Murahnya Maruah | Assalamualaikum. Terima kasih ya admin kalau sudi siarkan confession saya. Aku terdetik nak tulis ni setelah sekian lama, asyik terbaca isu terlanjur. Sengaja atau tak sengaja.

First of all, aku cuba menulis secara tak formal. Dan semuanya kisah
dari aku, pendapat aku. Aku tak ikut majoriti atau minoriti. Cuma nak
share apa yang aku rasa. Kita semua ada cara berfikir yang tersendiri.
Dan penulisan aku lebih berat kepada pihak wanita.

Aku bukanlah manusia sempurna nak bercakap pasal hal ni. Jauh sekali.
Baru berusia 25 tahun. Banyak lagi garam yang tak sempat rasa. Cuma, aku
banyak memerhati. Jadi, agak serba salah untuk aku diamkan kali ni.

Mulanya memang aku tak boleh bayang, macam mana seorang perempuan boleh
semudah itu nak serahkan segala-galanya kepada seorang lelaki.

Tak kisah yang berpelajaran, kurang pelajaran, yang ada didikan agama,
kurang didikan agama. Bila masuk je bab bercinta ni, semuanya boleh jadi
murah. Semudah itu.

Jujur aku kurang arif bab bercinta sebab aku tak pernah bercinta. Tapi
dari zaman sekolah sampai sekarang, kawan-kawan terdekat aku
kebanyakannya bercinta. Ada yang berakhir dengan pernikahan, ada yang tidak.

Ada kawan yang setiap kali jumpa dengan bf, perlakuan diaorang macam
orang dah kahwin. Siap bersalaman, cium dahi pipi bagai. Ada yang video
call dengan tunang, sambil free hair.

Yakin sangat boleh kahwin ya? Sedangkan baru bertunang, tak ada hak lagi
untuk tunjuk aurat semua masih terbatas. Ada yang suka keluar entah
pergi mana siap bermalam berduaan.

Banyak lagi. Takut aku nak cerita. Sebab semua tu perlakuan kawan-kawan
aku. Kawan-kawan aku bukan orang biasa-biasa. Masing-masing berpelajaran
tinggi. Ada ilmu agama. Ada yang bekerja sebagai doktor, ada yang
graduan Phd.

Kalau ikut logik, sepanjang berkawan dengan diaorang, masing-masing
waras. Tahu halal haram. Tapi kenapa bila masuk hal bercinta ni boleh
sampai tergadai maruah? Mudah sekali syaitan memesongkan hati.

Aku pernah tanya kawan aku yang dah tunjuk aurat dia kepada bf dia, dia
cakap dia sendiri tak tahu kenapa dia buat macam tu. Dia tahu semua tu
dosa. Tapi still dia buat. I don’t know if they did something more than
that.

Sepanjang dia bercinta, memang ada je berlaku benda-benda yang buat aku
musykil dan syak something. Tapi aku husnudzhon je la since kawan aku ni
lagi bijak pandai dari aku. Alhamdulillah dia dah kahwin dengan lelaki
tu. So, semua tu dah jadi urusan dia dengan Allah.

Bagi aku, cara selamat untuk tak terlibat dengan semua ni, jangan
bercinta. Tapi, some of you mungkin tak setuju. Aku pun tak bersetuju.
Apa yang aku fikir, kalau tak bercinta macam mana nak kenal dengan bakal
pasangan kita tu? Dan macam mana pasangan nak kenal kita?

Tapi bila teliti balik, yang bercinta bertahun pun, bila dah kahwin baru
tahu perangai sebenar. Buktinya apa? Kenal lama atau baru kenal, tak
menjamin kita untuk betul-betul kenal orang tu pun.

Balik kepada akar masalah ni, maruah takkan tergadai kalau kita tak mula
untuk bergaul mesra, berkawan dan seterusnya bercinta, betul tak?

Aku bercakap pasal terlanjur. Bukan r0g0l ya. Itu lain cerita. Yang aku
cakap ni masalah yang kita sendiri beri peluang untuk berlaku. Kita yang
mulakan.

Aku sendiri bersyukur la sebab muka tak cantik mana. Orang pun takut nak
dekat. Sangat segan dengan lelaki. Berhubung bila perlu sahaja. Syukur
di didik oleh seorang ayah yang garang.

Aku dibesarkan dengan ugutan “Jangan bergaul mesra dengan lelaki. Nanti
ayah rotan dengan batang buluh.” Jadi, sampai sekarang lah aku tak
berminat dan tak reti nak berkawan dengan lelaki.

Nafsu nak bercinta tu memang ada. Aku tak nafikan. Teringin nak berkawan
dengan lelaki pun selalu je rasa. Tapi perasaan tu datang dan pergi
macam tu je. Aku tak ambil kisah sangat.

Bagi aku, it’s okay to deny this kind of feeling. Sebab banyak lagi
benda yang aku perlu focus. Kalau niat nak berkawan tu pun dah tak
betul, better let it go je la.

Aku pernah tau berdoa nak berkawan rapat dengan kawan-kawan lelaki. Siap
sebut nama sorang-sorang dalam doa. Masa ni aku baru sambung master.
Takde kawan.

Course aku tu ramai lelaki. So, nak luaskan connection la kiranya. Takut
ketinggalan. Biasanya sembang dengan lelaki banyak topik best. So,
bersungguh lah aku ni mintak Allah bagi aku peluang nak rapat dengan
diaorang.

Masa ni jugak aku tengah dalam fasa nak improve diri aku in term of
communication la. Allah jawab doa aku. Aku banyak peluang untuk lepak
dengan diaorang.

Sampailah satu masa, aku sedar, Allah bagi peluang tu sebab Dia nak aku
nilai, berbaloi ke aku nak berkawan rapat dengan lelaki-lelaki ni. Sejak
tu, aku dah slow down. Jumpa kalau ada meeting, seminar and lain-lain
function yang penting je. Boleh je hidup.

Semua ni atas diri kita sendiri. Kita yang kena latih diri untuk
sentiasa aware, berjaga-jaga. Tambah-tambah yang jenis peramah dengan
semua orang. Tolong sangat jangan leka. Kawan aku yang jenis peramah ni
lah mostly senang diganggu.

Aku tak suruh jangan jadi peramah, tapi peramah biar bertempat. And tahu
untuk defense diri sendiri kalau tetiba orang ajak sembang hal
bukan-bukan. Ni yang sampai join sekali bersembang isu yang tak patut,
uhhh pleasee don’t. Perempuan kena tinggi rasa malu.

Sekali lagi, aku bercakap atas apa yang aku rasa. Korang mungkin ada
pendapat korang. Hak masing-masing.

Lastly, terlalu berjaga-jaga sangat sampai tak kahwin? Lelaki takut nak
dekat. Dah tu, sampai ke tua lah tak kahwin.

I don’t know maannn. Jodoh tu rahsia Allah. Dapat elak dari terlibat
benda yang dekat dengan zina ni pun, syukur sangat dah. Yang aku fikir,
janji Allah redha. Itu je. Kita jaga hak Allah, Allah jaga kita.

Doakan aku supaya terlindung dari perkara yang boleh mendatangkan murka
Allah. Aku doakan kalian juga. Kita sama-sama jaga diri.

– Qwert (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply