Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Seorang wanita melalui detik cemas apabila tiba-tiba dimaki dengan kata-kata kesat oleh seorang pemandu lelaki yang mengekorinya dari belakang ketika memandu di sebuah jalan raya dekat Subang, Selangor pada Rabu. Kejadian itu difahamkan berlaku susulan salah faham berlaku antara kedua individu tersebut ketika mangsa ingin menukar ke lorong kanan di laluan berkenaan. Meskipun sudah memberikan lampu isyarat membelok, situasi itu mencetuskan kemarahan pemandu di belakang apabila mendakwa dirinya hampir berlanggar dalam kejadian tersebut. Tersentak dengan insiden itu, lelaki terbabit kemudiannya menyalakan lampu suluh tinggi (high beam) lalu mengekori rapat kenderaan mangsa dari belakang dalam tempoh yang agak lama. Setibanya di simpang lampu…

Read More

Lima belas keluarga Orang Asli di Kampung Yong, Kuala Tahan, dekat sini, bertempiaran lari dalam gelap selepas seekor gajah jantan menyerang penempatan mereka jam 2 pagi tadi. Penduduk Orang Asli etnik Bateq, Cangap Jusoh, 27, berkata, rumah kayu tempat tinggalnya bergoyang dan terdengar bunyi yang kuat di luar terutamanya di dapur. “Saya terus bangun dan pergi ke arah dapur. Saya terkejut melihat seekor gajah sedang menolak dan menggoncang dinding dengan belalainya dan cuba mendapatkan makanan di dapur. “Saya terus keluar dari rumah menyelamatkan diri ke tempat selamat sambil menjerit meminta jiran bangun menyelamatkan diri,” katanya. Di samping itu, dia berkata…

Read More

Beberapa hari yang lalu, tular mengenai satu video memaparkan seorang lelaki yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya ketika cuba menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya. Video itu mendapat perhatian warganet yang begitu sedih dan simpati dengan lelaki tersebut yang begitu kecewa selepas dia gagal untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa si bujang senang itu. Terbaru, seorang pempengaruh TikTok, Adrian Edy berkongsi detik dirinya bertemu dan menziarahi lelaki yang dikenali sebagai Morehan di kediamannya di Lahad Datu. Menerusi perkongsiannya itu, Adrian memaklumkan bahawa meskipun sedih dan kecewa, Morehan tetap reda dengan tragedi itu dan berhasrat mahu berjumpa dengannya di syurga nanti.…

Read More

Siti Bainun Ahd Razali yang sepatutnya mula membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan sindrom Down, Bella, dimasukkan ke hospital minggu lalu kerana menghidap pneumonia dan dijadual menjalani pembedahan endoskopik. Pengasas Rumah Bonda itu dijadual memberi keterangan bela diri di Mahkamah Sesyen di sini pada hari pertama perbicaraan sehingga 9 Disember ini. Terdahulu, peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md. Nor ketika memohon penangguhan perbicaraan memaklumkan, Siti Bainun, 31, dimasukkan ke wad sejak 28 November lalu kerana menghidap pneumonia. Sementara itu, Hakim Izralizam Sanusi memohon penjelasan berhubung keadaan kesihatan Siti Bainun kerana surat yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan tertuduh sepatutnya menjalani…

Read More

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam sebuah kotak di tepi simpang masuk sebuah kebun di Jemaluang pada hari semalam. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, pihak polis menerima maklumat tentang penemuan bayi itu pukul 9.40 pagi daripada jururawat Klinik Kesihatan Jemaluang. Katanya, bayi berkenaan dijumpai seorang lelaki Cina. “Bangsa bayi belum dikenal pasti dan masih bertali pusat ketika ditemui dalam kotak berwarna coklat pada pukul 8.40 pagi. “Ketika dijumpai bayi itu diletakkan di atas jalan pasir merah dalam keadaan tidak berselimut hanya beralaskan kain langsir berwarna merah hati dan diletakkan di hadapan simpang masuk sebuah…

Read More

Seorang pempengaruh (influencer) media sosial berkongsi pengalaman berdepan situasi mendebarkan apabila terdengar suara menjerit meminta tolong di kawasan perumahannya di Selangor, semalam. Menerusi satu hantaran di Twitter @runningpanda_, berkata, pada pukul 2:30 pagi dia terdengar suara seorang wanita menjerit berulang kali meminta tolong untuk satu tempoh yang agak lama. “Suami saya dan jiran menyahut suara itu. Tak semena-mena, terdapat suara lelaki berkemungkinan suami wanita berkenaan menjawab dan meminta kami mengabaikan jeritan tersebut,” jelasnya. Tambahnya, sejurus lelaki tersebut bersuara, wanita tersebut berhenti meminta tolong dan yang kedengaran suara seakan menangis. “Saya menghubungi polis meminta agar pihak berkuasa datang segera kerana terdapat…

Read More

Seorang wanita Indonesia yang mengalami gangguan mental dirantai di tengah hutan oleh anaknya sendiri. Ani yang berusia 50 tahun diikat lehernya dengan rantai besi sepanjang 1.5 meter pada dua batang pokok di tengah hutan di Kampung Negara Padang, Desa Kampung Baru, Kecamatan Petir, Kabupaten Serang, Baten Menurut salah seorang ahli keluarganya yang dikenali sebagai Alfiah yang berusia 29 tahun berkata bahawa keputusan untuk meletakkan Ani di tengah hutan telah dipersetujui oleh ahli keluarganya dan penduduk setempat. Berdasarkan perjanjian tersebut, Ani diikat bermula 17 November agar tidak lagi membuat gangguan di kampung berkenaan. “Sebelum ini penduduk dan anak-anak berbincang. Hasilnya, ia…

Read More

Mangsa kebakaran yang memusnahkan 10 unit rumah di Pondok Terusan, Pasir Tumboh dekat sini petang semalam, kini tinggal sehelai sepinggang susulan kejadian itu. Mohd Johan Hashimi, 29, bersama beberapa penghuni lain sedang menghadiri kelas pengajian di masjid berhampiran pondok itu sebelum menyedari kebakaran di kawasan kediaman mereka. Beliau yang berasal dari Kuching, Sarawak, menetap di rumah berkenaan sejak enam bulan lalu dan terkejut apabila dimaklumkan berlaku kebakaran. “Sebaik mendengar pengumuman berlaku kebakaran di kawasan rumah, saya berlari untuk meninjau keadaan dan mendapati api marak membakar rumah sewa. “Semua barangan elektrik, telefon bimbit dan kitab pengajian saya musnah dengan kerugian lebih…

Read More

Lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas dua pertuduhan iaitu menembak seekor kucing dan memiliki senapang angin tanpa lesen pada Jun lalu. Tertuduh, Aziz Tambi, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap kedua-dua pertuduhan pada prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Majistret Nabilah Nizam. Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa atas pertuduhan menembak seekor kucing dengan senapang angin sehingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan itu di Jalan Tanjung Minyak, Bukit Rambai pada 18 Jun lalu, jam 2.30 petang. Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut…

Read More

“Sayu melihat penghuni pondok melaungkan azan di hadapan beberapa rumah yang terbakar sebelum bomba datang membantu,” luah Mohammad Zulikhwan Azhar, 24. Mohammad Zulikhwan adalah antara saksi awal kejadian kebakaran yang memusnahkan 10 rumah di Pondok Terusan, Pasir Tumboh, di sini, 5 petang kelmarin. Dia yang terkejut melihat api yang sedang marak terus menelefon pihak bomba bagi mendapatkan bantuan selain bergegas ke lokasi bagi menghulurkan bantuan. “Nasib baik, ketika kejadian saya dimaklumkan bahawa kesemua penghuni rumah terbabit berada di masjid menunaikan solat Asar. “Saya berada di lokasi kejadian menyaksikan wajah-wajah penghuni rumah yang terpaksa reda melihat barangan dan harta benda mereka…

Read More