. Dan
ibunya sedang menangis. Yes menangis! Lalu bapa ku bertanya kepada
keluarganya, bagaimana dengan hubungan anak kita?

Bapa lelaki cakap yang dia ok jer tak kisah siapa pun pilihan anak nya
yang penting anak nya bahagia tetapi sebaliknya ibu nya memberitahu bapa
ku kalau boleh dia tak nak ambil saudara mara untuk dijadikan menantu
tetapi dah itu pilihan anak nya dia TERPAKSA menerimanya.

Allahu! Sungguh pedih kata kata itu. Nasib baik waktu itu aku tidak
datang bersama kerana aku sedang bekerja. Kalau tidak pasti aku akan
bertambah sedih waktu itu.

Sebelum ibubapa ku pulang bapa nya ada menanyakan jika sudah ada
rancangan untuk menyatukan kami secepat mungkin.

Tetapi bapa ku memberitahu yang dia tidak mahu bercakap hal ini lagi dan
sebaiknya hal ini diserah kan kepada kami sahaja. Walhal sebenarnya bapa
ku masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberikan ibunya.

Sepertinya ibunya masih lagi tidak menerima dan hanya terpaksa bersetuju
kerana anaknya memujuk nya.

Kami kembali bercinta dan sedikit lega kerana hubungan ini masih lagi
dapat bertahan. Tapi siapa sangka, rupa rupanya masih ada lagi masalah
yang akan datang.

Bapa ku masih tidak berpuas hati dan dia menyuruh mak saudara ku yang
lain untuk menanyakan kepada ibu lelaki itu untuk terakhir kalinya
adakah dia betul betul menerima atau hanya terpaksa.

Bapa ku juga agak keberatan untuk melepaskan anak nya kerana takut jika
aku tidak bahagia satu hari nanti. Dan seperti yang bapa ku duga.

Ibu lelaki itu memberitahu mak saudaraku ku yang dia memang tak boleh
menerima aku sebagai menantunya dan sudah menganggap aku ini sudah
seperti anak nya sendiri. Dan kami hanya terduduk terkedu bila dapat
tahu hal ini.

Kami semakin bingung apa sebenarnya yang ibunya ingin kan. Sekejap restu
sekejap tidak. Kami penat sungguh penat. Kami mencuba segala cara untuk
mendapat kan restu seorang ibu.

Kami berpisah untuk kali kedua. Kami menderita lagi, kami menangis, kami
tidak bersalah, kami cuma ingin kan restu.

Dan sekarang kami masih lagi contact seperti biasa. Tapi tidak terlalu
berharap. Aku berani untuk memulai nya lagi kerana dia sudah berjanji
kali ini dia akn membuat ibu nya menerima ku dan akan datang kerumah ku
untuk berjumpa dengan ibubapa aku.

Aku pegang janji nya, aku percaya kan dia. Aku percaya dia akan tunaikan
janji nya. Sekarang aku dalam dilema kerana keluarga ku sudah tawar hati
dengan keluarganya kerana hal itu. Sekarang hanya kami yang berusaha
untuk pertahankan hubungan kami.

Aku agak pelikk, adakah salah berkahwin sepupu padahal perkara itu sah
disisi agama. Sila bagi pendapat korang kepada aku.

Sungguh aku tidak kuat untuk hadapi benda ni. Aku tidak mahu mempunyai
mertua yang tidak menyukai ku tetapi aku sayang kan nya. Adakah patut
aku pertahankan hubungan ini dan memujuk ibunya untuk menerima anak
saudaranya sebagai menantunya?

– Nie (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

Share.

Leave A Reply